Showing posts with label kuciNG cOmOt. Show all posts
Showing posts with label kuciNG cOmOt. Show all posts
Wednesday, July 15, 2009
Tuesday, July 14, 2009
MenGapa Kuc|nG-Kuc|nG cOmOt |n| t|Dak manD|???

Secara jujurnya aku memang tidak memandikan kucing-kucing yang 3 ekor ini. Aku ada sejarahnya sendiri hingga menjadi trauma untuk memandikan kucing!
Dak Kimo yang diatas itu, kira-kira 2 tahun setengah yang lalu pernah sekali di mandikan. Itu pun mandi untuk kali yang pertama sejak beliau datang ke rumah ini. Masuk sahaja ke bilik air belum sempat baju di buka.. eh... air paip di buka, beliau telah melompat dengan gigihnya sehingga dapat meloloskan diri.
Sejak petang itu sehingga 2 minggu berikutnya beliau tidak pulang-pulang ke rumah. Maka menangislah adik aku siang dan malam meratap merayu agar Kimo kembali ke pangkal jalan. Erk!! Ke rumah!!
Akhirnya, saat-saat yang di tunggu tiba. Dak Kimo pulang ke rumah. Namun dalam keadaan yang parah! Bahagian punggung hingga ke pehanya cedera parah. Terbelah. Hingga nampak tulang dan isi di dalam. MasyaAllah. Allah itu Maha Berkuasa. Walaupun Kimo cedera parah Allah masih menunjukkannya jalan pulang walaupun mengambil masa yang lama. Kami membuat kesimpulam mungkin semasa lari atau terjun Kimo tersagat sesuatu seperti cermin pecah atau zink. Atau mengikut firasat adik aku Kimo mungkin di gigit oleh Babi!! Eh! Kena samak Dak Kimo ni!!
Oleh itu, sehingga kini, kira-kira hampir 3 tahun ini beliau hanya mandi sekali itu sahaja. Eh!! Atau lebih tepatnya tidak pernah mandi kerana tidak sempat di mandikan.

Budak-budak 2 ekor ini pula hanya mandi ketika masih kecil sahaja. Waktu itu mereka amat-amat comot. Dak Itam bernasib baik kerana berbulu hitam dapat meng'cover' kekotoran. Ha ha ha...

Yang ini pula bernasib baik kerana seekor yang 'homely'. Susah untuk lihat Dak Utih keluar dari pintu rumah. Kadang-kadang terpaksa tolak beliau keluar kerana asyik mengekor aku sahaja sampaikan hampir terpijak. Beliau keluar hanya waktu untuk mengawan. Jadi potensi untuk dia kotor-kotor atau berdebu adalah tipis.
2 atau 3 hari sekali aku wajib membersihkan telinga, hidung, kuku dan badan mereka. Aku masih trauma untuk memandikan kucing. Mungkin juga aku tidak akan melakukannya. Bukan untuk menjimatkan bil air atau sabun atau syampu, tetapi demi mententeramkan hati sendiri. Kucing aku juga seperti kambing yang takutkan air.
Aku tidak mahu nanti, waktu mandi menjadikan kucing aku 'stress' dan merajuk hingga membawa diri tidak kembali. Biarlah. Asalkan mereka bahagia.
Nota kakitanganku : Wah!! Macam karangan bahasa melayu bertajuk 'Trauma Seekor Kucing Dan Tuannya'. Hik hik hik..
Categories
kuciNG cOmOt
Monday, July 13, 2009
Thursday, July 09, 2009
MaLam yanG GeLap : Operas| PenceGahaN Maks|at!!
Harap maaf. Posisi gambar adalah dalam kegelapan malam kerana tiada pantulan cahaya bulan. Hanya mengharapkan sipi-sipi cahaya dari lampu jalan yang lip-lap, lip-lap!!
Tarikh : 08 Julai 2009
Masa : 11.30pm
Tempat : Halaman rumah
Pegawai Pencegah : 1 orang & 1 ekor (erk!!)

Ini bukan suspek utama! Ini adalah pembantu peribadi aku atau dalam bahasa inggerisnya, 'Personal Assistant'!!

Okey! Beliau di upah! Di ulangi! Di upah untuk membantu dalam operasi pencegahan ini. Sebab utamanya ialah seekor kucing lebih tahu helah seekor kucing yang lain.

Ini adalah suspek utama!! Beliau bukan ingin membunuh diri walaupun dengan senang-lenangnya berada atas jalan. Tetapi sedang menunggu seseekor. Beliau mungkin fikir beliau berbulu hitam, lantas ingin mengaburi mata kami. Beliau silap!! Walaupun warna tar jalan itu seakan-akan mirip dengan beliau, namun beliau kena ingat yang beliau bukan halimunan!

Apabila menyedari diri beliau di 'skodeng' beliau cuba melarikan diri.

Lantas PA aku begitu cekap menjalankan tugas yang telah di amanahkan.

Oik!! Mana mau pigi hah???

Suspek kedua dapat di kesan!!

'Kita terpaksa berpisah abang!! Panjang umur kita jumpa lagi! Seakan-akan ada yang iri dengan hubungan kita". Luah suspek kedua. Suspek pertama terkulat-kulat melihat pemergian kekasih hati. Lantas, seakan-akan dia dapat mendengar Sang kekasih menyanyikan lagu Bukan Aku Tak Cinta dari Iklim .. 'Saat kita berpisah... Kau genggam erat tanganku, sepertinya tak merelakan pemergianku, untuk meninggalkanmu...' CheeewaahH!!

Kes telah di tutup!!
Nota kakitanganku : Ini akibatnya aku terawal bagi makan malam tadi. Jadi bila perut dah kenyang tapi semua orang belum tidur, pintu terbuka, mereka boleh pergi berhoye-hoye di tengah jalan!!
Nota kakitanganku : Ini akibatnya aku terawal bagi makan malam tadi. Jadi bila perut dah kenyang tapi semua orang belum tidur, pintu terbuka, mereka boleh pergi berhoye-hoye di tengah jalan!!
Categories
kuciNG cOmOt
PsstttTT!! Aku aDa GambaR YanG DapaT Mengh|Langkan Rasa MengantuK + MaLas!!!

Okey! Pagi ini aku ada cara untuk buat mata kamu terbeliak seperti di atas. AKu pasti tidak ada seorang pun dari kamu akan rasa mengantuk selepas melihat gambar separa 18sx ini.
Psttt!! Jangan baca 'entry' ini bersama rakan-rakan kamu yang lain. Bimbang mereka akan mengadu kepada 'Bos' yang kamu menyalahgunakan komputer pejabat untuk melihat gambar yang bukan-bukan.
Tadaaaaa.... Amacam!! Okey tak??
Nota kakitanganku : Huh!! Aksi ini hanya untuk pembaca yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja! Segala kemalangan, kemarahan, kecelakaan, tohmahan mahupun umpat keji terhasil dari membaca 'entry' ini, penulis tidak akan bertanggungjawab. Sekian, terima kasih!!
Categories
kuciNG cOmOt
Wednesday, July 08, 2009
Si MamaT ZeBra YanG t|Dur BerguLung!!

Entah apa agaknya mimpi mamat zebra ni malam tadi. Pagi-pagi masuk bilik terus tidur!! Selalunya Dak Kimo akan tidur sendiri-sendiri. Yang aku tahu, aku bangun saja subuh nanti, dia dah mengiaw-ngiaw depan pintu minta makan.
Sejak jadi anak jantan yang gagah perkasa walau badan keding, Dak Kimo dah jarang mahu bermanja-manja. Pegang pun dah mendengus-dengus marah. Jarang ada di rumah. Tapi tiap-tiap hari tahu balik cuma sekejap-sekejap untuk makan.
Badan dia kurus memang melayang-layang tapi nasib baik masih mahu makan. Aku rebuskan ikan kembong dan bagi makan ikut suka hati aku! Ha ha ha! Kejam!! Aku bagi makan kucing-kucing aku 4 kali sehari. Tapi tidaklah setiap kali dengan seekor ikan!! Muflis aku! Macam ni aku mahu berhenti kerja dan jadi nelayan saja! Hik hik hik..
Dak Kimo dan Dak Itam masih mahu makan 'kibbles'. Cuma Dak Utih sahaja yang memang tidak boleh di selamatkan lagi. Dia tidak mahu yang lain. Ikan rebus atau Ikan Laut Whiskas? Tiada pilihan. Itu sahaja. Kalau tidak dia rela berpuasa!
Kalau yang dua ekor lagi tu boleh makan sendiri, Dak Utih kena layan. Ikan tidak boleh panas-panas. Kena biar suam-suam dulu. Jika aku dah masukkan ke dalam peti sejuk, aku kena keluarkan, rendam dalam air panas. Baru dia akan makan. Opsss! Lupa! Kena tolong cerai-ceraikan ikan itu. Kalau aku letak bulat-bulat seekor dalam mangkuk, alamatnya ikan rebus itu akan jadi bahan renungan dia sahaja. Kena sua-suakan kat mulut bagi dia rasa. Kamu ada tahap kesabaran begitu? Kalau ada syabas!! He he he he!!
Okeylah! Pagi-pagi aku dah merepek. Masa untuk bagi budak-budak makan sebelum ke tempat kerja!!!
Nota kakitanganku : Eh! Eh! Betullah! Aku kena cari kerja 'part time' sebagai nelayan!! Kalau sehari 4 kali makan darab dengan 3 ekor kucing darab dengan 30hari 30 malam darab dengan waktu bonus.... Ehmmm... Okey! Kamu kira, kemudian bagi aku jawapan yang tepat! Selepas itu aku akan pertimbangkan, perlukah aku menjadi nelayan di laut dalam???
Categories
kuciNG cOmOt
Tuesday, July 07, 2009
JaNgan TerLeb|h.... SuDah!!

Maaf kawan-kawan. Aku ada letak lagu di sini. Andai kata telinga tidak apat menerimanya, sila klik 'PAUSE'!!
Kadang-kadang ada yang suka sunyi sepi dan ada yang suka bingit. Tapi aku suka yang sedang-sedang sahaja. Jangan terlebih, sudah! Ekekekeke!!
Nota kakitanganku : Moral dari gambar di atas. Kaki yang terlebih panjang, tidur yang terlampau, dengkur yang berpanjangan dan gangguan yang terlebih-lebih!!! Hik hik hik!!
Categories
kuciNG cOmOt
Saturday, July 04, 2009
AbanG!! I Lapp yOu!! yOu Lapp mE tOO??
Hai semua!! Bertemu lagi kita dalam ruangan "Ini Abang Saya!" Syyyyy!! Mak Tiri kami sudah tidur. Sebab sekarang jam dah menunjukkan jam 2.00 pagi!! Jadi kami mengambil keputusan untuk 'take over' ini 'notebooklah'!!

Ini abang saya! Tengok !! Beliau tak berapa nak 'ensem'kan! Maklumlah!! Dia berkulit gelap! Opss! Berbulu gelap sedang saya kacak menawan dan putih berseri!! Well!!

Ini gambar kami setahun yang lepas! Kami baru balik dari klinik dah terbongkang tidur selepas di beri ubat tidur oleh ibu tiri kami! Eh eh!! Bukan! Selepas di 'enjet' di bontot! Okey! Okey! Di punggung! Kurang sopankan? Psstt.. Ibu tiri kami memang 'lucah' sedikit kalau menaip. Tapi kami tidak!!

Kami suka rumput dan selalu mengunyah rumput di depan rumah. Tapi pakcik sebelah rumah ni selalu racun rumput itu! Eh! nak bunuh kami ke?? Taulah Pakcik Sebelah Rumah ada ramai anak-anak dara cun! (anak dara di sini maksudnya, anak kucing betina okey!!) Tapi macamlah kami nak sangat. (Eleh.. kalau musim mengawan, muka kau yang hari-hari mengadap kat rumah dia. Itu pun tak ngaku) << Yang ini abang saya taip!! Dia pun 2x5 sebenarnya.

Sesi kami tidur-tidur. Ini lokasinya di beranda luar rumah. Kami di hukum kerana membuat bising sewaktu orang lain tidur. Salah ke..? Kami juga ada hak untuk tidur lambat dan berhoye-hoye di hujung minggu!! Ini tidak adil!!

Tapi kami lebih cerdik. Kami menyelinap masuk dah membalas dendam dengan tidur dalam baju Mak Tiri kami yang belum di basuh! Eh Eh!! Tidur dalam atau tidur atas?? EhMmm... Bahasa Melayu kami tidak begitu baik. Maklumlah selalu bercakap dalam bahasa kucing saja! Hik hik hik!

Okey! Akhirnya kami dapat tidur di atas tilam yang empok selepas puas di belasah kerana peristiwa membalas dendam semalam! Kejam kan? Tapi kami tidak mahu membuat aduan kerana takut di hantar ke SPCA!! Tempat yang tak berapa 'best' bagi kami!
Okeylah kawan-kawan! Penat juga menaip ini rupanya ye? Abang saya hanya menggerak-gerakkan 'mouse' saja. Saya yang menaip. Jadi yang lenguhnya sayalah. Dia melopong je kat sebelah ni. Babai! Cau cin cau!! Eh! Terikut-ikut pula gediknya. Ha ha ha ha!!
Nota kakitanganku : Woiii!! Siapa yang pandai-pandai 'updates' blog aku ni hah! Nak kena belasah ek? << Tengok-tengok!! Saya tak bohongkan? Saya dah cakap mak tiri kami memang garang! Okey!! Larikkkkkkksss!!

Thursday, July 02, 2009
PenGsaN D| kErJakaN!!!

Lagi dan lagi! Kadang-kadang aku kasihan pada budak-budak ini! Tapi apa boleh buat! Aku sedaya upaya menghalang pergaduhan daripada berlaku. Sampaikan aku selalu juga bangun pukul 2-3 pagi jika dengar ada yang bergaduh. Walaupun kejadian itu berlaku selang 4- 5 buah rumah dari rumah aku. Aku akan tetap pergi cari. Tak sampai hati nak dengar ngiaw-ngiawan itu!! Selalu yang buat hal Dak Kimolah!!

Dak Utih pengsan di kerjakan oleh Dak Kimo ( Sila rujuk gambar kucing di sebelah! Hik hik hik)

Penat bergaduh! Dia terus tertidur dengan tapak kaki yang masih merah berdarah!

Lukanya cuma kecil. Dak Utih memang sensitif sedikit tubuh badan dia. Mudah luka! Sedari kecil dia memang anak kucing yang bermasalah! Tapi nasib baik semakin hari semakin besar, masalah kesihatan dia bertambah baik! Syabas beete... Ekekekeke!!

Okey! Biar dia tidur dulu. Aku dah lap-lap sedikit. Tapi dia macam marah!

Bok bok bok!! Tidurlah kucingku!! Tidurlah!!Tutuplah matamu!! Tutuplah!! Aku menyanyi perlahan. Takut hujan lagi. Susah pula orang nak pergi menoreh getah nanti!! Biar dia tidur dulu. Bangun nanti aku basuh betul-betul. Sapu krim ikan haruan yang lemak berkrim itu! Eh eh! Aku tak pernah rasa!!
Nota kakitanganku : Dak Kimo memang seekor kucing yang perkasa walaupun tubuh badannya hanya sekeping melayang-layang. Sekarang kaki depan dia sakit, sebab selalu lompat-lompat daru tempat tinggi, berjalan hanya dengan 3 kaki itu pun, masih mahu bergaduh!!
Categories
kuciNG cOmOt
Tuesday, June 30, 2009
BuDak-BuDak OreN!!
Aku nak cerita pasal ini budak-budak oren yang ada dalam rumah aku!!
Okey!! Aku terasa nak buat entry kekucingan!! Eh eh! Bukan kekenyangan! Aku tak salah eja! Tapi aku gatal-gatal tambah satu lagi perkataan baru 'Kekucingan'!!
Ini bukan kucing rasmi aku. Seperti yang aku pernah war-warkan. Ini adalah kucing liar sekeluarga yang datang menumpang tetapi menjadikan rumah ini seperti rumah mereka!! Membuat 'havoc' macamlah ini rumah 'bapak' mereka yang punya!! Kamu nilailah sendiri. Aku ada 3 ekor kucing jantan. Yang mana ketiga-tiganya mempunyai kombinasi warna putih dan hitam sahaja. Yang ini anak siapa?? Siapa?? Tiada keturunan kucing aku berwarna oren!! Kenapa aku yang perlu memberi nafkah zahir kepada mereka seperti makanan dan tempat tinggal!! Ini tidak adil!! Wah!! Emo sudah!!

Gambar masa baru 2-3 hari di beranakkan!! Kiut-miut!! Aku suka.

Yang ini pula sebulan rasanya usia mereka. Dah pandai naik atas rumah. Tapi lari bila cuba di pegang!! Tak sedar diri betul! Dah lah menumpang. Nak raba-raba pun tak boleh!! Bikin aku panas saja!!
Yang ini kali kedua beliau (Beliau??) beranak di rumah aku. Yang pertamanya yang ini. Dah besar dah budak ini sekarang!!

Kira abang sulunglah yang berekor kembang dan ber'stokin'. 'Ensem' bergaya. Juga tidak suka di raba-raba, di usap-usap dan di belai-belai. Amat geram sekali aku. Walaupun usianya baru 10 bulan tetapi badannya lebih besar dari Dak Utih yang dah berumur 1 tahun 8 bulan. Dak Utih aku bantut sebab masa kecil hanya minum air masak sahaja. (Sob Sob Sob!!)
Mula-mula pada asalnya memang aku mahu bagi kepada siapa-siapa yang sudi 'adopt' mereka. Tapi lama-lama, bila aku tengok ikatan kekeluargaan mereka itu begitu erat. Aku jadi tidak sampai hati. (HuH!! Aku berhati lembut juga!)

Tengok!!! Mereka-mereka ini saja ber'posing' begini. Konon-konon nak tunjukkanlah betapa rapatnya mereka. Kalau boleh nak nyanyi sekali Lagu Jangan Pisahkan dari Indon tu!!! Hampagas betul!!
Nota kakitanganku : Mak kepada budak-budak oren ini bunting lagi buat kali ke-3 di rumah aku? Apakah yang perlu aku lakukan? Kos sara hidup mereka akan bertambah!! Tolonglah!! Aku orang miskin!! Mengapa aku yang perlu bertanggungjawab sedangkan kau mengandungkan anak orang lain!!! Erk!!

Saturday, June 27, 2009
tEt|kus aTau t|kus??

Walaupun menggunakan 'notebok' tetapi aku lebih selesa menggunakan tetikus. Nampak mudah dan tidak lenguh tangan di buatnya.
Namun bila tetikus ini mula rosak sejak semalam. Aku rasa malas nak menaip!!
Kenapa tetikus tidak di jual di kedai runcit saja? Mengapa perlu pergi ke kedai komputer dan membelinya di sana?? Arghhhh!!
Hidupkan akan menjadi lebih mudah jika barang-barang yang kita perlukan ada di mana-mana sahaja!!
Nota kakitanganku : Okey! Dak Utih jalankan tugas kamu. Tangkaplah mana-mana tikus untuk aku jadikan tetikus segera!!!

Categories
kuciNG cOmOt
Wednesday, June 24, 2009
kEndur| Kuc|ng...
Kamu seekor kucing?? Jika jawapannya YA!! 'Entry' ini untuk kamu. Jika TIDAK!! Sila abaikan.
Okey! hari ini rumah aku ada kenduri. Ketetapannya seperti beikut :
Okey! hari ini rumah aku ada kenduri. Ketetapannya seperti beikut :
Tempat : Rumah No. 5 dari simpang tiga lebuhraya baru.
Tarikh : Hari ini 24 Jun 2009
Masa : Bermula pukul 2.00 petang sehingga makanan habis.
Aku telah menumpah atau menterbalikkan 1kg makanan kucing jenis 'kibbles' di dalam stor. Ini semua gara-gara terlalu ingin cepat dan Si Oyen sudah memekak-mekak menjerit minta makanan sehinggakan aku terpijak kakinya yang ber'stokin' itu!!
Aku terkedu!! RM 13.60 yang baru aku laburkan tengah hari tadi untuk 1kg 'kibbles' telah melayang begitu sahaja. Stor bagi aku adalah satu tempat yang 'messy' ( amat 'messy') sebenarnya. Jadi kira-kiranya hambatan waktu tidak mampu untuk aku mengutipnya satu-persatu untuk mengembalikan semula 1kg itu. SOb SOb SOb!!
Jadi aku telah membuat keputusan untuk mengadakan kenduri kucing secara kecil-kecilan sahaja Maklumlah. Hanya 1 kg!! Kalau kamu ingin besar-besaran, berdoalah agar 5kg 'kibbles' pula akan tumpah selepas ini! ( Eh! Jangan!! Aku orang miskin!!)
Okey!! Jangan membuang masa. Kamu seekor Kucing Jalanan?? Kucing Liar? Kucing Buangan? Kucing Tiada Bertuan? Atau Kucing Muka Tak Malu Yang Ingin Makanan Percuma? Sila hadir seperti ketetapan di atas. Aku gunakan sistem ' Siapa cepat dia habiskan!' Jadi jangan berlengah lagi!
Kucing yang bertuan?? Harap maaf anda tidak di alu-alukan sama sekali!!!

Okey!! Gambar adalah blur. Tiga ekor kucing pertama sudah hadir tanpa perlu mendaftarkan diri. Tahniah!! Jemput rakan-rakan kamu yang lain sekiranya kamu bukan seekor kucing yang tamak. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Makan sehingga kenyang!!
Nota kakitanganku : Cepat! Cepat! Jika kamu habiskan 1 kg ini!! Aku akan buat-buat jatuhkan lagi 4kg 'kibbles'!! Laiii laiiii!!!

Meng|ra bULu kamB|nG.. Eh Eh.. LeB|h Ba|k BuLu Dak Ut|h!!!
Mata seperti biasa tidak mahu lelap! Mengapa ya?? Aku mulanya sudah menutup Si Hitam Manis ini... Eh eh.. maksudnya notebook ini. Setelah puas mencari alternatif untuk memujuk mata ini agar pejam sehingga pagi gagal. Aku mengaktifkannya semula.
Melayari entah apa-apa laman web ( Semestinya yang bukan porno!! Dosa tau!! Haippp!! ). Leka dan masih tidak mengantuk juga!! Mulanya tidak mahu menge'post' apa-apa di sini. Tetapi jari jemari terasa gatal pula menari-nari menekan-nekan kekunci huruf!! Tanpa motif dan tajuk utama aku terus mengetik tanpa arah tujuan. Tengok!! Dah berapa baris aku taip?
Aku tidak mahu meletakkan gambar ini. Apa ke halnya gambar yang amat mengiurkan hanya di waktu tengah hari ini, di letakkan malam-malam buta pula. Tapi, anggaplah entry ini sehingga tengah hari esok... Hik hik hik...

Okey!! Aku akui, mungkin gabungan warna dan bahan-bahannya membuatkan aku tidak sabar untuk mengeluarkan gambar ini esok hari. Eh.. eh.. inilah gambar sebenar A..B..C..D..E..F..G yang entrynya aku tulis di sini.
Arghhhh!! Mengapa aku sanggup mempertaruhkan Modem 'Wireless' yang baru aku ganti baru ini di tengah-tengah petir yang sedang berdentam-dentum ini?? Kaya sangatkah mahu beli yang baru..? Huh!! Hujan sepatutnya buat aku lena. ErhMmmm.. Tidurlah!! Aku tidak mahu esok mata aku di sangkut dengan lidi lagi.
Nota kakitanganku : Eh EH.. Dak Utih dah masuk beradu. Bolehlah aku kiranya bulunya sehingga mata lelap!! Hik Hik Hik..

Monday, June 22, 2009
Kuc|ng AdaLah Def|nas| T|dur...??? BetuL kE..??

Jika di beri peluang, mereka akan tidur 24 jam sehari. Jika aku tidur mereka tidur. Jika aku bangun mereka bangun. Jika aku tidak bangun-bangun???
Mereka suka tidur atas katil. Walaupun aku dah alaskan tempat mereka dengan kain cadar warna merah jambu yang amat cantik di sulami bunga-bungaan, namun cadar berwarna 'plain' aku juga yang menjadi idaman kalbu. Marahlah macam mana sekalipun.
Tidur mereka terlalu lama. Kadang-kadang aku suka jerit-jerit. Bising-bising. Biar mereka terjaga dan bermain. Kalau rajin bawa keluar dan biar mereka berlari-lari aktif sedikit.
Dak Itam tu aku tak kisah sangat. Sebab dia memang pandai bawa dia. Tapi Dak Utih ni..? Makan pun nak kena tunggu. Silap haribulan kena bersuap!
Kucing oOh Kucing. Dalam kemarahan terbuku kasih sayang.
Nota kakitanganku : Alahai... Sabo yo lah!! Hik hik hik..

Categories
kuciNG cOmOt
Sunday, June 21, 2009
GaMbar saya t|Dak Lucah!!!
Okey!! Bukan seorang dua yang cakap dan bisik-bisik kat aku. 'Eh eh Tedi.. kau guna avatar lucah ek..??
Cikgu ayu cakap 'skali pandang mcm org pakai tutt..dua kali pandang.. berbulu plak tutt..
'Dak ashie pulak 'ke kotak tisu ader mashimaro??ke???
"Dak Leha lak cakap agak lucah sedikit 'cam gamba nenen bile pestime tgk.. bile 2nd time nenok, ade cam gaye nenen tucen..tp bile 3rd time nenok, ade cam tapak kaki kucen :-? ke kucen pakai bra :-?!!
Kucing pakai bra?? Wah itu satu penghinaan kepada manusia normal yang memakai bra Cik Leha!!Korang ni.. tak bolehlah aku ambil gambar ala-ala jurugambar proesional sikit. Macam-macam telahan korang buat ek??Untuk membersihkan nama pemilik kaki ini aku terpaksa membuat 'entry' khas untuk menerangkan keadaan sebenar!! Sekian. Harap maklum.
Nota kakitangan Dak Utih : Kecoh la lu orang!! Gua nak tidur pun tak senang maaa!!
Categories
kuciNG cOmOt
Subscribe to:
Posts (Atom)