Saturday, July 25, 2009

PertemuaN |tu B|asa-B|asa SahaJa. T|ada SenyUmaN!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:14 PM

Bekas Kekasih Gelap Zaman Kanak-kanak...

Aku duduk dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sambil memangku Kanak-Kanak Ribena yang tidak tahu duduk diam. Buat-buat sibuk. Mata tidak melilau. Gatal ke apa mahu tercari-cari. Aku harap aku ingat lagi muka dia. Al-maklumlah berdekad tidak bertemu.

Okey! Itu dia. Berbaju Melayu Coklat. Tidaklah sehensem mana pun. Ha ha ha ha... (kurang-kurang dia sudah kahwin dan beranak 4.. kamu apa ada?) Terkena ke muka sediri! Deshummm deshummm!!

Dia menoleh. Aku tertoleh. Eh! Dia toleh sekali lagi!! Aku juga buat-buat tertoleh sekali lagi. Masing-masing tiada senyuman. Okey! Baik! Itu sahaja.

Selesai acara cukur jambul. Si Isteri datang bersama si bayi dan duduk di sebelah aku. Si bayi di dalam bakul (bukan bakul ikan ) dan si isteri berbual-bual dengan saudara di sebelah. Aku membelakangkan mereka. Si suami pasti nampak.

Acara berakhir. Aku pasti si suami akan berkata kepada si isteri. "Yang, yang duduk depan kamu tadi kekasih gelap abang masa zaman kanak-kanak dulu. Dulu gemuk,sekarang makin gemuk lagi, tapi belum kahwin!!" WTH!!

Dialog imaginasi aku begitu menyakitkan.

Aku harap dia hanya akan berkata "Itu, kekasih gelap abang dulu. Walaupun rupanya tiada, tetapi lemah lembut dan berbudi bahasa!!" Ha ha ha ha!!

Itu sahaja. Okeykan macam itu? Tidak perlulah dia menegur dan bertanya "Kamu pula bila mahu berkahwin?" Pasti akan aku lesing dia sehingga tercampak.

Di usia 34 dia bahagia. Aku pasti, bila melihat riak dia ketawa sambil mengendong si kecil yang telah lena.

Nota kakitanganku : Ya, dia telah berkubur bersama surau kenangan yang telah roboh dan musnah. Memori juga sudah tiada. Hilang ingatan!

:dizzy:

26 kUs-kUs:

mamai on July 26, 2009 at 12:01 AM said...

tiada perasaan yang terguriskan yang penting semua bahagia

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on July 26, 2009 at 12:01 AM said...

tedi
adalah lebih baik begitu kan?
dari bertegur sapa dan menyoal sesuatu.

myQza on July 26, 2009 at 12:08 AM said...

mamai : betul tu... yg lepas.. sudah lepas..

myQza on July 26, 2009 at 12:09 AM said...

betul tu nur : nanti tak pasal-pasal ada yg terguris dan terhiris.. cheewahhh!

DaliaLiyana on July 26, 2009 at 12:16 AM said...

ishhh..ganas nyer nak lesing sehingga trcampak...tak leh kak..nehi..nehi...
kena lemah lembut...hikhikhk..

myQza on July 26, 2009 at 12:19 AM said...

ekekekekke... dalia : kdang2 lupa daratan sket... mmg selama ni lemah lembut dan sopan santun ;))

GRuNGe on July 26, 2009 at 12:33 AM said...

Kenangan semalam kembali bila melihat orang yang kita temppuh kenangan semalam. Hidup mesti terus. Kenangan, hanya kenangan.

myQza on July 26, 2009 at 12:36 AM said...

Grunge : yup! Kenangan hanya kenangan! Usah di kocak kebahagian yg ada.. :)

Unknown on July 26, 2009 at 12:40 AM said...

..uuuhhh, haru gak kalu x bercakap ye, kalu bercakap bengkek je..baik diam...ok ah tuh, at least ko pegi jemputan, pegi nk tgk cukur jambul(bukan tujuan lain eh..ehheh)..

ya..doakan kebahagiaan dowang..semoga dowang bahagia dan berkekalan..amin!

myQza on July 26, 2009 at 12:43 AM said...

dak ashie : better mcm tu.. kalau dah berbual2 kang.. panjang lak cerita nye.. ekekeke..

aku penuhi jemputan mak dia.. bukan dia.. ekekekeke...
tapi bini erk! Isteri dia ok...!! hik hik hik

sharamli on July 26, 2009 at 12:44 AM said...

dah 4 anak?

huh

myQza on July 26, 2009 at 12:48 AM said...

sharamli: kenapa mengapa sha? tidak percaya.. rezeki... :)

anN on July 26, 2009 at 1:49 AM said...

lbih baik dia wt respon g2 kn... hm xpe.. t mai la jdoh ted.. tp dia dh de jdoh nye.. doa kn dia bhgia je..hehe

Unknown on July 26, 2009 at 2:29 AM said...

sungguh kejam imaginasi kau pada diri ko sendiri..huhuhuhu

myQza on July 26, 2009 at 2:33 AM said...

aien :yup.. itu yg pasti

myQza on July 26, 2009 at 2:34 AM said...

anna : ha ha ha ha.. pada diri sendiri tak pe.. jgn pd org lain

Anya on July 26, 2009 at 4:09 AM said...

I can't read it :(

But the moving cats are so
lovely and funny ^__^
Have a nice weekend
Kareltje =^.^=
Anya :)

umi_e on July 26, 2009 at 4:41 AM said...

tedi... kenagangan tetap akan kekal disanbuari dan ingatan ;)

myQza on July 26, 2009 at 9:52 AM said...

thank you anya.

myQza on July 26, 2009 at 9:52 AM said...

betul tu kak e. terima kasih!!

teuku@ceh on July 26, 2009 at 12:15 PM said...

kallo kekasih gelap dah anak empat..
umo pon dah 34..
bermakne kak tedi pon dah menjangkau 30 han la ek...
xpe2...tabahkan hati..kuatkan semangat...

ItaJeff on July 26, 2009 at 12:59 PM said...

Salam Cik Tedi..
kesudahannya tak de lah tragis sgt...setakat kekasih gelap zaman kanak2 takde maknenye yer cik tedi...bak kata omputih "puppy love" hehehe....

myQza on July 26, 2009 at 4:02 PM said...

melampau dak aceh ni ckp aku 30 an.. lom lg lah :P

myQza on July 26, 2009 at 4:02 PM said...

ekekekekeke kakita.. x tinggal kesan mendalam pun.. ekekkeke

Softtouch [Hanim] on July 27, 2009 at 11:55 AM said...

ok sy pernah mngalaminya...he he he..tp sy punya terbalik. sy dah kawin n dia belum..:)
xde jodoh..mgkin jodoh tedi yg lebih baik lg

myQza on July 27, 2009 at 2:11 PM said...

ekekkekekeke InsyaAllah hanim :)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting