PTS? Tahu apa itu PTS. 'Put To Sleep'. PTS di sini bukan kau tepuk-tepuk badan dia bagi dia tidur ek? Dodoilah dodoi, kucingku sayang. Silap haribulan kau dulu yang tertidurkan?
PTS di sini bermaksud mematikan kucing. PTS selalunya di lakukan terhadap haiwan yang tiada harapan untuk hidup atau pun hanya mendatangkan wabak penyakit.
Kamu faham tidak apa yang mamat di atas itu cuba sampaikan??
' DIA MAHU SEMUA KUCING JALANAN DI PTS.'
Alasan?
Sebab terlalu banyak kucing di jalanan. PTS lebih sesuai untuk mereka. Katanya, risiko kucing itu hidup di jalanan sangat tinggi. Di langgar kereta. Bergaduh sesama sendiri. Di penghujungnya mati juga. Adalah lebih baik angkut semua kucing-kucing tersebut, PTS! Habis cerita.
Dia kata PTS tidak kejam. Yang kejam kalau kucing itu mati di langgar dan bergaduh sampai luka-luka. Dia kata tidak berdosa PTS kucing. Semuanya di lakukan untuk kebaikan kucing tersebut?
What the what??
Aku maafkan dia sebab di percayai umur dia masih 21 tahun. Bukan tidak matang, cuma masih terlalu muda dan pasti tiada mpngalaman membela kucing. Aku harap dia tidak mempunyai kucing. Gusar kucingnya menjadi mangsa PTS jika beranak terlalu banyak.
Kau mahu kucing di jalanan di PTS sebab tidak mahu dia di langgar kereta dan bergaduh sampai mati??? Aku rasa mahu tampar sahaja 'papan dat' itu!!!
Kami cabar dia dan kawannya masuk ke KTAJ untuk sama-sama berdebat mengenai ini. Sayangnya dia hanya menjadi papan dat bagi kami. Kawan yang di belanya tidak muncul dan dia seorang diri menegakkan fakta bodoh dia!!
Yup! Aku cabar dia dan rakan-rakannya buat satu memorandum kepada kerajaan Malaysia agar semua kucing-kucing jalanan di PTS. Aku cabar kau!!
Apa salah kucing-kucing jalanan untuk kau suka-suka mahu PTS dia? Adakah dia mencakar kau sehingga kau menerima 200 jahitan? Adakah kucing-kucing tersebut menyerang ahli keluarga dan kawan-kawan kau sehingga ada di Unit Rawatan Rapi sekarang? Adakah kucing-kucing ini membawa wabak penyakit yang membunuh satu orang setiap saat?? Kenapa? Apa salah mereka?
Dia minta kau makan? Kau tidak suka, kau jangan beri. Mereka berkeliaran di atas jalanraya? Semuanya? Sampai kau tidak boleh memandu kereta kerana kucing banyak menguasaai jalan-jalan utama negara???
Sebab itu kami mengadakan kempen dan program mengembiri secara berterusan. Untuk apa? Kami bukan suka-suka mahu suruh orang kembiri kucing mereka. Bukan paksa. Kau tidak buat, kami boikot!! Tidak!!!
Purata kucing akan melahirkan anak 3 hingga 4 kali setahun. Setiap kali kelahiran kita ambil purata 4 ekor. Setahun 16 ekor. 2 tahun? 3 tahun? Berpuluh-puluh ekor dari satu sahaja ibu kucing. Jika kau mampu. Mampu dari segi kewangan untuk menjaga kebjikan kucing-kucing tersebut, tiada masalah. Jagalah. Beri rawatan dan penjagaan yang secukupnya buat mereka. Jika tidak mampu? Kemanakah mereka??
Merekalah yang menghuni jalan-jalan dan pasar-pasar di seluruh Malaysia. Mengapa buang dia? Sebab kucing sudah terlalu banyak. Sudah begitu menyusahkan. Sudah tidak mampu menanggung kos penjagaan dan rawatan. Langkah paling mudah, BUANG!
Mana yang lebih kejam, mengembiri kucing atau membiar mereka membiak kemudian bila sudah terlalu banyak, buang!! Bila sudah buang, kau pula cadangkan PTS semua kucing-kucing tersebut!!
Maaflah Khairul Firdaus Aizuddin,
aku tidak nampak di mana kebaikan PTS semua kucing yang kau kata tidak berdosa itu.
Soalan kau
'Ustaz mana yang ajar kalau di buat untuk kebaikan kucing itu adalah berdosa' sangat bodoh pada pembacaan aku.
Aku memang sengaja tidak mahu kaburkan nama kau.
Terimalah hakikat.
Cadangan kau untuk PTS semua kucing-kucing jalanan adalah 'SANGAT SUCK DAN SHIT' bagi aku. GO TO HELL BRO....