Tuesday, July 14, 2009

MenGapa Kuc|nG-Kuc|nG cOmOt |n| t|Dak manD|???

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:38 PM
aa2

Secara jujurnya aku memang tidak memandikan kucing-kucing yang 3 ekor ini. Aku ada sejarahnya sendiri hingga menjadi trauma untuk memandikan kucing!

Dak Kimo yang diatas itu, kira-kira 2 tahun setengah yang lalu pernah sekali di mandikan. Itu pun mandi untuk kali yang pertama sejak beliau datang ke rumah ini. Masuk sahaja ke bilik air belum sempat baju di buka.. eh... air paip di buka, beliau telah melompat dengan gigihnya sehingga dapat meloloskan diri.

Sejak petang itu sehingga 2 minggu berikutnya beliau tidak pulang-pulang ke rumah. Maka menangislah adik aku siang dan malam meratap merayu agar Kimo kembali ke pangkal jalan. Erk!! Ke rumah!!

Akhirnya, saat-saat yang di tunggu tiba. Dak Kimo pulang ke rumah. Namun dalam keadaan yang parah! Bahagian punggung hingga ke pehanya cedera parah. Terbelah. Hingga nampak tulang dan isi di dalam. MasyaAllah. Allah itu Maha Berkuasa. Walaupun Kimo cedera parah Allah masih menunjukkannya jalan pulang walaupun mengambil masa yang lama. Kami membuat kesimpulam mungkin semasa lari atau terjun Kimo tersagat sesuatu seperti cermin pecah atau zink. Atau mengikut firasat adik aku Kimo mungkin di gigit oleh Babi!! Eh! Kena samak Dak Kimo ni!!

Oleh itu, sehingga kini, kira-kira hampir 3 tahun ini beliau hanya mandi sekali itu sahaja. Eh!! Atau lebih tepatnya tidak pernah mandi kerana tidak sempat di mandikan.

aa1

Budak-budak 2 ekor ini pula hanya mandi ketika masih kecil sahaja. Waktu itu mereka amat-amat comot. Dak Itam bernasib baik kerana berbulu hitam dapat meng'cover' kekotoran. Ha ha ha...

aa3

Yang ini pula bernasib baik kerana seekor yang 'homely'. Susah untuk lihat Dak Utih keluar dari pintu rumah. Kadang-kadang terpaksa tolak beliau keluar kerana asyik mengekor aku sahaja sampaikan hampir terpijak. Beliau keluar hanya waktu untuk mengawan. Jadi potensi untuk dia kotor-kotor atau berdebu adalah tipis.

2 atau 3 hari sekali aku wajib membersihkan telinga, hidung, kuku dan badan mereka. Aku masih trauma untuk memandikan kucing. Mungkin juga aku tidak akan melakukannya. Bukan untuk menjimatkan bil air atau sabun atau syampu, tetapi demi mententeramkan hati sendiri. Kucing aku juga seperti kambing yang takutkan air.

Aku tidak mahu nanti, waktu mandi menjadikan kucing aku 'stress' dan merajuk hingga membawa diri tidak kembali. Biarlah. Asalkan mereka bahagia.

Nota kakitanganku : Wah!! Macam karangan bahasa melayu bertajuk 'Trauma Seekor Kucing Dan Tuannya'. Hik hik hik..

24 kUs-kUs:

ustazah dyLLa said...

akak pun takut nk mandi jugak kan????~wahahaahah~

myQza on July 14, 2009 at 8:09 PM said...

ekekkekeke.. mana tau ni!! Syyyhhh.. jgn koba kek org!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on July 14, 2009 at 9:17 PM said...

hehehe~

mesti kamu dah mandikan kan syg?

myQza on July 14, 2009 at 9:56 PM said...

i dah mandilah yu!! :p

Unknown on July 14, 2009 at 10:25 PM said...

dak utih yg putih..muahaha..aku pernah skali mandikan kucen, tp tu jaman2 aku ngan arwah Cintan dolu, tp ok je..x melawan..

myQza on July 14, 2009 at 10:41 PM said...

alahai.. aku pun x tau.. dulu mandikan budak 2 ekor ni masa kecik2.. macam nak pergi perjuang di medan perang susahnya...

Anya on July 14, 2009 at 10:52 PM said...

soooooooooo CUTE
Soooooo SWEET
Lovely pictures,
they make my day :)

DramaQueen on July 14, 2009 at 11:20 PM said...

tanya kat kak-sifu-kucing ni ha..(sambil tunjuk hidung aku yg kemik)

ada cara nak mandikan dan ajar kucing2 ko tu kene mandi 2 kali seminggu.. supaya hama tak naik!

cara pro mandikan kucen:
ko kene sediakan penyembur air dan air yg ko sembur melalui getah paip tu hendaklah berkelajuan tinggi supaya berjaya jatuhkan kuman2 kat kucen ko.. kemudian, shampookan pakai shampoo kucen ye.. jgn ko pakaikan pantene pulak.. kemudian, blow dgn dryer..pastikan telinga dan hidung juga di keringkan.. komfem kucen ko lepas tu cun..kembang..
tapi masa nak mandikan tu, pastikan ler pintu bilik ayor ko tu tak de yg bolos.. supaya susah kucen2 tu nak kuar..

petua penting:
lepas mandi, kasi la reward.. ko kasi la mereka tu vitamin..mesti mereka tu rasa teruja nak mandi lg.. wakakak... pecaya la cakap aku..

cam bagus je aku ni kan.. wakakak..

myQza on July 14, 2009 at 11:30 PM said...

tQ ANya!!

myQza on July 14, 2009 at 11:33 PM said...

puan giggle : Nak mandikan kucen aku ini umpama nak melomen orang tanpa rela!! Tau tak betapa susahnya.. uwaaaaaaaaaaaaaaaa...

nak bg vitamin! macam2 amek vitamin kat vet.. macam2 cara nak bg derang makan. pecah2.. campo2 lam ikan. kacau dalam air.. ampehh. bila makan kibble.. lain licin.. vitamin tinggal terkontang kanting.. kalau ikan pun cam tu.. derang dapat kesan.

sob sob sob

DaliaLiyana on July 14, 2009 at 11:44 PM said...

nak mandikan kucing kena ade skil tau..kalau tak abis dicakarnye..huhuuh...

myQza on July 14, 2009 at 11:46 PM said...

tue lah dalia... nak mandikan dia macamlah kita ni nak sembeleh die.. ekekekke.. payah sangat!!

Blues Aku on July 15, 2009 at 12:13 AM said...

tingat plak sepupu saya mandikan kucingnye atau lebih tepat lagi anak kucing yg dia jumpe.

cara-caranya:

1) masukkan anak kucing itu ke dalam sangkar tikus (erk...)
2) buka paip dengan kelajuan maksima. (ala2 nk basuh keta tu)
3) tabur sabun atas anak kucing itu.
4) sembur sampai anak kucing itu bersih

(anda dinasihatkan untuk tidak mengikuti aksi2 diatas..18SG)

sekian tima kasih...

myQza on July 15, 2009 at 12:17 AM said...

ha ha ha ha.. lawaklah kazen kamu tu.. aku tak dapat nak bayangkan anak kucing tu berjoget2 dalam sangkar tikus ...

ha ha ha ha..

Blues Aku on July 15, 2009 at 1:44 AM said...

iyer dak tedi..amatla 'lucu' sekali melihat anak kucing itu..hukhuk

selepas dimandikan, anak kucing itu dijemur pula di tengah2 panas (ala2 jemur baju)
sob..sob

(anda dinasihatkan untuk tidak mengikuti aksi2 diatas..18SG)

p/s sepupu saya itu berumur 14tahun ketika melakukan aksi diatas.

myQza on July 15, 2009 at 8:12 AM said...

jemur tgh panas tu dah kire satu penderaan.. zalim...

pakai hairdryer lah..

Softtouch [Hanim] on July 15, 2009 at 9:54 AM said...

tgk kucing jgk kan ada yg suka rela dimandikan ada yg lgsung xnak mandi..mcm tu rupenya..patutlah dak utih je yg bersih lg gebu, rupenya homely type..baguslah..

myQza on July 15, 2009 at 10:18 AM said...

ekekekee.. homely.. tapi musti banyak hama ni sbb x mandi.. kena masukk mesin basuh gamkanye.. ekekekek..
kijamm.. kijam...

Neeza.Areef on July 15, 2009 at 11:11 AM said...

bau smpai sini..x mandi...hehe

myQza on July 15, 2009 at 11:22 AM said...

ekekekekekeke... tahan je ;ah napas ko tu..

che' moon on July 15, 2009 at 1:12 PM said...

kucen che' moon bab mandi xde hal.
cume gelisah je.
memandikan kucen memang memerlukan KESABARAN!

Unknown on July 15, 2009 at 1:45 PM said...

Tedi, kalo kucing tu lari x per..takut kucing tu cakau ko jer mase ko mandikan dier..terkejut beruk sebab sejuk... hu3

DramaQueen on July 15, 2009 at 2:12 PM said...

aku da tak ingat jenama vitami tu. tapi vitamin tu didalam bentuk tube. saiz macam colgate tu..

caranya senang je.. picit vitamin tube tu atas jari telunjuk kanan, sambil tangan kiri standby cekik muka kucen ko.. pastu bila dah ready, kucen tu pasti bukak mulut dan ko sumbatkan vitamin tu atas lidah nya..

wah.. heaven klu ko bagi aku merawat kucen2 ko ni..komfen kucen ko ni berseri2..wakakak..

aku banyak peralatan kucen.. sme aku simpan lg.. gila aku berbelanja beli barang kucen dulu.. tak hengat.. abes duit aku kat situ je masa aku bujang dulu..

myQza on July 15, 2009 at 6:15 PM said...

ekekkekeke.. perkataan cekik yg tak tahan den donga.. ekekekek...

vitamin yg kolget ek? nanti dne g servey...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting