Kisah ini berlaku pada tahun 2001 kalau tidak silap aku. Waktu aku muda-muda remaja dulu. Begitu teruja untuk ke KLIA. Bukan aku tidak pernah pergi, tetapi bila jarang-jarang atau kadang-kadang ke sana, ianya jadi sesuatu yang menyeronokkan.
Aku dan kawan baik aku ketika itu A ( memang nama sebenar), ke sana untuk berjumpa dengan sepupu A yang bekerja di KLIA.
Dari Melaka ke Seremban menaiki bas dan dari Seremban ke KLIA juga menaiki bas. Kami tiba awal tetapi sepupu A habis bekerja pada pukul 11.00 malam.
Maka aku jadi pelancong yang bukan pelancong.
Waktu itu manalah ada telefon bimbit lagi. Jadi sepupu A iaitu I (memang nama sebenar) meminta kami menelefonnya pada pukul 11.00 malam. Kami berjanji untuk bertemu di kedai bunga yang terdapat di dalam KLIA itu.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, kelibat I tidak dapat kami jejaki. Telefon ke pejabat, tidak berjawab. Jadi kami mengambil keputusan untuk diam saja di tepi kedai bunga itu. Jam sudah hampir menunjukkan ke angka 12.oo tengah malam. Kami sudah mula risau.
Adakah I ingin mengsabotaj kami dengan meninggalkan kami terkontang-kanting di situ? Atau mungkin juga I sedang mencari-cari kami yang telah hilang dan tidak dapat di hubungi ini?
Aku sudah penat kerana berdiri hampir satu jam. Perut juga terasa lapar. Gila apa!! Mana ada duit nak berhoye-hoye makan di KLIA??
Akhirnya I berjaya menjumpai kami. Mukanya amat kelat. Masam! Ini kali pertama aku bertemu denngannya. Jadi reaksi wajah begini bukanlah aku alu-alukan.
'Aku suruh tunggu dekat kedai bunga!! Kedai bunga hidup tu belah sana. Yang kau tunggu dekat kedai bunga plastik ni kenapa?"
Lah.... Ye ke?? Manalah aku tahu ada 2 kedai bunga berlainan di situ. lain kali beritahu dengan terang dan jelas. Aku hanya diam membatu, sedang A terkulat-kulat. 'Bas terakhir dah lepas. Kita tidur je kat sini malam ni!'
I membuat keputusan. Wah!! Tidur KLIA!! Mesti meriah!!
Kami membututi I menuju ke satu tempat! OMG!! Kami tidur di surau KLIA rupanya. SOb SOb SOb!!! Amat sejuk! Dan amat lapar. Kami umpama pelarian Kemboja yang mencari perlindungan. Beralaskan tikar sejadah berselimutkan telekung, kami menggigil kesejukan. Saat ini I sudah mula ketawa saja. 'Rasakan korang. Sape suruh lembab sangat!' Uwaaaaaaaaaaaaaa!! Aku tidak rela. Di sebelah surau lelaki bunyi dengkuran yang kuat membuatkan kami tidak dapat lelap!! Asyik ketawa saja. I memberi kami roti Gardenia seorang satu. Katanya ' Aku tau kita mesti terlepas bas, aku dah 'standby' roti ni awal-awal.'
Ekekekkeke.. baik hati juga I rupanya.
Memang tidak tidur langsung. Sebab setiap jam ada saja penumpang yang turun dari kapal terbang dan singgah di surau juga.Pukul 6.oo pagi kami semua berkemas untuk menaiki bas ke Nilai rumah kepada si I.
Gagah kami berjalan keluar dari surau. Berlagak seolah-olah baru turun dari 'flight', sedangkan mereka tidak tahu kami hanyalah menumpang tidur di surau. Sepanjang-panjang jalan tersengih sendirian. Kami tiba di Nilai dan waktu-waktu yang sepatutnya di habiskan dengan berjalan-jalan, hanya melepek tidur kerana terlalu mengantuk dan penat!!
Nota kakitanganku : Terasa kekampungan gila masa tu. Ayu berbaju kurung mengusung beg besar yang kosong. Mengheret 'sandle' sambil mata melilau-lilau melihat kiri dan kanan!! Kegayatan!! Alahaiii... Bila di fikirkan. macam mana ya, kita boleh hidup tanpa telefon bimbit dulu, sedangkan sekarang jika tiada, terasa tidak lengkap hidup ini.
22 kUs-kUs:
hehehe
tragis sungguh kisah kamu..:)
cian ye..x penah di buat org tido surau klia..;p
wakakaka aku dpt membayangkannye cuma bayangan ko tu silau2 la sebab aku taktau ko camne rupa ekekee
2oo1.. i baru f1
meiz sha : ye.. ye.. zaman remaja yang lurus kebendulan ..ekekekeke
pandailah ko ena!! ekekekeke
sha form 1... jap aku kira umurmu.. ekekekek...
wah!! antara kita jauh berbeza usia.. ekekekeke..
ted .. 2001 ko brape tahun?? baru lapan belas ekk.. hehhe..
aku plak dah tuo time tu..uwaa.. apsla x letak gamba ayu mu yg berbaju kurung tuh.. huhuhu
dah start dah hobi menulis nya..tapi best terasa sy dpt bygkan situasi itu...
dak ayu : umur mase 2001 tu dah leh tawen!!
gambo baju biru tu je yg ado.. ekekekee
ekekekekek.. hanim.. lg besh klu melaluinye.. selebet je muke masa tu.. ekekeke..
Tedi ko bernasib baik time tu sebab still bleh tido lagi dalam surau..sekarang pukul 11mlm kalau stay lagi dalam surau kena halau..dia tahu tu bkan na tahajud tapi nak tidoq..hahaha....
ha ha ha ha.. ye ke? dulu boleh.. surau lelaki lg.. siap berdengkur..
ha ha ha.. tp klu org nak tahajud die halau.. fight sampai masuk court.. ekekekeke..
haha...
lawak btol..
nanti nak tido KLIA,jgn lupe ajak aku..haha
hehhee.....ah, memang lawak..ini cerita dah cam chapter untuk novel lak ni..aish!
messy : i akan ajak yu di KLIA.. tetapi.. menurut hencek nakamura... sesiapa yg ada lg dlm kol 11 dah kena halau.. sob sob sob.. dah x de rezeki kite messy!! :(
ekekekkeke.. dak ashie.. kamu baru muncul? ke manakah kamu deting ari ini?
klia aku pernah tidur gak
lapangan terbang kk pernah gak
huhuhu
zaman belajar dulu
ekekekkeke.. hobi eh ske tdo kat airport.. ekekekke..
cam best jer..heheh
ekekekeke.. alah.. norul dah biasa turun naik kapal terbang.. lainlah..
2001 ~ tahun SPM...
wah...beh tuh pengalaman ni...pasal hp tuh besa laa...bak kata "DULU LAIN, SKRG LAIN"
ekekekekke.. mengikut predaran zaman.. dulu mude.. skang tuo dah..
Post a Comment