Thursday, July 23, 2009

AkU menanG DaLam KetewasaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:50 PM
Ya! Aku mengaku!! Aku ke JJ juga akhirnya...

z1

Setelah membuat 3 kali pusingan tawaf di JJ, aku mengambil keputusan untuk meletak kereta di Melaka Mall. Banyak jalan yang di tutup. Jauh sedikit. Eh! Jauh banyak! Maka berjalanlah aku bersama kakak dan Kanak-kanak Ribena dengan penuh semangat sekali!

z2

Ini pemandangan sebelah kiri jejantas. Tengok!! Mereka meletak kereta sesuka hati di luar kawasan liputan!

z3

Aku begitu teruja untuk mengambil gambar. Tetapi ini gambar yang terakhir. Bateri aku 'kong' da.... Oleh itu tidak dapat aku gambarkan bagaimana sesaknya aku di dalam Jusco sehingga aku rasakan sukar untuk bernafas!!

Suasana adalah seperti Pasar Borong Besar Batu Berendam, Melaka. Terjerit-jerit melelong barang bila tiba waktu 'Happy Hour'. Aku mengambil 3 set gelas plastik berbunga ungu yang tiap satunya berharga Rm 8.90. Oleh kerana waktu 'Happy Hour' gelas itu hanya berharga Rm 2.67. Aku beratur membayar. Di hadapan aku ada 4 orang pelanggan yang tiap seorang membawa satu penuh troli. Aku putus asa. Aku letakkan sahaja cawan di kaunter dan berlalu hampa.

Aku tidak dapat memilih apa-apa kerana suasana yang begitu sesak dan panas. Barangan elektrik tiada diskaun, jika tidak boleh juga aku beli kipas rendah mengganti kipas aku yang sudah rosak ini. Aku tidak dapat memilih kerana kepala mula sakit. Mungkin sebab perut kosong, suasana hingar bingar dan panas.

Aku hanya berbuka dengan 100 Plus yang ada di dalam beg! Hajat di hati ingin merasa Laksa Shack di Melaka Mall. Sudah sampai ke tekak rasanya. Ha ha ha...

Duduk sahaja di dalam Restoran, baru sahaja membelek-belek menu adik aku menelefon mengatakan adik kepada Si kanak-kanak Ribena menangis tanpa henti. Potong 'stim' betul!! Kami membuat keputusan untuk pulang sahaja. Sob Sob SOb!! Tidak mengapa! Lain kali aku pergi makan sampai kenyang!

Alhamdulillah. Aku tidak melabur satu sen pun di JJ melainkan membayar 'parking' kereta
RM 2.00 di Melaka Mall. Tengok!! Betapa jimatnya aku. Ekekekekeke..
Aku balik dengan jayanya.

Nota kakitanganku : Ini pengalaman pertama aku ke J Card Member's Day di JJ. Mungkin yang terakhir. Suasana begitu menyesakkan sampai satu ketika aku rasakan aku ingin pura-pura pengsan agar ada yang memberi CPR kerana begitu sukar untuk berjalan dan brenafas. Dasyatkan??

30 kUs-kUs:

mamai on July 23, 2009 at 9:30 PM said...

antara sebab kenapa aku kalau balik melaka tak suka nak pie shopping kat JJ or kat MP especially weekend mmg jalan pack.

anN on July 23, 2009 at 10:24 PM said...

tp aien rs klu aien ari cuti mst ted ttewas gak.. pkal la ni ari bkje hehhee

Nakamura Kazuki on July 23, 2009 at 10:47 PM said...

agak2 tedi kalau ko buat2 pengsan tadi mesti jejaka2 JJ datang memberi bantuan CPR....attention2..pls tolong beri ruang kepada pengunjung setia kami si dak tedi bernafas....hehehe..then confirm ko dapat berhoye2 sambil memperagakan JJ card ko kat kuanter bayar..betui tak....hahaha

myQza on July 23, 2009 at 10:48 PM said...

mamai.. boleh jd mamai aku mengharungi semuanya.. ha ha ha

myQza on July 23, 2009 at 10:48 PM said...

aien : ekekekekke.. x tau gak.. sbb aku bukan kaki belanja.. ekekeke

myQza on July 23, 2009 at 10:49 PM said...

ekekkekeke.. hencek nakamura... macam Jj kan majoriti pekerja dia melayu.. ha ha ha

shima on July 23, 2009 at 10:55 PM said...

hahha.byk ke shopping-shopping?

Ayu on July 23, 2009 at 10:55 PM said...

tula .. aku dah ckp ko degil.. nk gin jugok... kan dah kena baya paking rm2.. anyhow.. tu psl la kemalasan melanda kalu time sale.. ehh.. aku citer apa nih???

ahh abaikan aje..

myQza on July 23, 2009 at 11:21 PM said...

shima : aku hanya mengeluarkan rm 2.00 untuk membayar parking.. ha haha.. ponek jo poei

myQza on July 23, 2009 at 11:22 PM said...

ekekekekkek.. tp aku tgk org lain borong gila.. takku aku tgk ayus.. macam nak bukak kedai runcit gamaknye.. ha ha ha

DaliaLiyana on July 23, 2009 at 11:27 PM said...

tul kak oooiii...dalia penah seklai g...nasib ade oksigenn..kalau tak ape la jd ngn dalia ni..huhuhu....

myQza on July 23, 2009 at 11:33 PM said...

dalia.. aku rasa kan tiap kali ada hari macam ni.. derang kena sediakan haler.. eh betul ke eja tu.. yg org sakit asma guna tu! :)

waiem on July 23, 2009 at 11:43 PM said...

shabas inspektor sahab...hehe

myQza on July 23, 2009 at 11:55 PM said...

eekkekeke. syabas bete... :p

Unknown on July 24, 2009 at 12:08 AM said...

hahahhahhahahahahhahahahahahha....

Ayu on July 24, 2009 at 12:18 AM said...

aku x paham naper ash gelak sakan.. *garuk dagu jap*

myQza on July 24, 2009 at 12:42 AM said...

oik!!asal ko golak dak ashie..???

myQza on July 24, 2009 at 12:42 AM said...

dak ayus : musti ada perkara yang mencuti pankreasnya... la la la//

sharamli on July 24, 2009 at 1:07 AM said...

dh agk dah

Watierman on July 24, 2009 at 2:09 AM said...

Dik Tedi degil yer tak dengar nasihat akak...tu pasal dapat ponat yor!

NoRuLLiSzA eL FaRiSi on July 24, 2009 at 3:04 AM said...

huhu..xnak balik mesia..sesak.. adehhh :'(

myQza on July 24, 2009 at 7:28 AM said...

ekekkeekekke.. agak2 ape tu sha? :P

myQza on July 24, 2009 at 7:28 AM said...

ha ha ha kak watie.. apo kan dayo.. kakak den pakso!!

myQza on July 24, 2009 at 7:28 AM said...

ehehehhe.. kat shopping complek je norul..

a.z.r.i.n.a.03.07 on July 24, 2009 at 8:11 AM said...

yesss !!! jadik gak ted pegi...

myQza on July 24, 2009 at 9:21 AM said...

ekekekekke.. pergi je kak.. terlalu ramai.. x tau nak pilih ape.. heheheehe

DramaQueen on July 24, 2009 at 9:44 AM said...

dak ted, tahniah..
sekonyong2 ko balik tanpa beli barang la ni..betul ke? sehelai bulu kucen pon tk de beli?

hmmm klu betul, tahniah la!

awas!selamat hari pengguna!

Softtouch [Hanim] on July 24, 2009 at 9:56 AM said...

tahniah...he he he..sy pu tak suka keadaan yang tedi gambarkan tu..tu sbb sy elak utk membeli waktu sale. Kalu pegi waktu sale pun kalu mmg ade brg nak beli baru pergi. Tapi tgk keadaan jgk..buatnya org bersesak2 dgn beratur pjg tu..lupekan jerlah..Tapi kalu hati kering, sy redah jgk. Tegk mcm mana..:)

d0tbl0gsp0td0tk0m on July 24, 2009 at 12:14 PM said...

biasa le tu.... ramai yang datang tu sebenarye nak MERAMAIKAN@NAK MENGHURU-HARAKAN keadaan je... yang membeli nye tak de le ramai sgt.....

tapi berbaloi la juga berasak-asak tu...huhuhu

white rose on July 24, 2009 at 1:37 PM said...

perempuan...
aku perempuan...
kau jua perempuan...
dia juga perempuan...
mereka juga perempuan...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting