Thursday, June 11, 2009

Ses| B|ncanG sOaLan UPSR sEmaLam!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:49 AM
eh eh.. bukan UPSR!! BITK da....
Aku katakan soalan-soalan itu amattttttttt 'kacang' sehinggakan aku rasa nak tidur je dari tanda jawapan!! Aku ingat nak bawa dadu!! Tapi dah kira macam judi pula, jadi dah haram!!
Bila rasa nak tidur tu memang tak boleh layan sebab meja aku adalah nombor 2 dari depan. Ketua Pengawas Peperiksaan tu pula meja dia di atas Dewan. Amat bernasib baik juga Ketua dia adalah 'Handsome' . Eh eh... ke situ pula!! Isk isk isk...
Jadi masa yang terluang itu aku isi dengan menghafaz soalan-soalan supaya aku dapat bincangkan di sini. Ha ha ha.. Soalan adalah sulit jadi dah tentulah buku soalan tu tidak boleh di bawa keluar apatah lagi meminjam sekejap untuk di buat salinan. He he he..
Okey!! Secara rawak soalan yang aku ingat :-
Ayatnya macam ni : Kadar perlaksanaan dengan perolehan kerajaan barang-barang import ni pasal insurans siapa yang perlu tanggung. MTO..?? FOB..?? MITI..??
Dah macam soalan ekonomi dah...
Lagi satu : Yang ni pasal nak keluarkan tender ratus-ratus ribu. Soalan suruh kita kira % bon lah depositlah.. Amat senang soalan ini untuk di jawab.
Lagi : APakah komponen-komponen utama kos output dalam sistem perakaunan Mikro..?
Lagi : Soalan tentang Akaun perbandaran.
Banyak soalan yang putar-putar buat aku pening. Patutlah kakak dari Lembaga Hasil Dalam Negeri tu ambil peperiksaan untuk kali yang ke 5.
Satu je cadangan aku kepada Jabatan Akauntan Negara. BUatlah soalan BITK mengikut agensi-agensi tempat kami bertugas. Kami bertugas di sekolah, kami tak tahu akaun Majlis Perbandaran itu macam mana, apatah lagi akaun Angkatan Tentera Malaysia. Asingkanlah soalan-soalan mengikut kesesuaian. Patutlah payah sangat nak dapat RM80.00 tu kalau macam ni soalan dia. Bukan masalah tak baca buku atau baca. Tapi kalau setakat soalan-soalan yang berkenaan dengan kerja kita sehari-hari takkan kita tidak dapat jawab dengan sempurna.
Susah sangat nak dapatkan elaun RM 80.00 walhal kerja-kerja kewangan di sekolah memang berat di lakukan untuk yang Gred N17 lulusan SPM! Melainkan yang dah ada asas perakaunan.
Kalau setiap tahun ambil periksa tapi tak pernah lulus buat habis kertas jer.
Nota kakitanganku : Aku tak pedulilah pegawai yang mebuat soalan dari Jabatan Akauntan Negara baca atau tidak walau aku amat-amat berharap mereka baca!!!!!

8 kUs-kUs:

Unknown on June 11, 2009 at 11:10 AM said...

amacam?
ase leh lulus tak UPSR kali ni?
dh amik byk kali dh ni ekekeke

myQza on June 11, 2009 at 11:22 AM said...

ekekekekke..
rasa kandas lagi ni!!
nak kena mandi munge 7 jenis mo air longkang ni!!!
hik hik hik

Anonymous said...

kalau mcm tu, tak yah stadi pun xpe kan.. ye betul.. kalau berkaitan dgn tugas seharian, mesti la dapat jawab.. ni soalan, ntah apa2.. aritu rhea amek paper ICT.. byk jer soalan umum yang tak berkaitan.. adezzzzz.. cemane nak dapat IV..

myQza on June 11, 2009 at 1:06 PM said...

tue lah.. macam dah tak relevan.. klu ye pun kedekut sgt nak lepaskan rm 80.00 tu.. tp agak2 lah...

huh!! anginlah bab ni!!

TE-ARE |MOND|™ on June 11, 2009 at 1:55 PM said...

my sis pun keje grade N17 {kat sekolah gak}... so teha tanyalah die ttg exam nie... die pon kata susah gak... slalunya yg dibagi lulus tuk grade W17 je, yg N17 susah nak bg lulus... tul ke?? nak naikkan intensif ke RM80 tue pon kena ambik exam smpi 2-3 kali ye... ish ish ish... btw, hrp tedi lps kali nie... Amin!!

myQza on June 11, 2009 at 2:24 PM said...

alahai!! Harap2 doa Te-Are di makbulkan.. ekekeke.. W17 kalau x lulus malu lah.. sbb die W=Kewangan. Mungkin ada excuse..

kitorang ni punyalah payah nak lulus sbb ngantuk tgk soklan dia.. ekekekeke...

Solehah on October 20, 2009 at 8:49 AM said...

owh..mcm tu ceritanya..mcm ada diskriminasi ka apa..huhu..takpa moga lulus nanti..kalau aku pun , aku tak boleh jawb soalan mcm tu semua..

kak ct said...

salam kenal..

kak ct ambik bitk lbh dr 5 kali br lulus.

setakat ni baru 2 org je yg lulus dalam jabatan kami.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting