Sunday, June 05, 2011

'Cat LiTTer' Jenis 'wOODy' yanG SayA BaRu GunaKan. SanGaT MemuaskaN haTi sayA Dan GPV1 & GPV2. =))

Photobucket

Ini adalah pasir kucing jenis kayu atau 'woody'. Saya baru gunakan sejak 1 Jun yang lalu. Amat berpuas hati kerana ianya sangat mesra alam.

Saya menggunakannya atas cadangan rakan yang terlebih dahulu mencuba. Ternyata apa yang di perkatakan tentang pasir jenis ini memang benar.

Photobucket

Ianya berbentuk seperti palet. Hanya masukkan dalam 3 hingga 4 genggam ke dalam 'litter box.' Palet ini akan hancur jika kucing 'poo atau pee' dan bertukar menjadi serbuk seperti serbuk kayu.

Tiada masalah bau. Bohonglah kalau tiada bau langsung tapi sangat kurang bau. Jika sebelum ini saya menggunakan pasir jenis kasar atau bebola, ianya memang meninggalkan bau dan sentiasa mahu di bersihkan. tetapi dengan 'woody' ini ianya sangat kurang bau.

Satu lagi kelebihannya ialah tidak bersepah. Al-maklumlah budak-budak suka bermain dalam pasir sekaligus menjadikan pasir berselerak sampai memasuki makanan dan air minuman, Tapi dengan 'woody' masalah itu berkurangan dan dapat di atasi.

Photobucket

Harga di Melaka tersangatlah mahalnya.

Saranan saya kepada rakan-rakan yang masih tercari-cari pasir kucing yang sesuai cubalah dulu menggunakan jenis 'woody' ini terutamanya bagi mereka yang menempatkan kucing di dalam bilik. Mesti tidak suka jika bau-bauan yang keterlalu menganggu sehingga ke ruang tamu!






10 kUs-kUs:

Wanita Mutalib said...

bila tgk pasir kucing ni, teringat kat bushy..

ted|..
bushy te hilang :(

sI tEDI said...

erk!
hilang?
mcm mana leh hilang? dah lama ke?

illafira said...

dh mcm mkanan arnab lak.. hehehe.. leh try nie.. coz yg pasir mmg agak berbau..

m.q said...

kucing aku tak pandai guna litter jenis ni..heheheh

Adam said...

litter ni guna litter box yg double tray atau yg biasa je? Kalau hancur camne nak scoop yer?

Kucing Terbiar Anjing Jalanan said...

adam,
double pun boleh tapi kalau double tu payah sket nak basuh sbb kan lubang dia kecik2kan
Saya selalu scoop saja.
tapis mana yg hancur then poo tu asingkan dr palet yg elok.
nampak mcm leceh tapi bg saya okey jek

Kucing Terbiar Anjing Jalanan said...
This comment has been removed by the author.
sesemut said...

yup, i pon pakai yang pallet. brand woody pet.
13kg dlm RM48.. mmg puas hati

~mrs azmi~ said...

yang ni same ke dengan feline fresh tu? kalau flushable nak jugak try sebab tengah toilet train budak2 tu

CT said...

Tingat kat Nadim....meow...

About This Blog

.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP