Thursday, July 23, 2009

TAG KR|na : Maaf!! TerLalu PanjanG Untuk Kamu Semua BacA! Aba| j|ka MenyusahkaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:50 PM

1. Berapa umur anda?

-Umur adalah 1 sahaja. Ada ke orang umur sampai 2 atau 3? La la la la...

2. Anda berasal?
-Lahir di Melaka, membesar di Negeri Sembilan, belajar di Negeri Sembilan + Melaka. Mak dan abah orang Melaka. Arwah Atuk sebelah abah orang Melaka dan sebelah Mak orang Jowo!! Ha ha ha!! Tapi sepatah haram tidak tahu berbahasa Jowo!! Kesimpulannya aku orang Melaka!

3. Adik beradik anda?
- Ada 5 orang. Aku yang tengah-tengah. Seorang kakak, seorang abang, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.Lengkap!!

4. Sekolah terakhir anda?
-Iskandarian's ( Sila 'gugel')

5. Bila kali terakhir anda memotong rambut?
- Aku jawab sambil gelak-gelak gedik! '2 minggu lepas!'

6. Syampu apa yang anda guna sekarang?
-Sunsilk warna biru.

7. Anda gemar menjahit. Jika tidak nyatakan sebab.
-Tidak. Rasa leceh sangat. Aku sudahlah rabun. Jarum terasa sangat halus.

8. Jika duduk di rumah adakah anda suka menghias diri?

-Hias macam mana ek? Aku tak pakai sanggul! Ha ha ha... Biasa-biasa saja.

9. Apakah kerja yang paling malas anda hendak lakukan?
-Membasuh sudu, garfu, senduk dan seangkatan dengannya. Kalau basuh pinggan benda-benda itu mesti aku tidak basuh. Ha ha ha...

10. Bagi 5 kenangan manis yang tidak akan anda lupakan sampai bila-bila.

- Waktu sekolah rendah. Pelajar cemerlang yang di sayangi. Jadi Penolong Ketua Pengawas (passt, Ketua Pengawas aku dulu sudah kahwin pun sekarang!) Ketua Pengawas Perpustakaan, Wakil sekolah acara badminton, bola jaring, bola baling dan bola sepak(ini tipu sahaja!) Bila ustaz suruh baca petikan Al-Quran aku akan bangun sehinggakan sampai satu tahap Ustaz Faisal (aku ingat nama dia sebab dia Ustaz 'ensem yang rock!') kata, 'Orang lain pula'. Akhirnya aku juga yang akan baca sebab tiada siapa yang sudi bangun membaca. Setiap tahun muka naik pentas ambil hadiah. Markah Bahasa Melayu Tertinggi, Bahasa Inggeri tertinggi, Matematik, Agama Islam. Sampaikan satu ketika YB yang sampaikan hadiah cadangkan aku ambil semua hadiah aku tanpa 'tawaf' keliling dewan untuk masuk dan keluar berulangkali! !Ha ha ha ha..


- Aku berjaya turunkan berat aku 25kg dalam masa 2 tahun semasa aku sambung belajar dulu. Okey! Yang pahitnya berat itu sudah kembali semula. Maafkan aku kawan-kawan.

- Menaiki kapal terbang untuk kali pertama ke UMS Sabah pada tahun 2006 menghadiri majlis konvo sepupu aku. Gayat sey! Sepupu aku siap belikan tiket Air Asia untuk berlepas pada waktu malam dan MAS untuk pulang pada waktu siang. Aku di Sabah selama 4 hari. Menginap di rumah anak kepada jiran aku di Kota Kinabalu. Sepupu aku bawa jalan-jalan seluruh KK. Sempat singgah dan menziarahi datuk saudara buat kali pertama di Kota Belud dan beberapa bulan selepas itu beliau meninggal dunia. Sayangnya sepupu aku tidak bernikah dengan orang Sabah tetapi memilih orang Johor. Kalau tidak ada juga alasan aku ingin ke sana. Ha Ha Ha Ha....

- Aku dapat anak buah yang pertama selepas 4 tahun kakak aku bernikah. Kakak aku gugur sebanyak 3 kali. Yang sulung meninggal dunia ketika dalam kandungan yang berusia 6 bulan. Semasa tiba untuk saat melahirkan yang manisnya kami sama-sama menunggu di ruang menunggu sehari semalam. Aku di sertai oleh abang ipar aku, mak, abah dan adik perempuan aku. Aku tanpa segan silu tidur baring di kerusi kerana terlalu penat menunggu dari pukul 7.00 pagi. Akhirnya kakak aku bersalin secara pembedahan pada pukul 5.00 pagi keesokkan harinya. Bayi tersebut lahir seberat 2.0kg sahaja dan aku takut untuk memegangnya sehinggalah dia berusia 5-6 bulan. Bayi itu sekarang ialah kanak-kanak Ribena yang selalu mengikut aku ke hulu ke hilir. Bila suruh balik ke rumah sendiri dia akan cakap 'No no no' dengan reaksi yang sungguh luar biasa!! Ha ha ha ha....

- Menjaga 3 ekor kucing yatim piatu. (tersentuh!) Dak Kimo, Dak Utih dan Dak Itam. Mak aku pernah cakap Dak Utih tidak akan hidup lama bila tengok keadaan dia buat kali pertama di jumpai. Mata yang bersememey eh bersememeh dengan tahi mata di campur darah, kurap yang merata-rata di kepala dan telinga, tubuh yang keding dan kurus melidi, kaki yang berdarah-darah sebab terbakar ( betul tak Cik Leha?) He he he..Cik Leha pernah datang ke rumah waktu Dak Utih kecil-kecil dahulu. Risiko di belasah, di sepak terajang dan di buli oleh Dak Itam sehinggakan aku terpaksa mengurung dak Itam dalam sangkar. Jadi bila sudah besar dan hidup sihat, kamu tentu faham kenapa aku begitu sayangkan kucing-kucing aku terutama Dak Utih. Mula-mula aku bela kucing dulu aku tidak pernah membawa kucing aku ke veterinar. Sejak masih merah aku hanya bagi dia minum air masak. Sesekali aku bancuhkan susu pekat mak aku. Aku suruh dia jilat sendiri tanpa botol susu. Aku beli 'kibbles' dan rendam dalam air sampai lembut, aku penyek-penyekkan sampai hancur bagi dia makan. Tiada vitamin. Tiada suntikan. Tiada rawatan. Sebab aku tiada pengalaman langsung. Aku jaga dan ubati mereka sendiri. Ikut suka hati aku sahaja. Bial sudah besar baru aku kenal apa itu veterinar segala. Jadi aku rasakan ini adalah kenangan dan pengalaman manis aku yang amat aku banggakan.

Sekian. Aku tidak mahu TAG sesiapa kerana soalan ini panjang dan kamu pasti jemu menjawab!

Nota kakitanganku : Terima kasih kRina sebab bagi TAG ini. Kalau ada berilah lagi! He he he!


21 kUs-kUs:

Nakamura Kazuki on July 23, 2009 at 1:24 PM said...

bila baca kenangan manis hang terasa je macam makan gula-gula....hehehehe..tapi aku ske kes naik kapal terbang ke UMS

myQza on July 23, 2009 at 1:28 PM said...

ekekekkeke.. org kampung naik kapal terbang gayat gilalah nakamura... tak tau org kampung lain.. macam mak aku dah biasa dah.. ekekekke..
adik aku boleh cakap apa.. 'mak . bawaklah org g umrah.. org nak naik kapal terbang!!'
hampagas... bukan fikir nak beribadat!!

Unknown on July 23, 2009 at 1:33 PM said...

hahaha
nasib baik tak nk tag sesaper

d0tbl0gsp0td0tk0m on July 23, 2009 at 1:34 PM said...

pjg nye.. huhuhu..

myQza on July 23, 2009 at 1:39 PM said...

kamu nak buat ke fir.. nak amek lah.. ha ha ha

myQza on July 23, 2009 at 1:39 PM said...

terima kasih dotblogspotdotkom.. nama kamu lagi panjang!! ekekekeke

sharamli on July 23, 2009 at 1:41 PM said...

pjg..........tp x pjg sgt.huu3

Watierman on July 23, 2009 at 1:44 PM said...

You know something Dik Tedi...I learn something precious about yourself from the TAG....I don't need to explain..I know..that you must have known your GOOD self better..I have fallen in love with you girl!...Cheefull...playfull...and cunning..just stay the way you are!!!

myQza on July 23, 2009 at 1:45 PM said...

ekekekkeke.. jangan jemu baca ye sha!! eh boleh panggil sha je kan? ekekeke mesra gitu

myQza on July 23, 2009 at 1:49 PM said...

terima kasih kwatie... kakak dah macam calon ibu mertua saya.. eh.. kakak saya.. ha ha ha . terima kasih!!

a.z.r.i.n.a.03.07 on July 23, 2009 at 2:19 PM said...

timaseh ted. sudi gak wat..
KRina ingatkan kena tunggu lagi dua tiga bulan...hahahahaha

Unknown on July 23, 2009 at 2:20 PM said...

seb bek x kene tag..
panjang gilesss jawapan..dah leh wat cerpen dah sebijik ni..hehhe

sueanne on July 23, 2009 at 2:26 PM said...

ted..
stiap post kamu mesti ade n3 pasal kucing..xjemu membaca sbb kite pun minat kucing..:p..truskan jadi pelindung kepada miow2 seluruh negara..hidup TED..:ppppp

myQza on July 23, 2009 at 2:36 PM said...

amboi krina : salah betul tekaanmu itu! ekekekeke.. terima ksaih kat krina gak!

myQza on July 23, 2009 at 2:36 PM said...

lepas gian.. dah lama x wat cerpen dak ashie.. ekekekeke.. yg ni kira ala2 cerpen lah.. :p

myQza on July 23, 2009 at 2:37 PM said...

terima kasih sueanne atas penghargaan itu.. orang yg ada kucing je paham perasaan tuan kucing.. ekekekeke

Softtouch [Hanim] on July 23, 2009 at 2:53 PM said...

he he he..pjgnya jawapan nya..klako...lepas gian ke cik kak..kata suka menulis kan..xtulis buku..tulis utk tag pun jadilah..

myQza on July 23, 2009 at 2:55 PM said...

tulah hanim..lama tak menulis panjang2.. ha ha ha.. korang jangan jemu baca udah lah... :)

messyremo on July 23, 2009 at 8:42 PM said...

pergh...

malas giler dak tedi nih~~

sudu,garpu pun maleh basuh~~

kamonla,nnt kalau aku kawin,aku suh ko basuh bontot kawah~~haha

myQza on July 23, 2009 at 9:25 PM said...

:( ko taip 'kalau aku kawin.. '!ingatkan..'kalau aku kawin dengan kau'!!

aku hampa messy!! sunggu hampa!!
sob sob sob!!

dEwIchEnta on August 4, 2009 at 12:46 AM said...

kak...tingat time dak utih kecik..sian die jln mengiring.. dak itam suke buli die... aritu pegi, dah baik dah 2-2 eko tu...siap duduk besimpuh main kiss-kiss lg 2-2 tu =)) wakakakka...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting