Saturday, June 11, 2011

PuDinG sTrawBeri kOkO

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM
Photobucket

Oleh kerana tengah hari tadi sudah hadir majlis perkahwinan anak saudara, emak dan abah pula ke majlis kenduri lain selepas Zohor dan Asar, tiadalah adegan masak memasak di rumah.

Petang dalam suasana yang panas, perut sudah berkeroncong. Buat puding kemudian sejukkan dalam peti sejuk mesti sedapkan? He he he he..

Resepi ini main belasah sahaja.

10 gram agar-agar.
500ml Dutch Lady UHT Perisa Strawberi
500ml bancuhan air koko

Caranya :
1. Didihkan air Dutch lady Strawberi bersama 5gram agar-agar. ( Kalau rasa leceh tidak perlulah timbang. Saya main agak-agak sahaja. Bahagi dua. He he he )

Photobucket

Sudah mendidih dan sebati tuangkan di dalam loyang. Sejukkan. mahu lebih cepat masukkan ke dalam tempat sejuk beku.

2. Agak-agak sudah mengeras. Didihkan pula bancuhan air koko bersama lebihan 5gram agar-agar. Siap.

Photobucket
Lorekkan sampai ke bawah loyang. Itu yang koko turut jatuh ke bawah. =))

Tips : Untuk lapisan pertama dengan lapisan kedua bersama dan sepakat tidak terbahagi dua ketika memotong, lorek-lorekkan atas lapisan pertama sebelum menuang lapisan kedua.

Okey! Masuk semula ke dalam peti sejuk. Rasa sudah okey, bolehlah makan.

Ha ha ha..
Ringkaskan resepi dan caranya? Perisa boleh tukar apa-apa mengikut suka. Pakai air kotak soya Ros dengan soya putih pun okey! Ikut kreativiti.

Photobucket

Mudah dan cepat. Potensi untuk habis pun memang tinggi!!! =))


Selamat mencuba!!





2 kUs-kUs:

Shaz Alina on June 12, 2011 at 12:14 AM said...

wahhh... *leleh²*

nak kek coklat... hehe~

zino on June 12, 2011 at 2:07 AM said...

sedap nampak nya tu hehe

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting