Thursday, April 30, 2009

seLeseMa BABI !!...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:26 PM 5 kUs-kUs
Pada awalnya aku memang tak ambil 'port' langsung dengan kes selesema tut ini.. (haruskah aku sentiasa mencarut..?? ) tapi apabila saban hari ianya menjadi berita dan tajuk utama akhbar-akhbar.. aku jadi gerun... selesema babi ni sama ke dengan kes yang dulu-dulu tu..? kes Bukit Pelanduk dan kawasan yang sama waktu dengannya..???
Bila baca berita mutakhir dalam Utusan Online hari ni.. 'Pesakit Bukan Pengidap Selesema Babi' kegerunan itu menjadi bertambah gerun!! ini kes berkaitan dengan seorang lelaki yang baru pulang dari Mexico di serang demam. Aku harapkan tajuknya bukan hanya untuk penyedap hati rakyat Malaysia. Sebab selesema tut ini telah merebak ke berapa negara di dunia dengan begitu pantas sekali.
Nauzubillahiminzalik.. minta di jauhkan... Bukan saja kepada rakyat Malaysia yang tercinta.... tetapi kepada rakyat seluruh dunia...
nota kakitanganku : Aku ada baca berita mengenai kes ini di luar negara.. Ada pemandu ambulans pun tidak mahu mengambi pesakit.. macam mana tu...? Jangan nanti ada berita hospotal pula tidak mahu menerima pesakit... aku harap Menteri Kesihatan kita dapat mencari alternatif yang amat munasabah dan mujarab agar virus ini tidak dapat menembusi Malaysia. InsyaAllah.. ( Menteri Kesihatan yang baru tu pasti bangga baca blog aku yang berkobar-kobar nak benteras Selesema tUT ni!! ini SeriuS!! )

Wednesday, April 29, 2009

RM 90.45 ( Anda sEoranG guru...? s|La baCa...)

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:25 PM 10 kUs-kUs
Aku memang bukan orang kaya.. orang berada jauh sekalilah… tapi aku orang beradab.

Kalau setakat RM 90.45 tu.. aku boleh bayar.. tak perlu nak susahkan orang lain. Tak perlu nak amuk-amuk. RM 90.45 okey!! Bukan RM 90,000.45 !!!

Kesnya agak rumit dan panjang berjela. Aku ringkaskan begini...

Lokasinya di sekolah lama aku... Masalahnya.. aku terlepas pandang untuk gerakkan gaji seorang guru. Erk!! Aku tak terlepas pandang!! Senang cakap aku cuai! Aku dah siapkan Kew 320. Ada Kew.8. Ada Penyata Perkiraan Tunggakan sebab aku bayar dia dalam bulan Mei 2008. Ada penyata tunggakan untuk HPG lagi. Sebab cikgu yang grade dari Diploma ambil Ijazah.. siapa-siapa yang kerja cikgu tu tahulah.. kan cikgu ayu kan..???

Kecuaian aku hanya dalam Kew 320. aku lupa nak tukar angka gaji baru. Aku masih taip gaji lama. Aku memang tak perasan. Langsung aku tak perasan. Dan nak buat kes ini menarik, cikgu yang malas nak periksa gaji dia tiap-tiap bulan itu juga tidak perasan yang gajinya tidak naik satu pergerakan untuk tahun itu....

Aku hanya perasan gaji dia tidak bergerak bulan Februari tahun 2009 ni. Aku ada jumpa dia. Aku minta maaf. Aku akan bayar tunggakan gaji dia secepat mungkin! Berulang-ulang kali aku minta maaf. Cikgu ni buat-buat okey je.

Tapi pagi tadi dia telefon sekolah aku. Nada percakapan dia sangat ‘hampeh!’ aku ringkaskan perbualan seperti di bawah :-

Cikgu S > Macam mana masalah gaji saya ni...? Bonus saya tahun lepas macam mana..?
Aku > Saya minta maaf. Saya dah beritahu cikgu ari tu kan...
Cikgu S > abes tu bonus saya macam mana..? dia kire gaji lama...
Aku > yang tu mmg x boleh buat ape.. dah AP... tak boleh bayar...
Cikgu S > abes tu macam mana..? ( cikgu ni memang x paham bahasa)
Aku > okey! Saya bayar pakai duit saya!!
Cikgu S > ehmmm ok.. borang EC saya..?
Aku > nape lak..?
Cikgu S > ye lah..kena lah tukar amaun dia...
Aku > minta tlg kerani baru buat..
Cikgu S > kalau dia tak nak buat
Aku > kenapa dia x nak buat pulak..?
Cikgu S > sbb bukan kerja dia tahu lepas..
Aku > (cikgu ni mmg tak tahu undang2 cukai agaknye)

Cikgu S yang agak-agak ‘slow’.. Tuan terima tunggakan gaji untuk tahun 2009.. jadi.. Isytiharkan lah dalam cukai pendapatan 2009.. kenapa nak letak dalam EC 2008..?? huh!! Tak faham!


Gaji dia kalau campur dengan elaun-elaun yang dia dapat.. memang cecah RM 4,000.00. Tapi dia masih juga ‘nak’ duit aku yang RM 90.45 sen tu... (RM 90.45 baki Imbuhan tahunan 2008 yang sepatutnya dia dapat guna gaji baru ) Cikgu S.. tanya diri sendiri.. berkatkah tiap sen yang cikgu dapat setiap bulan dengan kerja-kerja yang cikgu lakukan...?? cukupkah waktu cikgu mengajar...? terbelakah pendidikan anak-anak istimewa yang cikgu hadap hari-hari..? berkatkah gaji itu...???

Dan aku memang beradab.. aku tak mahu jadi ungkit-ungkitan.. aku akan bayar dia guna duit aku sendiri kalau memang RM 90.45 tu yang dia ‘laparkan’ sangat!! Aku juga sempat cakap pada dia.... “cikgu, saya bukan hanya buat gaji untuk hampir 100 orang kakitangan di sekolah cikgu dulu.. tapi saya juga buat banyak perkara-perkara yang lain.. kadangkala saya terlepas pandang satu dua perkara. Tapi setiap bulan... cikgu hanya perlu menatap dan memeriksa hanya gaji cikgu sendiri. Kenapa cikgu tidak boleh nampak kesilapan yang saya buat...? kalau cikgu tengok betul-betul ‘payslip’ tu.. dan sedar dengan kesilapan saya tentu perkara macam ni tak jadi!!”

Huh!! Aku tak nak ambil perkara ni serius sangat!nanti tambah tekanan. Aku tak nak masalah.. walaupun kadangkala banyak masalah yang datang tanpa di undang. Aku tak tahu nak bercerita pada siapa. Sebab selalunya aku yang selalu jadi pendengar... tiada berkesempatan nak memperdengarkan masalah dan cerita aku... jadi.. di sini sahaja aku boleh becerita apa saja. Ada yang baca atau tidak. Bukan masalah... janji aku rasa lega... Alhamdulillah...

Nota kakitanganku : Tanyalah pada siapa-siapa PT di sekolah... setiap kali kita uruskan hal-hal yang berkaitan dengan guru-guru... terutamanya bab gaji atau naik pangkat... kita buat sungguh-sungguh.. tidak boleh silap. Tidak boleh cuai. Tapi.. bila kita selesai uruskan semuanya.. dan mereka menerima apa yang sepatutnya mereka terima... bilanglah dengan jari.. berapa orang yang datang.. jumpa secara hormat... dan ucapakan.. ‘TERIMA KASIH’!! Nisbahnya ialai 1:100... itu kebenarannya.. tapi.. bila jadi kes-kes seperti ini... ‘tepuk dada.. tanya iman...’ Anda seorang guru..?? Ringan-ringankan lah mulut anda mengucapkan ‘Terima Kasih’ kepada PT anda apabila tiap kali mereka selesai menguruskan hal berkaitan dengan anda!! Ianya amat-amat di hargai!

Tuesday, April 28, 2009

SenyUm saJa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM 2 kUs-kUs
Lebih baik kita tahu yang dia tak tahu daripada kita tak tahu yang dia tahu tapi buat-buat tak tahu….

Lebih baik biarkan saja. Tak perlu berkata apa-apa.. tak perlu kata yang sebenarnya dia tahu.. hanya tambah kesedihan.. yang lepas tetap lepas.. tidak akan berulang dan tidak sama… takkan sama … tak mungkin sama..

Kadang-kadang aku harapkan keajaiban yang aku akan jadi biasa-biasa saja. Alhamdulillah. Aku boleh.. walau dalam hati.. Allah saja yang tahu…

Walau dalam hati tertanya juga.. sebenarnya apa ya..?

Banyak yang aku simpan.. biarlah.. tak susah! Senyum saja.. ketawa saja.. buat-buat tiada apa-apa…. Walau hati sebenarnya.. lama terhiris.. lama terguris… sabar selagi boleh sabar.. kuat selagi terdaya.. senyum selagi termampu.. dapat menutup segalanya..

Semuanya kerana satu.. aku juga tidak sempurna….



Nota kakitanganku : Aku lebih suka hidup bermimpi dari terjaga dan menangis lantas terus berpura ketawa!!

akU vs anj|ng!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:24 PM 2 kUs-kUs
erk!! maaf kerana tajuknya agak mengerikan.. ha ha ha ha!! macam terasa mencarut pun ada.. kalah blog 'si mak hayam gebusss' yang selalu guna perkataan 'hanjinn' ... ha ha ha ha.. korang tau lah siapa kan blogger yang menulis tak pakai otak tapi pakai kaki tu.. hik hik hik.. amat kurang ajar bunyinya..
okey..okey.. aku bukan nak bercerita macam mana yang dia cerita. anjing dalam entry aku ni.. betul-betul anjing okey!! bukan anjing jadi-jadian.. jauh sekali anjing yang tahu bercakap!! anjing yang aku maksudkan di sini.. adalah anjing yang sebenar-benarnya anjing!! (maaf.. kerana banyak perkataan anjing!! )
aku kerja kat sekolah cina. jadi cikgu-cikgu ni ada sesetengahnya tak tahu atau buat-buat tak tahu sensitiviti orang islam macam aku.
nak di jadikan cerita. selepas habis acara sukan tahunan sekolah minggu lepas.. adalah seorang cikgu ni 'terbawa' anak ajing di ke sekolah.. kenapa terbawa.. sebab aku rasa dia tak sengaja bawa.. ha ha ha ha.. sebab.. dia kan cikgu.. tak kan tak tahu anjing tu haiwan yang haram bagi orang islam... hati aku panas je. tapi aku sabar-sabarkan ia. kalau tak.. memang dah kena 'basuh' cikgu tu. silap haribulan anjing-anjing dia pun aku 'cuci' kasi bersih.
budak-budak yang ghairah ni pun kerumun lah kat anjing tu. anak anjing yang spesis bulu lebat tu.. yang mata pun tak nampak tu.. aku buat tak tau je. aku tak nampak... cuma dengar suara je.. jadi.. aku jengah keluar.. aku takut juga kalau ada pelajar-pelajar melayu yang sama-sama duduk bergomol dengan anak anjing tu. faham-faham je lah.. budak darjah 1..2..3.. ni.. apalah yang mereka faham sangat pasal halal haram ni.
nasib baik tiada seorang pun pelajar islam. Alhamdulillah..
tapi yang bangangnya.. ada seorang cikgu ni.. yang payah sikit aku nak nyatakan asal-usul dia.. ehMmm.. dia ni asalnya berbangsa india.. sejak kecil di jaga oleh orang cina.. tetapi baru setahun berkahwin dengan orang melayu.. jadi..? apa agama dia..??? Islam kan..?? (tapi dia still gunakan nama cina.. nama melayu dia aku tak ingat.. panjang sangat! ) cikgu keturunan campur-campur ni dengan bangganya bergomol-gomol dengan anak anjing ni.. MasyaAllah... aku mengucap panjang.. takkan dia tak tau.. sebagai orang islam.. dia haram sentuh anjing!! aku terkedu je.. diam membisu... dan cikgu tu pun bila nampak aku nampak dia pegang.. tiada rasa bersalah pun...
lepas tu, cikgu tuan punya anak anjing tu boleh bawa masuk anak anjing dia dalam pejabat. pejabat ni tempatnya sama dengan bilik guru. dengan bangganya dia letak anak anjing dia atas meja tempat baca suratkhabar.. alahai.... nasib baiklah port aku hanya dalam bilik aku je. tapi.. tak patutlah kan...
aku jadi was-was pula dengan pejabat ni.. macam nak samak je.. ni yang aku nampak.. yang aku tak nampak..??? arGhhh!! tekanan..tekanan...
inilah risikonya bekerja di sekolah cina mungkin. nampak macam senang.. tapi bab-bab ni.. memang memeningkan kepala otak aku!!
nota kakitanganku : aku nyaris terpegang.. sebab anak anjing ni dengan kucing siam atau parsi.. sikit lebih kurang je.. tapi bila dia dah keluarkan lidah dia.. umangg ai.. memang anjing da...!!

Monday, April 27, 2009

sEmOga kaKM|nah S|hat SeLalu...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:54 PM 2 kUs-kUs
Sejujurnya aku katakan aku memang tidak mempunyai ramai sahabat di alam nyata.. eh!! Selama ni aku di alam bunian ke..?? ha ha ha ha.. korang fahamlah maksud aku kan…

Antara-antara mesej yang aku terima pada hari ulangtahun yang lepas .. satu mesej ni.. amat-amat mengharukan hati aku.. ‘Za, KakMinah ni.. kak nak ucapkan Selamat hari jadi, panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu’….

Cikgu Aminah, cikgu yang mengajar di sekolah lama aku dulu. Cikgu yang cekal berkerusi roda. Yup!! Dia mengajar menggunakan kerusi roda. Aku tak berapa pasti.. apa nama penyakit sebenar dia.. tapi berkaitan dengan urat saraf. Yang membataskan pergerakan dia. Dia masuk mengajar di sekolah lama aku tu dalam tahun 2008. berpindah dari utara tanahair. Jadi, percakapan dia masih pekat dengan loghat utara. Hehehehe...

Maaf aku cakap.. aku tak berapa rapat dengan dia. Oleh kerana pergerakan dia yang terbatas. Dia di tempatkan di dalam bilik guru kedua yang terletak di tingkat bawah di hujung bangunan. Jadi aku memang jarang berurusan dengan dia. Maklumlah kerja-kerja aku di pejabat di tingkat 1. memang jarang turun jumpa dia kalau tiada apa-apa yang berkenaan. Melainkan.. aku nampak kelibat dia di atas kerusi roda.. tiap kali perhimpunan pagi.. dia hanya duduk jauh dari tapak perhimpunan… sesekali kami saling melemparkan senyuman..

Kadang-kadang aku rasa simpati.. melihat kepayahan dia berkerusi roda.. kesana ke mari.. masuk ke kelas mengajar. Nasib baiklah ada pelajar yang prihatin.. tolong menolak kerusi roda. Nak harapkan kudrat dia seorang.. memang tak mampu.. sebab dia berbadan kecil..

Namun rasa kagum mengatasi segala-galanya. Walaupun kadangkala aku tahu agak payah dia nak mengawal kelas. Tapi dia tetap menjalankan tanggungjawab yang telah di beri...

Sebab itu, bila aku dapat mesej dari dia.. aku betul-betul tak sangka. Terharu!! Macam-macam perasaan yang berbaur. Sebab dia bukan salah seorang cikgu yang rapat dengan aku!! Tapi dia tetap ucap selamat untuk aku. Memang aku tak jangka langsung.

Untuk cikgu Aminah.. semoga cikgu sihat selalu... tabah selalu.. dan cekal selalu.. mendidik anak bangsa tanpa rasa lelah... Terima Kasih cikgu... Ingatan dari cikgu amat-amat saya hargai....

Nota kakitanganku : betulkan.. kadang-kadang kita selalu terlepas pandang pada seseorang yang sebenarnya memerhatikan kita dari jauh.. dan selalu berharap seseorang yang sedang berhadapan dengan kita sekarang.. walaupun sebenarnya hampa!!

Sunday, April 26, 2009

t|adA jOdOh anTarA k|ta..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:58 PM 2 kUs-kUs
maafkan aku Mat bOyO.. tiada jodoh antara kita untuk berjumpa lagi.. ha ha ha ha communication error.. tak pe lah.. lain kali kita boleh plan elok-elok.. dan bercengkerama okey..?? muehehehhe..
adeh.. hari ini.. plan macam okey jek.. janji nak keluar dengan dak mucuk pukul 3 pm.. akhirnya pukul 3 lebih baru muncul.. hik hik hik.. leka sangat aku ni... bila mat boyo telefon.. kan dah tak dapat nak 'dating' dengan dia lak.. .. hik hik hik.. sebab dah janji dengan orang lain.. wah wah wah.. berapa ramai ni..?? hehehehehhe... InsyaAllah.. ada jodoh tak kemana..
hari ini tak dapat lah nak menghabiskan duit gaji di Mydin.. tapi aku pergi Giant je.. dah gian pula Mee Bandung kat Food court tu.. ha ha ha ha.. selalu tak pula.. bila dah pekena sekali.. erhMmm. asik lah nak makan makanan yang sama je.. kenyang gila!!! dengan ABC segala.. adeh.... !! Pertandingan Kurus tu dah takde tarikh tutup dah.. ha ha ha ha .. sebab masing-masing.. sibuk nak bertanding siapa yang paling kuat makan... muehehehehehe...
hari-hari makan ABC... JUmaat Food court MP.. hari ini Giant lak.. umanggg ai.... kawan-kawan...!! tolonglah bagi keinsafan sikit pada sahabatmu ini!!
nota kakitanganku : Aku teringin sangat nak ke Majlis Wani n Itakat KB... siapa-siapa tahu Kg Dusun Raja Kota Bharu kat mana ye..???? siapa Orang Klate kat sini angkat tangan \0 .....

Saturday, April 25, 2009

Har| yanG mOODy...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM 2 kUs-kUs
Aku di serang senggugut.. erk!!! Tahu apa itu SENGGUGUT?? Ok.. boleh buka kamus dewan sekarang!! Muehehehehehe.. jadi, hari sabtu yang amat bosan.. kerja asyik tidur memanjang!!

Rancang nak pergi menghabiskan duit gaji di Mydin tergendala sekali lagi… apakan daya… kesihatan tidak mengizinkan…. Walaupun tengah kaya sekarang… ha ha ha ha .. betullah orang cakapkan.. duit banyak, tapi kesihatan tak baik pun tak guna!! Ya betul!!

Tengoklah esok macam mana. Kalau ok .. boleh lah pergi merayap-rayap sebentar. Hik hik hik…

Ikutkan perancangan awal.. nak perhi majlis kahwin Ain kat seremban. Siap dah Tanya Leha peta segala.. erhMmm.. tak jadi nampaknya.. sorry Ain.. lain kali aku datang.. time kau bersalin nanti ke..? umanggg aii .. jauh bebenor.. hik hik hik SElamat Penganti Baru Ain & Adi…

Nota kakitanganku : updates mcam tak updates je ni..

Friday, April 24, 2009

Us|a sayA BertambaH SetahUN Lag|....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:42 PM 7 kUs-kUs

Alhamdulillah… selain family.. thank’s to wani a.k.a Miss Enew kerana wish my birthday… lama kau menghilang… tiba-tiba muncul… kenapa???dah tak nak kawan dengan aku ke? Aku mengingatkan kau pada seseorang ek…??? Sangat sedih!!! erhMmmm… yup!! Sedih kisah kita kan wani…. Erk!!! Kau maksud aku… InsyaAllah.. satu hari nanti andai aku ada kesempatan aku nak berkongsi kat sini.. biar semua orang tahu.. persahabatan kita.. walau jarak yang memisahkan.. kau, aku dan dia… tetap boleh mencipta cerita yang indah dan pahit yang amat… semuanya masih aku simpan.. masih aku ingat.. tiap airmata kita.. kau, aku dan dia… masih aku tak padam…

Apa yang aku buat hari ini..? hari ini biasa-biasa sahaja.. tiada yang istimewa.. biarlah hanya aku yang tahu.. tak nak emo-emo…

Setahun bertambah lagi usia. Aku bersyukur.. Allah masih memberi aku kesempatan untuk merubah diri.. Aku sedang berusaha. InsyaAllah.. doakan bersama..

Tiada ucapan yang istimewa.. aku pasrah… aku ingin tersenyum sahaja hari ini.. walau dalam hati.. aku cuba yakinkan.. terimalah semuanya seadanya.. tak perlu mengingatkan seseorang yang tidak teringat seperti sebelum-sebelumnya.. aku hanya ingin ketawa.. menghabiskan waktu-waktu tanpa ada sengketa.. Biarlah.. aku sudah biasa.. kebiasaan itu menjadikan aku seperti tidak kisah.. tidak apa-apa..

Apa hadiah istimewa..?? tiada.. hehehehe.. InsyaAllah.. memang nak cari sesuatu tadi. Tapi tak jumpa-jumpa.. Along ada bagi keronsang sebentuk.. terima kasih.. wani & Iza ada kirim ucapan yang bukan main lagi miangnya soalan… Ibu korang punya karangan lah ye..??

Tetapkan hati… Terima kasih Ilahi.. aku manusia hina dan jijik.. mengucap syukur.. kerana masih bernyawa di bumi-Mu…
Nota kakitanganku : Aku harapkan yang indah-indah hari ini.. terima kasih.. walau ada sedikit terasa hati. Aku menerima semuanya seadanya.. kerana aku juga manusia tidak sempurna… Selamat Hari Lahir Buat diri Sendiri.. Semoga Hidup tiada kesedihan dan bahagia di samping insan-insan yang menyayangi.…. InsyaAllah.. Amin… ( Kenapa macam emo..?? walau tadi cakap tak..???? Kompius!!)

akU SuDah sEmak|n sEnJa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:44 AM 2 kUs-kUs
ALhamdulillah.. sujud syukur.. kerana nafas masih terhela...
nota kakitanganku : Kenapa aku tak boleh tidur malam ni...???? muskil... muskil... !!

Friday, April 17, 2009

saya Ing|n t|ps kurUS

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:02 PM 6 kUs-kUs
amat kejam sekali tajuk di atas..

tapi sungguh!!
siapa-siapa yang ada tips kurus.. sila tinggalkannya di ruangan komen.
sekian, terima kasih...

nota kakitanganku : sungguh-sungguh serius ini!!!

Tuesday, April 14, 2009

EsOk aDaLah har| uNtuK berPoye-Poye

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM 0 kUs-kUs
esok adalah 15 April 2009.. Cuti umum bagi seluruh rakyat negeri melaka yang tercintaaa!! ( aku cinta rakyat je ok.. pemimpin tu tak.. sebab pemimpin tak berapa ada kepimpinan yang baik... ) cuti sempena Pengisytiharaan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.. (cheewwahhh!! macam cikgu sejarah..) muehehehe..

jadi mak dah booking aku untuk membawanya ke Mydin yang terbesar di malaysia ni yang terletak di MITC Melaka.. ( betul ke fakta ni..??) hehehehe.. siapa-siapa yang nak meng'join'kan diri tu.. meh lah.. korang pasti akan terbeliak biji mata melihatkan harga seekor ayam yang 'togel' berharga hanya dari rm 1.85 sahaja.. hik hik hik... ni semua harga promosi.. maklumlah... mYdin tu baru je buka...

Photobucket

ok kawan-kawan.. bertemu lagi kita di hari yang lain pula.. dengan itu.. jaga diri hiasi peribadi.. ( macam pengacara AL-Kuliyyah da... )

nota kakitanganku : aku cukup tak sabau nak beratur beli ayam tu.. adik aku minggu lepas beratur sampai hampir pitam.. korang bayangkanlah.. berapa juta orang yang nak beli ayam togel yang harga dia rm 1.85 tue..??? renung-renungkan.. muehehehehe...


Monday, April 13, 2009

Kuc|ng pUn adA B|sUL...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:48 AM 3 kUs-kUs
Kasihan dia... kasihan dia... hehehehehe.. itam ada bisul.. dalam aku nak bawa pergi klinik.. bisul dia dah meletup... tapi aku bawa juga.. MA tu kata macam kena jahit.. tunggu punya tunggu punya tunggu MA yang pakar bab jahit menjahit ni tak muncul-muncul.. tahap kesabaran aku pun dah semakin menipis... akhirnya aku bawa balik je dak itam selepas MA tu cuci luka dia..
tengok.. masih berlubang kan..?? huh!! kalau dak kimo si jantan gagah tu belasah itam..berdarah balik luka dia.. ehmmMmmm.. kena bawa pergi jahit juga nampaknya....
Photobucket
nota kakitanganku : korang ada kucing gay tak..?? aku ada.. muehehehhe...

Friday, April 10, 2009

s|apa-s|apa mahU yanG |n|..???

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:19 PM 4 kUs-kUs
saya mengalu-alukan di sini.. siapa-siapa yang mahu meng'adopt' anak-anak kucing yang cun, kiut-miut ini.. sila hubungi saya....


Photobucket


Photobucket



Photobucket



Photobucket



nota kakitanganku : anak-anak kucing ini adalah anak kepada seekor ibu kucing pendatang yang amat miang dah gedik!! sumpah!! aku tak tipu... sila klik di sini yek..

Monday, April 06, 2009

RancangaN ReaL|t| d| BLOg...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:39 AM 2 kUs-kUs
mata tidak mahu pejam... lelap apatah lagi.. jadi aku terfikirkan satu rancangan realiti blog yang aku nak buat... ha ha ha ha ha... hari-hari makan kerepek.. selalu nak merepek..
rancangan realiti yang akan memuaskan semua hati orang yang asyik bertanya.. muehehehe..
alahai.. pagi nanti je aku bagi tau.. apa rancangan 'jahat' yang aku nak buat.. itu pun kalau kepala otak aku ni tidak berubah-ubah fikiran...
nota kakitanganku : kalau bab-bab merepek atau mengarut... aku pasti jadi pakarnya.. hehehehehe...

Friday, April 03, 2009

kELuar mULut har|Mau....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:44 AM 4 kUs-kUs
aku di ibaratkan...
keluar mulut .....
Photobucket
masuk mulut...
Photobucket
nota kakitanganku : guru besau aku ni mcm minah despatch.. apa2 je surat yang ade die sebok2 nak antau.. mangangg!!! kol 2 je dah ilang x balik2 sekolah lg.. kate g JPM.. aku pesan amek surat mcm2 alasan die.. ramai org lah.. bilik sempit lah.. huh!! alasan x konkrit.. org nak pergi awak nak pergi.. tp x nak susah pyh sket!! stuck keje aku.. surat yg patutnya die amek.. die malas nak amek.. alahai.. semua ni menyakitkan hati.. ingat kat sana je sakit ati.. kat sini pun 2x5 .. &^$%$%&(())))(!! sekian!!

Thursday, April 02, 2009

kEJELesaN SeEkOr kUCEn..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:25 AM 5 kUs-kUs
Aku tidak mahu berkata panjang..
Cukuplah sekadar gambar yang berbicara…
Photobucket
dan ini jawapannyer...
Photobucket
Nota kakitanganku : huh!! Dak utih ada bola merah ala-ala dragon ball lah… cayalah…. Ko jangan main-main dak itam.. kang utih fire ko kang.. dah lah itam.. tambah hangus mo rentung kang!! Dah dapat 1 pakej..!! muehehehehe…

Wednesday, April 01, 2009

KaKak CEncaLOK daH datanG...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:27 PM 4 kUs-kUs
ha ha ha ha ha..aku rasa nak patah balik bile die gelar aku mcm tue.. sume mate dok pandang membuatkan aku rasa seperti seorang model yang sedang berjalan kucing... erk.. 'catwalk'.. ( tollah.. kucin jalan..? jalan kucing..? ) muehehehehe..
aku baru je berjinak-jinak ke kedai makan tu.. sejak mak x sihat.. kat situ lah rutin aku ari-hari beli dan tapau lauk bawa balik... dan.. adik aku cukup suka makan cencalok.. dan dah jadi kewajipan aku mesti beli cencalok 2 hengget je kat situ..
ha ha ha ha.. sampaikan tokei kedai pun dah tau nak bungkus ape... kadang-kadang dapat percuma teh ais sebungkus... ha ha ha ha....
sekarang.. bila mak dah sihat sikit.. dan dah mula masak yang ringan-ringan.. aku jadi rindu nak pekena cencalok kedai tu.. nak beli yang botol punye.. rasa malas sebab kena hiris cili padi sendiri.. kena beli limau sambal dulu... kena hiris bawang besau.. baru dapat makan.. kalau beli kan senang... terus ngap jek!! hehehehe.. aku memang pemalas...!!
alahai....
nota kakitanganku : bile pergi kursus minggu lepas tu.. aku makan cencalok, seolah-olah aku datang dari negeri lain.. bile orang sebelah tanye.. 'kakak dari mana...?' aku dengan penuh kondipen akan menjawab.. ' Johor baharu...' ha ha ha ha ha ha..
aku amat bersopan santun!!!
 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting