Wednesday, July 08, 2009

Si MamaT ZeBra YanG t|Dur BerguLung!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:55 AM
imo

Entah apa agaknya mimpi mamat zebra ni malam tadi. Pagi-pagi masuk bilik terus tidur!! Selalunya Dak Kimo akan tidur sendiri-sendiri. Yang aku tahu, aku bangun saja subuh nanti, dia dah mengiaw-ngiaw depan pintu minta makan.

Sejak jadi anak jantan yang gagah perkasa walau badan keding, Dak Kimo dah jarang mahu bermanja-manja. Pegang pun dah mendengus-dengus marah. Jarang ada di rumah. Tapi tiap-tiap hari tahu balik cuma sekejap-sekejap untuk makan.

Badan dia kurus memang melayang-layang tapi nasib baik masih mahu makan. Aku rebuskan ikan kembong dan bagi makan ikut suka hati aku! Ha ha ha! Kejam!! Aku bagi makan kucing-kucing aku 4 kali sehari. Tapi tidaklah setiap kali dengan seekor ikan!! Muflis aku! Macam ni aku mahu berhenti kerja dan jadi nelayan saja! Hik hik hik..

Dak Kimo dan Dak Itam masih mahu makan 'kibbles'. Cuma Dak Utih sahaja yang memang tidak boleh di selamatkan lagi. Dia tidak mahu yang lain. Ikan rebus atau Ikan Laut Whiskas? Tiada pilihan. Itu sahaja. Kalau tidak dia rela berpuasa!

Kalau yang dua ekor lagi tu boleh makan sendiri, Dak Utih kena layan. Ikan tidak boleh panas-panas. Kena biar suam-suam dulu. Jika aku dah masukkan ke dalam peti sejuk, aku kena keluarkan, rendam dalam air panas. Baru dia akan makan. Opsss! Lupa! Kena tolong cerai-ceraikan ikan itu. Kalau aku letak bulat-bulat seekor dalam mangkuk, alamatnya ikan rebus itu akan jadi bahan renungan dia sahaja. Kena sua-suakan kat mulut bagi dia rasa. Kamu ada tahap kesabaran begitu? Kalau ada syabas!! He he he he!!

Okeylah! Pagi-pagi aku dah merepek. Masa untuk bagi budak-budak makan sebelum ke tempat kerja!!!

Nota kakitanganku : Eh! Eh! Betullah! Aku kena cari kerja 'part time' sebagai nelayan!! Kalau sehari 4 kali makan darab dengan 3 ekor kucing darab dengan 30hari 30 malam darab dengan waktu bonus.... Ehmmm... Okey! Kamu kira, kemudian bagi aku jawapan yang tepat! Selepas itu aku akan pertimbangkan, perlukah aku menjadi nelayan di laut dalam???

11 kUs-kUs:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on July 8, 2009 at 8:50 AM said...

eh boleh...

jadik je nelayan laut dalam..

hehehe~

pastu tangkap banyak2 ikan..=)

masak pelbagai style untuk kepuasan kucing mu dear~ takkan rebus je kot?

myQza on July 8, 2009 at 9:04 AM said...

ekekekek zara.. kang masa sweet sour.. maunye die tak makan.. \

DramaQueen on July 8, 2009 at 10:07 AM said...

Tedi,
aku sayang kucen. dulu, kucen2 aku dpt makan mewah2.. beruntung betul kucen2 aku tu.. aku beli ikan kembung kat pasar 2 kilo seminggu. makan, seekor sorang. tak payah pecah2kan..dorang sme kaki pecah.. wakaka...

itu main dish.. klu snack, aku taburkan aje friskies kat dlm mangkuk tu.. sukati mereka la nak makan bila.. selalunya tak sampai 2 jam, dah kosong.. dan lepastu, terus terbongkang mcm badak kenyang..

tapi, zaman bela kucen tu sme da berlalu.. aku ada alahan.. dulu boleh tahan kan lagi..skarang tak bley..

bila ko offer untuk adobt mak oren tu, aku cam teruja.. tapi tak pe la.. aku harap org yg amek mak oren ko tu, org yg bertanggung jawab la ye.. aku sayang kucen.. apape jadik, kucen aku dulukan..

rindu aku kat kucen2 aku dulu.. terubat bila tengok dak kimo ko tu.. heheh.. dak uteh tu cam ensem je..

klu aku jumpa kucen2 ko ni, aku gomol...haha..

ops.. komen aku terpanjang.

sekian!

Kapten Luffy on July 8, 2009 at 10:17 AM said...

hahaha

baru ku tahu ada kucing manja sampai makan pun nak kena SERVE mcm kat hotel

Neeza.Areef on July 8, 2009 at 10:38 AM said...

igtkan ko bela zebra btl td..hiks!

umi_e on July 8, 2009 at 11:01 AM said...

zebra kesejukan eekkkk :p

:: eyeNa :: on July 8, 2009 at 12:15 PM said...

ahaii.. kecian tucing tu.. kurus ke.. ahaii tp mcm gemok je.. siap begulung gitu.. still comey la ak tgk..hee

myQza on July 8, 2009 at 12:31 PM said...

puan giggle : time aceh kerana komen yg panjang... nanti aku print dan frame kan..

luffy : kucen tu mmg x sedor diri.. sebbaik aku terolong dlm golongan yg penyabor

neeza : ko doakanlah aku cukup duit untuk buat sistem barter dgn zoo melaka

myQza on July 8, 2009 at 12:31 PM said...

kak e : die x sejuk.. memang pesen tdo mcm tu.

eyena : klu tgk secara kasar.. nampak bulat. kalau pegang.. ko boleh buat lambung2.. ekekekeke

Ayu on July 8, 2009 at 6:34 PM said...

ehh.. amik MC mcm nih kena masuk jawatan pool nih.. huhuhu...

myQza on July 8, 2009 at 7:28 PM said...

la la la la!!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting