Friday, July 10, 2009

MaafkaN akU!! AkU T|Dak Bern|at BerLagaK OKU!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:10 PM
aa1

Aku telah lama terperasan akan kecacatan ini. Tapi, kamu pernah dengar tak? Barang yang lama itulah yang bernilai. Contohnya seperti setem-setem lama. Eh eh! Apa aku merepek ini.

Aku memang selesa ber'sandle'. Tapak kaki gajahku tidak mengizinkan aku berlagak keperempuanan dengan memakai kasut wanita!

Petang tadi aku ke JPM. Memanjat ( menaiki anak tangga!!) tingkat 4 untuk ke Unit Kewangan. Kemudian ke Blok yang paling hujung ke Unit Pekhidmatan. ( Aku tak faham kenapa satu unit mesyuarat dan pejabat tutup!!!). Dari sini aku pulang dengan perasaan hampa. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Aku berniat jahat untuk berhoye-hoye di Jusco!!

Mungkin aku terima balasan secara 'cash'!! Kasut yang mula-mula masih okey (walau dalam keadaan nazak!) tiba-tiba seakan-akan ingin tercabut talinya. Masak! Aku mana ada simpan kasut dalam kereta. Selipar adalah!! Dak Tedi, walaupun hanya 30 minit, ianya tetap waktu kerja kau. Kenapa perlu berhoye-hoye??? Tengok!!

aa2

Aku berbuat seperti biasa walaupun terasa janggal. Sekali tengok macam orang kaki 'tepok' aku mengheret kasut! Aku berlagak seolah-olah aku OKU!! Maafkan aku! Aku bukan berniat untuk mempersenda. Tetap keadaan kasut tidak mengizinkan aku berjalan secara normal.

Aku memang terasa ada orang yang memandang dan menyindir ' Dahlah muka tak lawa, tempang pulak tu!!". Eh eh! Dialog itu hanya rekaan aku.

Dapat aku rasakan saham aku agak merundum jatuh tadi. Aku tidak sempat bermain mata dengan sesiapa!! SOb SOb SOb!! Melihatkan sumber kewangan tidak mengizinkan aku membeli kasut yang mahal-mahal di JUSCO aku teruskan kepura-puraan itu sehingga selesai membeli belah!! Moral dari cerita ini. Jika waktu itu waktu kerja, pulanglah semula ke pejabat walaupun JUSCO itu hanya di sebelah JPM. Ini pengajaran yang berguna.

Nota kakitanganku : 'Sandle' ini juga selalu di belasah abang aku. Aku sungguh tidak faham. Sejak dulu apa sahaja kasut yang aku beli akan jadi kesukaan untuk dia gunakan. Selepas ini aku akan minta dia duit. Aku akan beli 'sandle' yang aku suka, kemudian kau gunalah sehingga rabak!! Ini serius!!

22 kUs-kUs:

:: eyeNa :: on July 10, 2009 at 7:59 PM said...

hehe.. mcm2 sungguh..mujur ak tak td kakak kamu.. kalau tak ak pon da bantai sandle baru tu..hehe biar jd mcm sandle sekarang..ayaii teciannyeeee

myQza on July 10, 2009 at 8:10 PM said...

ekekekkeke.. sabo yo lah..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on July 10, 2009 at 8:33 PM said...

hehehe~

aku memahami nasibmu~ sebab kasut aku pernah patah sampai hampir tergolek jatuh tangga. aku selamat, HP aku jatuh dari tingkat 4 ke 2~

umi_e on July 10, 2009 at 8:39 PM said...

itu namanya menang membeli dan menang memakai :P

Nakamura Kazuki on July 10, 2009 at 8:53 PM said...

tedi..nape tak terus berkaki ayam je stylo skit...baru diorang tahu..hahaha....keja JPM tu dekat jabatan pendidikan melaka ke

Unknown on July 10, 2009 at 8:59 PM said...

kalau ko xnak abg ko rembat ko nye sandal...ko pakai terompah kayu tuh..for sure dier malu nk amik..ekkeke

ustazah dyLLa said...

mcm kakak sy je...suke rembat sandle sy...dh laa saiz xsama...sy 8...dia 6...tpi ade ati nk rembat jugak...nk ptus bru pulang blik...

myQza on July 10, 2009 at 9:22 PM said...

zara : aku simpati dengan nasib yg menimpa enponmu!

myQza on July 10, 2009 at 9:23 PM said...

yer kak e. menang lah sgt tu! ekekeeke

myQza on July 10, 2009 at 9:24 PM said...

nakamura : ko pk aku ibu ayam ke...?
cis..

a'a JPM for Jabatan pelajran melaka. AKu keje sana sbg tukang sapu sampah!

myQza on July 10, 2009 at 9:25 PM said...

eleh.. kalau dah kaki sebat tu.. jgn kate terompah kayu.. terompah tempurung pun di erembat!

myQza on July 10, 2009 at 9:25 PM said...

eekkekkeke.. dylla.. x tercabut ke die pakai..??

ustazah dyLLa said...

mau nye x...tpi dia wat muke koye je msa pakey tuh...

myQza on July 11, 2009 at 1:23 AM said...

ekekkekeke.. kalau cenggitu dia ada potensi nak pinjam lg kalau kau neli kasut yg baru
ekekekeke

Kapten Luffy on July 11, 2009 at 1:56 AM said...

eleh

ko yg ganas kata abang ko lak

hahaha

myQza on July 11, 2009 at 1:58 AM said...

luffy : ko belum mengenal hati budiku luffy.. selain sopan dan satun,, aku juga seorang yang lembah lembut.. berbudi bahasa... pendiam... pendek kata.. di senangi oleh ibumertua.. api sayangnya.. ibu mertua yang mana satu, aku lom dapat cari lagik.. sob sob sob!!

Anya on July 11, 2009 at 4:06 AM said...

Oopsssssss......
Looks not good !!

ItaJeff on July 11, 2009 at 9:27 AM said...

salam cik tedi...
hehehe...happy pink saturday...

myQza on July 11, 2009 at 1:13 PM said...

ekekekke.. sOoOo Bad!

myQza on July 11, 2009 at 1:13 PM said...

happy pink!!

DramaQueen on July 11, 2009 at 1:36 PM said...

dak ted, aku suka perkataan ko yg "berhoye-hoye" tu.. waakakakak..

myQza on July 11, 2009 at 4:29 PM said...

ekekkekeke pn giggle.. aku pun tak tau mana aku dapat perkataan tu..
kena copyright ni..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting