Wednesday, April 29, 2009

RM 90.45 ( Anda sEoranG guru...? s|La baCa...)

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:25 PM
Aku memang bukan orang kaya.. orang berada jauh sekalilah… tapi aku orang beradab.

Kalau setakat RM 90.45 tu.. aku boleh bayar.. tak perlu nak susahkan orang lain. Tak perlu nak amuk-amuk. RM 90.45 okey!! Bukan RM 90,000.45 !!!

Kesnya agak rumit dan panjang berjela. Aku ringkaskan begini...

Lokasinya di sekolah lama aku... Masalahnya.. aku terlepas pandang untuk gerakkan gaji seorang guru. Erk!! Aku tak terlepas pandang!! Senang cakap aku cuai! Aku dah siapkan Kew 320. Ada Kew.8. Ada Penyata Perkiraan Tunggakan sebab aku bayar dia dalam bulan Mei 2008. Ada penyata tunggakan untuk HPG lagi. Sebab cikgu yang grade dari Diploma ambil Ijazah.. siapa-siapa yang kerja cikgu tu tahulah.. kan cikgu ayu kan..???

Kecuaian aku hanya dalam Kew 320. aku lupa nak tukar angka gaji baru. Aku masih taip gaji lama. Aku memang tak perasan. Langsung aku tak perasan. Dan nak buat kes ini menarik, cikgu yang malas nak periksa gaji dia tiap-tiap bulan itu juga tidak perasan yang gajinya tidak naik satu pergerakan untuk tahun itu....

Aku hanya perasan gaji dia tidak bergerak bulan Februari tahun 2009 ni. Aku ada jumpa dia. Aku minta maaf. Aku akan bayar tunggakan gaji dia secepat mungkin! Berulang-ulang kali aku minta maaf. Cikgu ni buat-buat okey je.

Tapi pagi tadi dia telefon sekolah aku. Nada percakapan dia sangat ‘hampeh!’ aku ringkaskan perbualan seperti di bawah :-

Cikgu S > Macam mana masalah gaji saya ni...? Bonus saya tahun lepas macam mana..?
Aku > Saya minta maaf. Saya dah beritahu cikgu ari tu kan...
Cikgu S > abes tu bonus saya macam mana..? dia kire gaji lama...
Aku > yang tu mmg x boleh buat ape.. dah AP... tak boleh bayar...
Cikgu S > abes tu macam mana..? ( cikgu ni memang x paham bahasa)
Aku > okey! Saya bayar pakai duit saya!!
Cikgu S > ehmmm ok.. borang EC saya..?
Aku > nape lak..?
Cikgu S > ye lah..kena lah tukar amaun dia...
Aku > minta tlg kerani baru buat..
Cikgu S > kalau dia tak nak buat
Aku > kenapa dia x nak buat pulak..?
Cikgu S > sbb bukan kerja dia tahu lepas..
Aku > (cikgu ni mmg tak tahu undang2 cukai agaknye)

Cikgu S yang agak-agak ‘slow’.. Tuan terima tunggakan gaji untuk tahun 2009.. jadi.. Isytiharkan lah dalam cukai pendapatan 2009.. kenapa nak letak dalam EC 2008..?? huh!! Tak faham!


Gaji dia kalau campur dengan elaun-elaun yang dia dapat.. memang cecah RM 4,000.00. Tapi dia masih juga ‘nak’ duit aku yang RM 90.45 sen tu... (RM 90.45 baki Imbuhan tahunan 2008 yang sepatutnya dia dapat guna gaji baru ) Cikgu S.. tanya diri sendiri.. berkatkah tiap sen yang cikgu dapat setiap bulan dengan kerja-kerja yang cikgu lakukan...?? cukupkah waktu cikgu mengajar...? terbelakah pendidikan anak-anak istimewa yang cikgu hadap hari-hari..? berkatkah gaji itu...???

Dan aku memang beradab.. aku tak mahu jadi ungkit-ungkitan.. aku akan bayar dia guna duit aku sendiri kalau memang RM 90.45 tu yang dia ‘laparkan’ sangat!! Aku juga sempat cakap pada dia.... “cikgu, saya bukan hanya buat gaji untuk hampir 100 orang kakitangan di sekolah cikgu dulu.. tapi saya juga buat banyak perkara-perkara yang lain.. kadangkala saya terlepas pandang satu dua perkara. Tapi setiap bulan... cikgu hanya perlu menatap dan memeriksa hanya gaji cikgu sendiri. Kenapa cikgu tidak boleh nampak kesilapan yang saya buat...? kalau cikgu tengok betul-betul ‘payslip’ tu.. dan sedar dengan kesilapan saya tentu perkara macam ni tak jadi!!”

Huh!! Aku tak nak ambil perkara ni serius sangat!nanti tambah tekanan. Aku tak nak masalah.. walaupun kadangkala banyak masalah yang datang tanpa di undang. Aku tak tahu nak bercerita pada siapa. Sebab selalunya aku yang selalu jadi pendengar... tiada berkesempatan nak memperdengarkan masalah dan cerita aku... jadi.. di sini sahaja aku boleh becerita apa saja. Ada yang baca atau tidak. Bukan masalah... janji aku rasa lega... Alhamdulillah...

Nota kakitanganku : Tanyalah pada siapa-siapa PT di sekolah... setiap kali kita uruskan hal-hal yang berkaitan dengan guru-guru... terutamanya bab gaji atau naik pangkat... kita buat sungguh-sungguh.. tidak boleh silap. Tidak boleh cuai. Tapi.. bila kita selesai uruskan semuanya.. dan mereka menerima apa yang sepatutnya mereka terima... bilanglah dengan jari.. berapa orang yang datang.. jumpa secara hormat... dan ucapakan.. ‘TERIMA KASIH’!! Nisbahnya ialai 1:100... itu kebenarannya.. tapi.. bila jadi kes-kes seperti ini... ‘tepuk dada.. tanya iman...’ Anda seorang guru..?? Ringan-ringankan lah mulut anda mengucapkan ‘Terima Kasih’ kepada PT anda apabila tiap kali mereka selesai menguruskan hal berkaitan dengan anda!! Ianya amat-amat di hargai!

10 kUs-kUs:

farish izaryl @izreez on April 29, 2009 at 10:48 PM said...

wahhh sedih tol rizz bce ur n3 ni..mmg xptut btol cekgu tu kan..isk2 x sangka gak setern2 ckgu cmni..sabo la yee

Ayu on April 29, 2009 at 11:37 PM said...

ala.. baru naik dg41 dah nk belagak plak cekgu tu.. ko campak an je 90.45 sen tu kat dia..

––––•(-•Oº°‘¨ ie3za ¨‘°ºO•-)•–––– on April 30, 2009 at 12:07 AM said...

ahh..sengal jugak cikgu tu. bongkak bodoh sombong huhuhu!

Unknown on April 30, 2009 at 9:23 AM said...

DG 41?memang blagak ar...

myQza on April 30, 2009 at 2:33 PM said...

rizz : yup!! sesetengah.. dan harap2 sesetengah tu jd x de.. awak cikgu.. jgn lah tunjuk contoh yg x baik kan...?

ayu : tue lah.. samada aku nak campak atau aku letak dalam envelope yang berbunge2 dan beropol2.. ha ha ha ha.. mana satu ek..??

ieza : yup!! dia tak fikir ape salahnya rm 90.45 tu die sedekah pd gomen balik sebab dia selalu curik tulang. maklumlah mengajar kanak-kanak istimewa.. selalu yg ada PPM je melayan budak-budak.

dak asie : ko pun dg41 gak ke..? ko memang berlagak!! muehehehehe!!

Ayu on April 30, 2009 at 7:57 PM said...

ashie.. kodah dg41 ke?? oum pung x abih lagik tuh.. canne nk dg41???????? ke nk naik dg48???? *garuk dagu japp*

myQza on April 30, 2009 at 11:14 PM said...

belum ke dak ashie 41..? pandai2 je aku!! muehehehe...

lupie on May 3, 2009 at 4:41 PM said...

Keep cool ....
World is "fool" of "fools" ...

Be happy!

myQza on May 3, 2009 at 6:56 PM said...

hehhehehehe.. dalam maksud!!!

Ibu Mifzal on March 10, 2010 at 3:39 PM said...

salam..sbnrnya manusia ni x lepas dr kesilapan..sy rs kalau sebulan tertunggak...n PT yg buat pun dah mintak maaf ka..lg pun cikgu tu ttp akan dpt tunggakkan tu kan..sy bukan cikgu tp asben sy cikgu..asben sy pun ada masalah gaji n elaun tertunggak..bukan sebulan 2..tp dah 3 thn lebih..kalau ikutkan gaji p yg tertunggaknya dah mencecah RM10000.00 lbh..tp asben sy still cool..yg sibuk2 bisingnya sy..tp sek asben sy tuh PT nya mmg problem..PT lelaki..mana la rajin nak buat keje2 pejabat ni kan..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting