Monday, October 31, 2011

sayA namakaN Dia mOLi waLauPun diA seekOr JanTan. aPaLah aDa PaDa naMa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:13 PM 6 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket


Photobucket

Jumpa dia sedang mengiaw-ngiaw di tepi jalan berhampiran Pejabat Pos Ayer Molek, Melaka. Oleh kerana sudah kesuntukan masa bila jam menunjukkan pukul 4.45 petang dan banyak barang yang perlu saya angkat berturut-turut dari kereta, saya tidak dapat mengambilnya terus. Cuma berkata di dalam hati 'Andai ada rezeki beliau bersama saya, InsyaAllah'.

Selesai urusan saya mencari beliau. Tiada. Eh! Kemanakah? Cari-cari, terbongkok-bongkok, memanggil-manggil, tiada. Erhmmm.... Tiada jodoh.


Menghidupkan enjin kereta dan saat mahu memulakan perjalanan nampak dia terkedek-kedek jalan menghala ke longkang dan tertinjau-tinjau.

Alhamdulillah.
Memang ada rezekinya.

=))






Sunday, October 30, 2011

QIUT : MakanaN BasaH Dalam Tin PiLihan sayA unTuk kanaK-kanaK BuLus. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:40 PM 9 kUs-kUs
Photobucket

Sudah lama saya memilih Qiut sebagai makanan basah bagi kucing-kucing saya. Ini kerana tiada jeli yang terdapat di dalamnya dan hanya isi semata-mata bersama sedikit air.

Melalui pembacaan saya, jeli merupakan salah satu cara menaikkan selera makanan kucing. Tetapi bagi saya kalau namanya makanan basah tidak perlu jeli pun tidak apa, pasti licin mereka bedal tanpa menoleh ke kiri dan kanan.

Photobucket

Jika di Melaka terdapat 2 pasaraya yang menjualnya. Di Mydin harganya RM 3.50 dan di Tesco Melaka RM 3.80 Agak mahal bagi saya. Maklumlah, kucing bukan seekor dua. Tapi berpuluh. Walaupun makanan basah hanya 3-4 kali seminggu kadang-kadang tidak sampai hati bila mereka mengiaw meminta lebih. =))

Photobucket

QIUT ada pelbagai perisa antaranya Pilchard, Shirasu, Tuna , Tuna dan sayuran , Tuna dan Sasami. Tapi kucing saya tidak memilih. Semua mereka suka. =))

Saya membeli stok QIUT saya secara online dari Dewi Petshop. Hanya RM3.00 setin. Sangat berbaloi kalau beli 2-3 kotak sekali macam ini. Hehehehe..






Friday, October 28, 2011

oreNJe : BuDak macaM BiskuT. SuDah 2 TahUn ruPanYA sayA MemanTau BeLiaU.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:40 PM 6 kUs-kUs


Photobucket

Ini hari pertama saya jumpa dia.
20 Oktober 2009. Dia masuk ke kawasan pejabat. Waktu ini dia sangat jinak dan manja.

Photobucket

Setahun kemudian. 22 Julai 2010.
Kurus. badan dia. Budak ini macam biskut. Jumpa setahun sekali.


Budak gemuk yang sudah sombong sekarang. Blackwood nak! Tapi bila dekat lari!!! Menyampah!!!

Macam harimau bintangkan???

Hehehehehe..





Thursday, October 27, 2011

KamU DaTanG. BuaT sayA sanGaT GemBirA. PasTi maHu BeriTaHu, kamU suDah siHat. Nenek PasTi sukA! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:10 PM 14 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Masih ingat lagi dia? Saya pernah menulis mengenai dia di 2 pautan ini :

Satu
Dua

Neneknya meninggal dunia pada 26 Februari 2011 yang lalu. Sejak itu dia menjadi kucing gelandangan yang terbiar sehingga beliau datang ke rumah saya buat pertama kali pada 06 April 2011 dalam keadaan yang sangat menyakitkan hati saya. Simpati sungguh saya pada beliau. Hidup tidak terurus.


Membawanya ke vet, medapatkan rawatan akibat cirit birit yang sangat teruk. Saya cuba mencarikan beliau 'adopter' sementara sewaktu saya mahu melakukan umrah April lepas. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyerahkan beliau kepada anak saudara kepada arwah neneknya. Sehingga saya pulang sampai hari ini saya tidak pernah bertemu beliau. Tidak pernah terserempak walau sekali pun dan beliau tidak pernah datang ke rumah saya lagi.

Tapi hari ini saya snagat terkejut melihat beliau datang. Ya Allah . Kamukah ini Comel? Kamu sangat cantik. Sangat gemuk. Serta kelihatan sihat. berbeza sungguh dengan kamu yang saya jumpa 7 bulan lepas.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket


Photobucket

Kamu hari ini. Alhamdulillah.

Rajin-rajinlah datang ke sini jika kamu lapar. Saat kamu kenyang pun tidak mengapa.

=))






Wednesday, October 26, 2011

worDLess weDnesDay : Santai PeTanG.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 AM 3 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket






Tuesday, October 25, 2011

seEkOr kucinG comOT yanG menGanTuk......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM 4 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Krooooohhhhh....





Monday, October 24, 2011

kucinG Jantan BerwaJah JamBu BunTinG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 9 kUs-kUs


Sekian!






Sunday, October 23, 2011

GPV4 : Kamu hanyA TinGGaL BerDua. sayA HaraP kamu akaN Terus TaBah dan KuaT.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:40 PM 3 kUs-kUs



Setiap kali saya menyembur ubat, menyapu krim dan menitikkan ubat mata, saya selalu akan berkata kepada kamu 'Saya minta maaf'. Kecuaian saya buat kamu jadi begini. Saya minta maaf. Saya mahu kamu tahu ini bukanlah sesuatu yang di rancang dan bukan kemahuan saya, sesungguhnya.'

Melihat mata kamu semakin hari semakin bulat dan terang saya sangat bersyukur. Berbanding dengan sebelum ini kamu seolah-olah hanya memiliki sebelah mata. Sakit mata yang kronik sampai saya takut kamu menjadi buta dan hidup dalam kegelapan.

Saya harap kamu dapat bersabar. Saya akan berusaha untuk sembuhkan kamu dan buat kamu sihat dan cantik seperti rakan-rakan lain. Berilah saya masa untuk menunaikan kata-kata saya. InsyaAllah.

Melihat kamu riang bermain, bergurau, bergumpal dan melompat sana-sini buat saya tersenyum. Kamu sihat dan aktif. Itu sudah cukup meyakinkan saya yang semangat kamu kuat untuk terus hidup.

Maaf, beri saya peluang untuk tebus kesilapan....








TerkinI Dua BeraDik yanG IbunyA DiBuanG JiraN. AlhamDuLiLLah. MerekA semakIn siHat. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 2 kUs-kUs




Mereka saya ambil pada 22 Ogos 2011 yang lalu. Genap 2 bulan bersama saya. Mereka kehilangan ibu di usia tidak sampai 1 bulan atas sikap buruk hati manusia yang membuang ibu mereka entah kemana. Sangat kejam!

Mereka asalnya tiga beradik. Tapi sayangnya seekor sudah mati semasa dalam jagaan saya. Alhamdulillah, yang dua ini dapat bertahan. Sedang berusaha sembuhkan mereka dari fungus yang sangat kronik. Berselera untuk makan, sudah pandai bergurau senda, melompat dan menjerit bila lapar, itu sudah cukup menyenangkan hati saya.

Walaupun pada asalnya, tuannya hanya mahu saya jaga seketika waktu itu, tetapi tidak mengapalah jika mereka terus bersama saya. Mereka menjadi sahabat akrab Kakak Nowy. =))

Masih tidak bernama.
Ada cadangan untuk 2 suku kata nama bagi GPV5 ini? =))





Saturday, October 22, 2011

Dak ItaM : abanG kawasaN yanG SanGat Di GerunI oLeH PenDuduK kucinG di SiNi. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 PM 4 kUs-kUs


Ini kucing saya yang paling taiko di rumah. Yang paling lama tinggal bersama saya.

Walaupun saya rasa Pakcik Oghen lebih berusia dari beliau tapi beliau lagi berkuasa. Hahahahaha.. Sampai hari ini beliau masih tidak ngam dengan Pakcik Oghen. =))

Beliau 5 beradik bersama ibu di buang di rumah saya pada 1 Syawal tahun 2006. Sewaktu itu usianya saya rasa tidak sampai 1 bulan. 3 adik beradik beliau hilang atau mati sejak kecil dan emaknya pula mati di depan rumah kerana di langgar kereta.

Tinggallah Dak Itam dan Dak Utih. Tapi usia Dak Utih tidak panjang. Beliau mati pada 03.05.2010 tanpa di ketahui puncanya. RIP Dak Utih.Kamu tetap di hati kami sampai bila-bila.

UI

Kini sudah lebih 5 tahun usia Dak Itam. Walaupun muka nampak ganas tapi dalam hati ada taman. Beliau suka duduk di atas pangku dan tidur di sebelah jika 'mood' gediknya datang.

Semoga Dak Itam panjang usianya. InsyaAllah.






Kucing yanG MenariK PerHaTian sewakTu maKan Di CrystaL Bay semaLam. Misai aLa-aLa DaTuk K yanG MaHaL Tu! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:50 PM 3 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Kucing DLH.

Jadi kucing gelandangan yang mencari makanan bagi mengalas perut di Medan Ikan Bakar Crsytal Bay, Melaka.

Beliau antara puluhan kucing yang ada. Mungkin dari hari ke hari akan jadi bertambah. Makanan mungkin bukan satu masalah, tapi pertambahan populasi dari semasa ke semasa yang akan menimbulkan masalah.

Yang di buang, yang beranak pinak.

Apa tindakan kerajaan negeri yang satu ketika dulu sewaktu mahu pilihanraya kecil mengawar-warkan satu perkampungan kucing akan di wujudkan?

Senyap.
Diam seribu bahasa sudah.......






Friday, October 21, 2011

Si sesaT yanG senTiaSa meLeLeh air Liur. Erhmmmm.. APa punca?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM 8 kUs-kUs






Si jantan yang baru nampak 2-3 hari ni datang bertandang pada waktu malam.

Cuma sejak semalam siang pun sudah kelihatan. Baru perasan air liurnya sentiasa keluar. Erhmmm.. Apa puncanya ya?

Jadi asingkan bekas makan beliau dan kalau ada baki pun terus buang saja. Lepas makan dia hilang. Lapar tunjuk diri semula. Belum berkesempatan mahu bawa ke klinik.

Yang peliknya dia suka tidur di tengah-tengah jalan. Sampai banyak yang lalu lalang akan berhenti dan tengok. =)) Sedikit pun dia tidak bergerak melainkan angkat dia ke tepi. Isk. Pandai berlakon budak ni!!





Toys Stick, sTratchinG & Collar For SaLe!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 0 kUs-kUs
Photobucket

Toys stick RM 14 satu set + RM 4.oo kos pos

Photobucket

Stratching besar RM 13.00 dan kecil RM 8.00 + RM 4.00 kos pos.

Photobucket

Kolar RM 8.00 + RM 4.00 kos pos

Untuk urusan pembelian dan bayaran emel myqza244@gmail.com

Terima kasih.





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting