Monday, April 27, 2009

sEmOga kaKM|nah S|hat SeLalu...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:54 PM
Sejujurnya aku katakan aku memang tidak mempunyai ramai sahabat di alam nyata.. eh!! Selama ni aku di alam bunian ke..?? ha ha ha ha.. korang fahamlah maksud aku kan…

Antara-antara mesej yang aku terima pada hari ulangtahun yang lepas .. satu mesej ni.. amat-amat mengharukan hati aku.. ‘Za, KakMinah ni.. kak nak ucapkan Selamat hari jadi, panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu’….

Cikgu Aminah, cikgu yang mengajar di sekolah lama aku dulu. Cikgu yang cekal berkerusi roda. Yup!! Dia mengajar menggunakan kerusi roda. Aku tak berapa pasti.. apa nama penyakit sebenar dia.. tapi berkaitan dengan urat saraf. Yang membataskan pergerakan dia. Dia masuk mengajar di sekolah lama aku tu dalam tahun 2008. berpindah dari utara tanahair. Jadi, percakapan dia masih pekat dengan loghat utara. Hehehehe...

Maaf aku cakap.. aku tak berapa rapat dengan dia. Oleh kerana pergerakan dia yang terbatas. Dia di tempatkan di dalam bilik guru kedua yang terletak di tingkat bawah di hujung bangunan. Jadi aku memang jarang berurusan dengan dia. Maklumlah kerja-kerja aku di pejabat di tingkat 1. memang jarang turun jumpa dia kalau tiada apa-apa yang berkenaan. Melainkan.. aku nampak kelibat dia di atas kerusi roda.. tiap kali perhimpunan pagi.. dia hanya duduk jauh dari tapak perhimpunan… sesekali kami saling melemparkan senyuman..

Kadang-kadang aku rasa simpati.. melihat kepayahan dia berkerusi roda.. kesana ke mari.. masuk ke kelas mengajar. Nasib baiklah ada pelajar yang prihatin.. tolong menolak kerusi roda. Nak harapkan kudrat dia seorang.. memang tak mampu.. sebab dia berbadan kecil..

Namun rasa kagum mengatasi segala-galanya. Walaupun kadangkala aku tahu agak payah dia nak mengawal kelas. Tapi dia tetap menjalankan tanggungjawab yang telah di beri...

Sebab itu, bila aku dapat mesej dari dia.. aku betul-betul tak sangka. Terharu!! Macam-macam perasaan yang berbaur. Sebab dia bukan salah seorang cikgu yang rapat dengan aku!! Tapi dia tetap ucap selamat untuk aku. Memang aku tak jangka langsung.

Untuk cikgu Aminah.. semoga cikgu sihat selalu... tabah selalu.. dan cekal selalu.. mendidik anak bangsa tanpa rasa lelah... Terima Kasih cikgu... Ingatan dari cikgu amat-amat saya hargai....

Nota kakitanganku : betulkan.. kadang-kadang kita selalu terlepas pandang pada seseorang yang sebenarnya memerhatikan kita dari jauh.. dan selalu berharap seseorang yang sedang berhadapan dengan kita sekarang.. walaupun sebenarnya hampa!!

2 kUs-kUs:

farish izaryl @izreez on April 28, 2009 at 12:02 AM said...

kemain alam bunian heheh btw xpe 1 day u akan jupe org yg suke kat u tuh hihi

myQza on April 28, 2009 at 12:36 AM said...

wah wah wah... Amin!!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting