Saturday, July 18, 2009

akU mahU Bercer|ta, tap| cer|ta yanG t|daK beraPa Lawak!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:44 AM
Aku nak bercerita. Tetapi maafkan aku andainya cerita ini tidak seronok di baca. Jangan memaksa diri kamu untuk ketawa. Jika intro sahaja sudah membosankan, sila klik 'x' di sebelah hujung penjuru kanan.

Al-kisahnya bermula dengan seorang minah rempit ( bukan nama sebenar) yang suka ke tempat kerja di saat-saat akhir. Walaupun perjalanan mengambil masa 30 minit. Tidak lebih tidak kurang, cukup-cukup sahaja waktunya sampai ke pejabat. Kisah ini berlaku kira-kira 2 tahun yang lalu.

Ingin di jadikan cerita pada satu hari yang malang, kerempitannya membawa padah! Deshum!! Kebaboom!! Eh! Dia tidak di bom, tetapi telah di langgar oleh sebuah kereta. Bukan! Dia yang melanggar!! Ya! Walaupun kenderaan yang di naikinya hanya sebuah motor, namun atas rasa tidak sedar diri, beliau telah melanggar sebuah kereta. Maka tergolek anjinglah dia di situ. Koma! (tipu) Pengsan sahaja!!

Di dalam perjalanan untuk menghantar beliau yang pengsan itu ke hospital, beliau tersedar di dalam kereta. 'Eh! Di mana aku? Siapa kamu?' Beliau begitu gabra apabila di kelilingi oleh lelaki-lelaki Indon (Indonesia) di dalam sebuah kereta yang sempit.

'Ya Allah!! Aku di culik!!!' Bisiknya di dalam hati. Oleh kerana perasaan terkejut yang melampau-lampau kerana panik di culik, beliau pengsan semula!!

Apabila sedar, beliau terasa di awang-awangan. 'Okey! Kamu sudah sedar. Ini berapa?' Tanya seorang perempuan berbaju putih. "Eh Eh!! Kenapa aku di ajar mengira pula? Aku di sekolah tadika mana ini?' Beliau bertambah pening. Memejam mata semula.

'Sudah hilangkah ingatanku. Sebentar tadi ketika aku menunggang motor, aku telah di culik. Tiba-tiba di hantarnya pula aku ke sekolah. Ini penculik yang bagaimana ya?'

'Adik, jawab ini. Yang ini berapa?' Perempuan berbaju putih itu masih bertanya. Beliau bersyukur, bukan soalan ' Marabbuka' yang di tanya. Kalau tidak pasti beliau tahu, di alam mana beliau berada sekarang.

'Empat'! Akhirnya beliau akur menjawab soalan. 'Okey! Bagus!'. Soalan 'kacang' memang dapat jawab. 'Sekarang kamu di hospital, kamu kemalangan dan pengsan. Jadi kami akan hantar kamu ke bilik x-ray untuk membuat pemeriksaan.'

Oh ya! Beliau tidak di culik. Tetapi kemalangan. Kesan dari hentakan di kepala membuatkan beliau hilang ingatan sekejap. (sekejap sahaja!) Beliau begitu bersyukur, bukan sahaja tidak di culik tetapi masih di beri peluang untuk bernafas lagi. Alhamdulillah.

Pengajaran daripada cerita beliau ini. Tungganglah dengan selamat. Walaupun kita memakai topi kaledar keselamatan, namun bahaya itu ada di mana-mana.

Ingatlah orang dan kucing yang tersayang!!

Nota kakitanganku : 'Beliau' di atas adalah aku sendiri. Aku tidak mahu ambil cerita orang. Selain takut di minta royalti aku juga tidak mahu di saman seandainya menulis dengan fakta yang salah. Hik Hik Hik...

26 kUs-kUs:

Ayu on July 18, 2009 at 8:17 AM said...

fro sure mlm tadi ko mimpi merepit sampai kan pepagi nih ko wat entry yg agak2 drastik dan pelik kan.. hehhehe

Unknown on July 18, 2009 at 8:31 AM said...

aku dolu ader gak xciden langgor kete org, naik motor gak, hampir nk putus ibu jari aku..skrg dah jadik cam dak utih, OKU...muahhaha..taklah, dier sambung elok je jari aku,bekasan jahitan je nampak...

ye, jadi moralnye..ingatlah orang dan kucing tersayang..dan jugak ingat cocopie..

Ayu on July 18, 2009 at 8:39 AM said...

huhuhu.. tapi x la seteruk aku babi langgar keta aku kan ash.. uwaaa.. :((

sharamli on July 18, 2009 at 8:49 AM said...

sy xde kucing..hu3

Beruwang on July 18, 2009 at 8:53 AM said...

he he he nasib bukan kena culik dgn indo.. kalau tak dah duduk madura la jawapnya

myQza on July 18, 2009 at 9:25 AM said...

ini kisah benar ayus!! aku tidak mereka-reka cerita. tiada yang benar melainkan benar-belaka.. ha ha ha ha

ko dah samak kereta ko ke belum? ha ha ha ha

myQza on July 18, 2009 at 9:26 AM said...

dak ashie : nasib baik leh sambung balik.. kalau tak leh geng dgn dak utih ada kat kurang upaya.. ha ha ha ha..
tp kan.. kalau kita ade kad OKU.. banyak ke istimewaannya. belajar pun ade diskaun aku rasa.. aku nak buatlah kad OKU.

mata aku juling sebelah.. kira boleh dapat ke? ha ha ha ha!!

myQza on July 18, 2009 at 9:28 AM said...

sharamli : kamu boleh taip begini.
'ingatlah orang dan spek mata tersayang!!'...

nasib baik masa aku eksiden aku pakai lense.. kalau tak.. rabak duit nak beli spek baru.. ha ha ha

myQza on July 18, 2009 at 9:31 AM said...

ya beruwang.. kalau tidak aku sekarang sudah bisa ngomong loghat indon pak!
nasibku amat baik sekali!

Unknown on July 18, 2009 at 9:40 AM said...

oooo..ayu, memang dasat ko nye..ko pegi langgar babi tuh..huhahahha..

..juling mata sebelah, x dikira OKU..amik kad lain, iaitu kad sakit mata..muehehe

Softtouch [Hanim] on July 18, 2009 at 9:52 AM said...

kelaka ok cte nie..dah agak dah mesti tedi punya cite ni...penggunaan ayat diatas sangat bombastik..mesti tedi ni klaka orgnya kan..

Unknown on July 18, 2009 at 10:30 AM said...

hahaha
tu ler lain kali rempit lagee

myQza on July 18, 2009 at 10:32 AM said...

dak ashie : kad sakit mata x dapat juga aku nak parking kat tempat yg ada lukis kerusi rosa tok OKU tu :(

myQza on July 18, 2009 at 10:33 AM said...

well hanim : try lah yu kapel ngan i... klu x yu pun..adik lelaki yu ke? ekekekekkee... gatai dak tedi ni!!

myQza on July 18, 2009 at 10:34 AM said...

well hanim : try lah yu kapel ngan i... klu x yu pun..adik lelaki yu ke? ekekekekkee... gatai dak tedi ni!!

myQza on July 18, 2009 at 10:37 AM said...

fir : rempit pun mcm gian gitu..


iklan jap : stimiq ni mmg saks lak!! maaP!!

Watierman on July 18, 2009 at 11:22 AM said...

Dik Tedi...kelakar2 jugak...yer ke jadi kat adik ni ...nasib baik gak kan...kalau tak tak ada lah kita bertegur sapa di wire land ni kan!!

myQza on July 18, 2009 at 11:29 AM said...

ekekekke.. kak watie.. a'a lah.. merasa lah pestime dok hospital 4 hari 3 malam.. ekekekeke..

tp ade yg lagi kalako.. tp x mo cite.. ha ha ha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on July 18, 2009 at 11:35 AM said...

woot!!

gila ahh~

Unknown on July 18, 2009 at 11:47 AM said...

wakakakak kelako tol cite ko ni... yg paling kelako, ingatla kucen tersayang ek..ampehhhhh

myQza on July 18, 2009 at 11:51 AM said...

dak zara : jangan kata kamu tidak merempit sayang!!

myQza on July 18, 2009 at 11:55 AM said...

ena.. itu penting.. kalau aku x de nanti.. sape lak nak jaga,, :(

sob sob sob

kena anto kat SPCA lah jawabnyer

messyremo on July 19, 2009 at 4:24 AM said...

lorr..bior betol...

ini mesti bwk 120kmj nih..hehe

myQza on July 19, 2009 at 8:25 AM said...

ekekeke.. di luar kesedaran messy!!

Kapten Luffy on July 19, 2009 at 1:23 PM said...

ko patut belanja indon tu makan

myQza on July 19, 2009 at 6:18 PM said...

yg tu pekerja org yg langgo aku tu.. org yg langgo tu yg anto sepital. sebbaik x patah pinggang org yg angkat aku tu.. ekekkee

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting