Sunday, June 12, 2011

aDakaH keJam akU KeTawA TerBahaK-BaHak BiLa meLihaT oranG JaTuh TerLenTanG Di PasarayA? KeJamkaH?

Ya. Amat kejam rasanya. Oh! Bukan rasa-rasa lagi. Memang kejam bunyinya bila orang jatuh kau gelakkan terbahak-bahak bagai tidak ingat dunia.

Situasinya di sebuah pasaraya. Seorang wanita sedang memimpin tangan seorang kanak-kanak perempuan. Tiba-tiba pegangan tangan terlepas dan kanak-kanak 2 tahun itu lari bagai baru dapat kaki baru.

Wanita itu mengejar sambil lari-lari anak. Tiba-tiba beliau tidak dapat mengawal pergerakan kerana lantai yang licin dan akhirnya jatuh terlentang.

Oh Tuhan!

Beliau kelihatan kaku di atas lantai sebelum perlahan-lahan bangun dan duduk sebentar. Saya ketawa terbahak-bahak dengan adegan tersebut. Aduhai.. Kejamnya saya.

Saya terasa ingin memohon maaf kepada wanita itu. Tapi bagaimana. Bagaimana? Rasa bersalah pula tergelak!

Okey!

Sayalah perempuan itu.
Saya mohon maaf kepada diri sendiri sebab tergelak tadi. Sakit woooo!! Jatuh terlentang! Harap tiada yang ambil video dan masukkan ke dalam Youtube.

Ha ha ha ha....

Eh! Kamu jangan mahu gelak pula ya????

=P



8 kUs-kUs:

tieykah said...

hahaha!mcm mana boleh jatuh

Azmira Yusof said...

jgn mrh .. nk tersenyum jee... sy pun ade pengalaman pasal anak sedara nk dungku belakang .. ntah camane . tersalah panjat .. sy ngn anak sdra terbalik kebelakang .. malu sbb dpn kedai makan -_-

Amieynna said...

alamak tergelak dlm hati...

Shaz Alina said...

hmmmppff... hmmmppff.. hmmppff... *bunyi nak cover gelak...

ejaMaria said...

hihihihi.... gelak sikit je... mesti comel masa terlentang tu... ;p

white rose said...

sure comei kak tedi jatuh kan...

weeeeeee

Softtouch [Hanim] said...

aduiiiiii tedi yg jatuh rupenya..nasib xde apa2 yg serius berlaku..lenkali hati2..

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe pernah juga jatoh kat depan orang ramai...tapi awe gelak sendiri jerk..selamat ada member so konon2 leh cover malu dengan gelak.padahal..muka tebal gilo

About This Blog

.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP