Sunday, July 12, 2009

MaafKan aku!! Kamu past| t|Dak terUja DengaN |n|!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:41 AM
Malam tadi aku seolah-olah bertukar watak menjadi seorang wanita Thailand yang menjual pinggan-mangkuk!!

pin1

'Lang, pinggan kecik mana? '. Eh!! Kuah ni bagi mangkuk besar sikit!' Za..Za.. Mangkuk nasi dah habis..!' Periuk ni tak muatlah'. Makcik Ooooiii. Pinggan makan tu keluarkan semua!!' 'Lang jag airmata kucing ni tak cukup.' Eh eh!! Cerek air mana, nak tenggek air!' 'Air masak dah habis langsung ke?'Kuali tu turunkan, gantikan yang itu.' Sudu kuah mana ni?' Senduk nasi dah masukkan belum?' 'Dulang ada yang ini aja ke?' 'Tepen basuh tangan dah abis, guna mangkuk boleh?'

Aku adalah orang penting di dapur. Maafkan aku! Tiada satu pun gambar yang membuat ada teruja untuk melihat, di malam Cukur Jambul Adik Ija!

p3

Tugas aku mengawal lalu lintas pinggan mangkuk! 'Lepas angkat dulang, angkat air. Cawan dah ada kat depan. Buah Dokong ni angkat sekali. Dulang tu tak cukup lauk lagi. Pinggan nasi alas bawah mangkuk nasi tu terus. Kuih koci!! kuih Koci!! Kepala kambing ni hantar depan dulu. Makcik, jangan lupa bungkus apa yang patut. Nak basuh pinggan kat mana? Kain untuk alas ada? Eh Eh! Pulut kuning dan rendang daging siat itu jangan di habiskan! ( yang ini ayat aku dalam hati saat melihat pulut kuning berada dalam keadaan nazak, sedang aku masih bergelumang dengan sabun membasuh pinggan!)

p2

Sampai ke sudah! Malam aku adalah pinggan mangkuk dan kawan-kawannya. Aku terlepas untuk menyaksikan jambul Adik Ija di cukur. Tidak dapat dengar juga Adik Ija menangis kerana suasana yang ramai orang dan bising. Baju aku lecun kerana penat ke hulu ke hilir. Aku bagaikan perancang majlis. Tanpa aku. Dapur pasti akan kelam kabut. Tanpa aku pinggan mangkuk dan kawan-kawan akan jadi lintang pukang dan serabut. Tanpa aku.. tanpa aku.. Aku dah mula ada perasaan riak. Astagfirullah...

Nota kakitanganku : Wah!! Banyak Adik Ija dapat duit! Boleh belanja Mak Lang Mekdi!!

18 kUs-kUs:

Nakamura Kazuki on July 12, 2009 at 8:56 AM said...

wah ada kenduri ye, ye ye ye nanti dapat gula2 free...hahahaha...

myQza on July 12, 2009 at 9:04 AM said...

ekekekkkeke.. nak ke? manyak lebih ni hah.. tapi bungkusan kanak-kanak lah... ekekekkeke...

kitorang wat tak henngat donia sampai terlebih2 lak.. kekekkeke

TE-ARE |MOND|™ on July 12, 2009 at 10:15 AM said...

huhu... bz nye Mak Lang... ;) tgh baca2 N3 ni, yg klakonya tu kepala kambing pun terselit2 dlm kekecohan tu...(^_*)

myQza on July 12, 2009 at 10:26 AM said...

kepala kambing qeqah... kena masak n bg ketua marhaban tu mam ka?

ItaJeff on July 12, 2009 at 11:36 AM said...

salam cik tedi..
anak akak kawin nnt leh amik tedi jadi perancang majlis...

myQza on July 12, 2009 at 11:42 AM said...

muehehehhehehe.. perancang pinggan mangkuk boleh lah kak ita.. ekekekeke

Unknown on July 12, 2009 at 2:20 PM said...

jadik wedding planner akulah..ahahha...xpe xpe..lambat lagik.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on July 12, 2009 at 5:41 PM said...

mana baldi, mana erkk..

hahaha~

apakah?

aduyai..tapi aku pasti, kamu masih chumel~

myQza on July 12, 2009 at 6:49 PM said...

bila ko nak kawen dak ashie.?

myQza on July 12, 2009 at 6:49 PM said...

dak zara.. time aceh..

Ayu on July 12, 2009 at 8:29 PM said...

mlm ke siang sebeno nya mejelis tu??
aku dah terbayang-bayang ashie kawen..

Aida Lela on July 12, 2009 at 8:29 PM said...

Ooo..ni penamat cite nyer...ingatkan tedi nak kawen...mau gak jd pengapitnyer..hehehhe...

AJK dapur memang penting..hikhikhik..

myQza on July 12, 2009 at 8:33 PM said...

malam dak ayu!!
tu lah.. jgn kate dak ashie.. aku pun tak sabo nak tunggu bile aku nak kawen>> ekekekek.. gatai anak dara ni!!

myQza on July 12, 2009 at 8:34 PM said...

dak aiyda ni... nak kena babab ni!! ekekekekeke.. mmg penting tp.. lotihhh!!

white rose on July 12, 2009 at 10:10 PM said...

sama laa kta ni kak oooiii...kt umah ni sume org tny sy ktmane tmptnye...kalo xde sy, dorg xnk wat kenduri...dh jenuh handle kenduri org, tpi kenduri sy nti ade ke yg nk handle????........persoalan demi persoalan...

Kapten Luffy on July 12, 2009 at 10:43 PM said...

ada bakat jd tukang cuci pinggan

ngeee

myQza on July 12, 2009 at 11:40 PM said...

dylla.. kalau majlis kita.. kita wat tak tau jek.. nanti derang akan pandai sendiri.. ha ha ha

myQza on July 12, 2009 at 11:41 PM said...

ye luffy! Pencuci pinggan tegar!!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting