Tuesday, April 28, 2009

akU vs anj|ng!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:24 PM
erk!! maaf kerana tajuknya agak mengerikan.. ha ha ha ha!! macam terasa mencarut pun ada.. kalah blog 'si mak hayam gebusss' yang selalu guna perkataan 'hanjinn' ... ha ha ha ha.. korang tau lah siapa kan blogger yang menulis tak pakai otak tapi pakai kaki tu.. hik hik hik.. amat kurang ajar bunyinya..
okey..okey.. aku bukan nak bercerita macam mana yang dia cerita. anjing dalam entry aku ni.. betul-betul anjing okey!! bukan anjing jadi-jadian.. jauh sekali anjing yang tahu bercakap!! anjing yang aku maksudkan di sini.. adalah anjing yang sebenar-benarnya anjing!! (maaf.. kerana banyak perkataan anjing!! )
aku kerja kat sekolah cina. jadi cikgu-cikgu ni ada sesetengahnya tak tahu atau buat-buat tak tahu sensitiviti orang islam macam aku.
nak di jadikan cerita. selepas habis acara sukan tahunan sekolah minggu lepas.. adalah seorang cikgu ni 'terbawa' anak ajing di ke sekolah.. kenapa terbawa.. sebab aku rasa dia tak sengaja bawa.. ha ha ha ha.. sebab.. dia kan cikgu.. tak kan tak tahu anjing tu haiwan yang haram bagi orang islam... hati aku panas je. tapi aku sabar-sabarkan ia. kalau tak.. memang dah kena 'basuh' cikgu tu. silap haribulan anjing-anjing dia pun aku 'cuci' kasi bersih.
budak-budak yang ghairah ni pun kerumun lah kat anjing tu. anak anjing yang spesis bulu lebat tu.. yang mata pun tak nampak tu.. aku buat tak tau je. aku tak nampak... cuma dengar suara je.. jadi.. aku jengah keluar.. aku takut juga kalau ada pelajar-pelajar melayu yang sama-sama duduk bergomol dengan anak anjing tu. faham-faham je lah.. budak darjah 1..2..3.. ni.. apalah yang mereka faham sangat pasal halal haram ni.
nasib baik tiada seorang pun pelajar islam. Alhamdulillah..
tapi yang bangangnya.. ada seorang cikgu ni.. yang payah sikit aku nak nyatakan asal-usul dia.. ehMmm.. dia ni asalnya berbangsa india.. sejak kecil di jaga oleh orang cina.. tetapi baru setahun berkahwin dengan orang melayu.. jadi..? apa agama dia..??? Islam kan..?? (tapi dia still gunakan nama cina.. nama melayu dia aku tak ingat.. panjang sangat! ) cikgu keturunan campur-campur ni dengan bangganya bergomol-gomol dengan anak anjing ni.. MasyaAllah... aku mengucap panjang.. takkan dia tak tau.. sebagai orang islam.. dia haram sentuh anjing!! aku terkedu je.. diam membisu... dan cikgu tu pun bila nampak aku nampak dia pegang.. tiada rasa bersalah pun...
lepas tu, cikgu tuan punya anak anjing tu boleh bawa masuk anak anjing dia dalam pejabat. pejabat ni tempatnya sama dengan bilik guru. dengan bangganya dia letak anak anjing dia atas meja tempat baca suratkhabar.. alahai.... nasib baiklah port aku hanya dalam bilik aku je. tapi.. tak patutlah kan...
aku jadi was-was pula dengan pejabat ni.. macam nak samak je.. ni yang aku nampak.. yang aku tak nampak..??? arGhhh!! tekanan..tekanan...
inilah risikonya bekerja di sekolah cina mungkin. nampak macam senang.. tapi bab-bab ni.. memang memeningkan kepala otak aku!!
nota kakitanganku : aku nyaris terpegang.. sebab anak anjing ni dengan kucing siam atau parsi.. sikit lebih kurang je.. tapi bila dia dah keluarkan lidah dia.. umangg ai.. memang anjing da...!!

2 kUs-kUs:

farish izaryl @izreez on April 28, 2009 at 4:15 PM said...

fobiaa ngn anj! coii ahhahah

myQza on April 28, 2009 at 4:34 PM said...

hehehe.. rizz pernah kena kejar anjing ke..
orang tua2 kate.. klu nampak anjing jgn lari.. nanti die kejar.. x boleh da.. lari ke tak ke.. anjing still kejar gak!!

hik hik hik..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting