Thursday, June 25, 2009

Yup!! Aku seOranG PerempuaN .. tEtap| PerempuaN yanG 'Ensem'!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:51 PM
Aku tidak tahu adakah dia rabun warna, rabun huruf atau rabun segala rabun!!
Mengapa aku menyoal begitu? Tidak nampakkah 'banner' yang aku reka khas di atas tu. Gambar 'jantan'kah itu??

'Ted, awak lelaki atau perempuan?" Dia meng'add' aku di YM dan bertanyakan soalan itu?
Aku membisu. Ingin melihat reaksi seterusnya. 'hello!! R u there?" Eh eh! Ayat ni familiar kan? Ha ha ha..

"Kenapa? Kamu rasa aku lelaki atau perempuan?" Aku menguji. "Lelaki!" Erk! "Apa alasan kamu kata aku seorang lelaki?" "Itu, dalam blog tu. Awak tulis ada lucah-lucahlah. Ada sebut WTFlah!!" Dia memberi alasan yang membuatkan aku rasa nak tergolek ketawa!! Perempuan tidak boleh menaip begitukah? Tidak boleh sama sekali? Mengapa? Kenapa?

"Aku perempuan". Dia diam! Aku nak taip juga perkataan "Hello! R U there?" Tapi tak mahulah. Terasa keperempuanan sangat! Ha ha ha !!Opss!! Aku perempuan. Tak boleh ketawa macam 'jantan'. Hik hik hik...

"Ooo.. perempuan. Ingatkan lelaki!!". Lantas dia terus diam. Diam. Lama dia diam. Dan terus diam tidak bersuara!! Aku terasa ingin mencarut! Tapi aku sudah puas mencarut di sini.

Kerana aku perempuan dia terus diam membatukan diri?? Kenapa? Perempuan tidak boleh berkenalan dengan perempuan? Perempuan tidak boleh berbual-bual dengan perempuan? Takut di 'cop' LESBIAN??? Huh!! Aku betul-betul tidak faham!! Ikutkan hati aku nak 'copy' dan 'paste' laman blog dia di sini. Biar para Lesbian menyerang dia. Ha ha ha !! Jahat Dak Tedi ni!!

Atau dia hanya suka di kelilingi para lelaki sahaja? Aku tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan. Kamu fikirlah sendiri. Apa pantangnya bila kawan sesama jantina. Melainkan dia memang mencari ' jantan' untuk di buat 'kawan'.

Aku agak kasar tetapi aku tetap perempuan. Tetap perempuan yang ada sopannya. Tetapi sopan aku dalam 'kehenseman'.

Nota kakitanganku : Eh! Eh! Cikgu Ayu! Bukankah kamu juga hampir 'mengorat' aku di zaman kanak-kanak kita dulu di n9online?? Ha ha ha.. Jangan tak mengaku!! Hik hik hik .... Okey!! Okey!! Gurau saja!! ( Aku sudah tukar gambar yang nampak lebih 'ensem' dari biasa!! Yey!!)

Hot

12 kUs-kUs:

Ayu on June 25, 2009 at 10:03 PM said...

aku pnh ngurat ko dulu ke ted?? hahahha.. yg aku ingat aku nk tau sapa la budak yg 'jobo' sangat tuh.. huhuhu.. masa dedulu kan ke area 'lesbo' hukhukhuk..

Unknown on June 25, 2009 at 10:06 PM said...

kekeke...pompuan dokleh guna ke WTF..??aku slalu gune ni..ahaha..tp aku nye sopan lg, WTH..

wahahha..mane gambo kaki budak utih..??letak BALIKKKKKK...kekkee

myQza on June 25, 2009 at 10:17 PM said...

hampeh ayu!! asik lah tanye jantina aku masa tu!! pastu dah lah asik kena marah jek sbb aku suka taip satu-satu posting!! Ha ha ha ha..

myQza on June 25, 2009 at 10:17 PM said...

dak ashie.. kaki dak utih berehat sekejap sedang di modified!! AKu nak letak gambo kaki die yg lebih ghairah lagi!! Ha ha ha ha

TE-ARE |MOND|™ on June 25, 2009 at 10:46 PM said...

boleh gitu plak jadinya... hehehe... btw, ensem gilerzzz gambar yg baru itu... wakakaka

myQza on June 25, 2009 at 10:52 PM said...

yuuu ni.. awww.. wat i malu jekkk!! Hik hik hik.. (tersenyum simpul)

DramaQueen on June 26, 2009 at 12:39 AM said...

meow meow ted.. ensem dan ayu bebenor ler gambar baru kamu tu..wkakakaka...sabar..sabar... control hensem.. ehem..ehem..

myQza on June 26, 2009 at 7:20 AM said...

ececcecce.. tq..tq2... eheks...

Unknown on June 26, 2009 at 3:18 PM said...

haha.. bila bc n3 ni rasa nak ketawa tergolek2..

mungkin itu persepsi gurl yg ala2 sopan gitu.. control ayu..hihi

pape pon masing2 punya sopan tu tak sama ngan kita..

myQza on June 26, 2009 at 7:34 PM said...

ye ye.. betul!! ekekekekek

ANUAR ZAIN on June 28, 2009 at 4:38 AM said...

Unkel ingat tedi ni pun lelaki! Betul ker pompuan? Issskkk...

myQza on June 28, 2009 at 9:25 PM said...

ha ha ha !! Angkel Tatti!! Leh soh somak semak!! ekekekekek!!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting