Friday, June 12, 2009

B|La Hat| sEmak|n JauH....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:22 AM
Aku tidak perlukan alasan yang panjang!! Kerana kadangkala alasan itu tidak begitu munasabah! Aku sudah penat. Terlalu sarat memikirkan yang negatif sahaja. Aku ingin tersenyum. Aku ingin bila malam tiba mata akan selalu ingin terlena.
Aku tidak mahu terkebil-kebil dalam gelap dah fikiran merepek-repek sahaja sampai ke pagi. Tetapi kenapa masih ingin bertahan? Sedangkan aku rasakan kaki sudah tidak mahu melangkah ke hadapan. Sedangkang hati aku rasakan semakin mengecil.
Aku tidak mahu lebih. Tidak mahu banyak. Tidak mahu yang bukan-bukan. Sedarilah kewujudan aku dalam sehari-hari ini. Kerana aku juga punya perasaan.
Aku tidak ingin hati terasa sakit. Tapi itu yang aku dapat. Aku dapat semuanya. Penat dan lelah menanti seharian. Tidak di endah. Aku masih hidup dan bernyawa.
Nota kakitanganku : Aku akan berdiri selagi aku tidak rebah. Jika sekali aku jatuh, untuk bangun semula pasti perit dan menyakitkan.

0 kUs-kUs:

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting