Thursday, June 23, 2011

oRenJa yanG TeLah BerjayA MenGkeLenTonG PuLuhaN OranG hamPir DuA TahUn yanG LaLu kemBaLi LaGI DenGan TubUh mOnToknyA!

'Entry' mengkelentong ada di sini!

Photobucket

Hari pertama saya jumpa dia ialah pad atarikh 20 Oktober 2009. Saat itu dia sangat manja. Sangat comel. Suka gesel-gesel. Mahu duduk dekat sahaja. Kecil dan kurus sahaja dia masa ini!

'Entrynya' di sini.

Photobucket

Selepas itu lama juga beliau hilang. Tidak bertemu. Sehingga bulan Julai tahun 2010. Beliau muncul sekali lagi! Kurus dan kotor. Kali ini beliau menghilangkan diri lagi tanpa sempat saya carikan rumah baru untuk beliau!

Photobucket

Hari ini beliau muncul lagi. Tapi sayangnya dia bukan kucing yang manja macam dulu. Dia sudah jadi penakut dengan saya. Sangat sedih! Setahun tidak bertemu!

Photobucket

Saya kejar dia keliling bangunan semata-mata mahu beri dia makan. Tapi dia lari! =((

Photobucket

Dia sangat cantik. Badan berisi. Bagai ada tuan!

Photobucket

Bersedia untuk lari jika saya maju setapak langkah ke depan!

Photobucket

Sangat rindu Orenja. Tapi apakandaya. Masa telah merubah semuanya. Kucing manja sudah jadi sebaliknya.

Photobucket

Dia sempat makan sedikit sahaja.

Photobucket

Saya keluarkan dari tin, terus dia tidak datang lagi!!

Bilakah kita akan bertemu lagi Orenja. Setahun sekali??? =((





3 kUs-kUs:

Uchi kay-f @hmad said...

patah tumbuh hilang berganti..

emo plak bce n3 ni ;(

sI tEDI said...

erk! Apa maksudnya.
kucing ni tak patah dan tak tumbuh!

ini kucing yg sama!

m4rilyn said...

setahun...hanya sekali

cam lagu raya lak

About This Blog

.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP