Saturday, June 20, 2009

Puan Za|Dah Azura.. Anda memPunya| Nalur| ke|buan YanG Hebat!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:17 PM
Photobucket
Aku rasa nak tergelak besar walaupun ada keluarga yang dalam kesedihan. Aku rasa nak bertepuk tangan sekuat hati walaupun ada keluarga sedang berdukacita. Aku rasa nak berhoye-hoye 3 hari 3 malam walaupun ada keluarga yang bermuram durja.
Aku dah lama menyampah betul dengan kenyataan-kenyataan penafian pihak
hospital bila tiap kali ada kecuaian yang berlaku. Berapi-api mempertahan
akitangan mereka. Hari ini keluar surat khabar, esok dah buat kenyataan
akhbar menafikan kecuaian tidak berpunca daripada mereka.
Aku ingin mencarut dengan sopan! WTF!!
( menggunakan singkatan, korang sebut pun sebut huruf je ok!! )
Bila masa kau tubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Siasatan kau tak
sampai pun
24 jam dah umumkan keputusan!!
Apa yang kau siasat?? Huh!! Kau lepas tangan kemudian kau tuduh kecuaian itu
berpunca ddari ibubapa!! Pakai otaklah!!
Ibubapa mana yang mahu anak mereka menderita sebegitu rupa!!
Tapi hari ini bila aku baca ini. Aku terasa ingin membuat aksi-aksi yang
aku nyatakan di perenggan yang teratas.
Berani mengaku kesilapan. Siasat lah bersungguh-sungguh sebelum
membuat pengumuman. Tengok!! Akhirnya.. Allah itu Maha Besar!!
Naluri keibuan Zaidah Azura mengatasi segala-galanya.
Pengalaman aku sendiri menjaga mak aku di hospital.
Jururawat yang masam mukanya tersilap membetulkan
kelajuan air yang jarum di cucuk di tangan tu ( aku tak tahu apa nama dia).
Jadi bila tiba-tiba air tu deras berjalan mak terjrit kesakitan.
Jururawat dengan muka yang masih masam berkata 'A'a terlaju sikit'.
Tiada permohonan maaf. Aku paham kau kerja 'shift' malam, tapi kalau bila penat
kau nak tarik-tarik muka, nak masam-masam, bengis-bengis. Jangan jadi jururawat.
Nanti semua pesakit bertambah sakit.
Satu lagi kes seminggu dua ni aku baru aktif balik di MIRC selepas
bertahun-tahun merehatkan diri. Aku terkejut gila bila seorang nicknama ni
( aku rahsiakan nama) sebenarnya sedang bertugas di hospital .
Aku perasan bila dia sebutkan wad dia dan siap berpesan pada seorang
pemilik 'nickname' lelaki supaya jangan lupa menelefonnya di wad tersebut!
Aku ingin mencarut!! WTF!!!! Aku taip begini..
' Puan A...... awk boleh ber'chatting' waktu bertugas. Nanti 'Sister' awak marah!'
Dan dia dengan bangga menjawab!
' Eh.. siapa Sister. Saya lah Sister kat wad tu'!!
WTF sekali lagi!! 'Sister' sedang berchatting. Kementerian Kesihatan sila pantau ini!!
Ini satu kes yang amat serius!! Dia ber'chatting' dengan alasan BOSAN!!!
Sister yang tiada otak!!! Tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak buah!!
Bila ada kes kecuaian berlaku. Kementerian Kesihatan akan bangga mempertahankan anak-anak buahnya.
Inikah? Beginikah?? Huh!!!
Panjang aku menulis. Ingin aku ingatkan. Aku tidak mengutuk semua kakitangan
Kementerian Kesihatan bersikap begitu. Dalam seribu mungkin satu.
Tetapi andai boleh di elakkan. Elakkan!
Jangan bila sudah terhantuk baru terngadah!!
Nota kakitanganku : Seperti biasa aku harapkan orang-orang 'besar'
Kementerian Kesihatan membaca luahan aku ini. Mengakui kesilapan jika anda betul-betul silap!!
'Sister' ber'chatting' waktu bertugas????? WTF!! ( Maaf, aku tidak pernah menaip huruf-huruf ini selama ini. Tetapi 'Ini Serius'!!!)

20 kUs-kUs:

Ayu on June 20, 2009 at 4:29 PM said...
This comment has been removed by the author.
myQza on June 20, 2009 at 4:31 PM said...

eh eh!! Nape ek?

Ayu on June 20, 2009 at 4:32 PM said...

betul..betul..betull

masa ayah aku duk wad tuh ada sorang misi nih.. tersalah cucuk tangan .. sampai lebam2 bengkak.. xde perkataan MAAF beb.. dah tu siap tinggikan suara lagi ngan org tua tu..

so ayah aku jawab... kalau tak sakit pakcik pun x nk duduk dlm spital nih..

pasal berchatting tu aku akui mmg pnh terserempak ngan kejadian tuh.. bkn stakat berchatting dlm waktu keje.. berchatting, bersuka ria.. bergelak ketawa..sesama mereka.. tp bila tiba layan patient.. muka masam mencuka..
(aikk mcm pantun plak.. huhu..)
n bila nk discharge ward.. nurse pelatih siap amik gbr bagai plak ngan ayah aku.. naper ekk??

Ayu on June 20, 2009 at 4:33 PM said...

tersalah tekan daa.. hahhaha

myQza on June 20, 2009 at 4:37 PM said...

die amek gambo takut ko ngadu pasal perangai die.. nanti die ingatlah.. OOoooOOo anak pakcik ni... tu kemungkinan pertama.. kemungkinan ke dua..

dah nak balik.. die happylah.. ringan sket keje derang!! Huh!!

myQza on June 20, 2009 at 4:38 PM said...

eh eh!! sape2 ade peristiwa yg menyakitkan hati.. juga boleh di luah di sini!! terima kasih!

Unknown on June 20, 2009 at 4:42 PM said...

aish..baru skrg ader entri pasal marah2 jururawat, biasa entri ko ader kaitan ngan cekgu2 skolah sebab ko duk skolah...ahahha...

tu lah pasal, kalau nak jadik jururawat pong, patut kene ader gak sifat2 cam cekgu..iaitu sifat ramah,caring dan belas kasihan kepada pesakit...tp bukan time belas kasihan bila kite nak membedah pesakit...

aku ader member attendan hospital, sebab dier tau aku cekgu, dier slalu kondem cekgu2 berlagak kalau masuk hospital, aku x taulah kenapa..dier cakap, kalau cekgu je masuk hospital, mcm2 karenah..aku ckplah kat dier, dah dier ngah sakit, mcmlah dier nak mintak, cam bebudak skolah gak, kalau dah ramai, mcm2 karenah ler dier buat..x sabo tul!!!!

sister pong chattin dah skrg?advance ko!!!!ahahha

myQza on June 20, 2009 at 4:57 PM said...

yup!! sekali sekala nak ubah hangen gak.. kang hangennn gak cikgu asik nak ceta pasal die jek...

ekekekekee...

tue lah.. aku rasa sister tu dah berumur kot.. cenel yg aku masuk tu pun cenel berumur.

wah wah wah..
kantoi.. aku dah berumu upenye... insap insap!!

Ayu on June 20, 2009 at 5:17 PM said...

hahahaha... dah berumur ko??

sister kebanyakkan eh 40 something kan..

aku rasa tu bkn sister tp disaster..

Ayu on June 20, 2009 at 5:18 PM said...

ehh.. gbr display ko tuh gbr apa?? aku tgk mcm gbr tutt jekk..!!!

myQza on June 20, 2009 at 6:18 PM said...

ha ha ha ha..... gambar tue..? Cuma kau renung2 kan dak ayu sampai dapat!! Kite tengok sape yg kena!! ekekekeke

NoRuLLiSzA eL FaRiSi on June 20, 2009 at 6:48 PM said...

bawak bersabar :D

myQza on June 20, 2009 at 6:53 PM said...

erk! Terima kasih!! :D

Ayu on June 20, 2009 at 11:32 PM said...

skali pandang mcm org pakai tutt..

dua kali pandang.. berbulu plak tutt..

tiga kali pandang.. hahhahha.. cuba teka siapa yg kena..!!

myQza on June 20, 2009 at 11:57 PM said...

ekekekeekkekeke... jauh imaginasi ko ayuuuu oiiii!!!

ekekekek.. salah.. teka lah lg sampai dpt
ekekekekeke

dEwIchEnta on June 21, 2009 at 1:46 PM said...

cam gamba nenen bile pestime tgk..

bile 2nd time nenok, ade cam gaye nenen tucen..

tp bile 3rd time nenok, ade cam tapak kaki kucen :-?

ke kucen pakai bra :-?

myQza on June 21, 2009 at 3:49 PM said...

ampehhhh... jawapannya yg third!!! Ye ye!! Reha pemenangnya..... Hadiahnya ialah cuti-cuti malaysia di rumah sendiri selama-lamanya!!! Hoye Hoye!!

white rose on June 21, 2009 at 11:29 PM said...

aik...haha..mesti lps akak bca pasal misi salah cucuk jarum kt tgn sy bru akak post entry ni ek...hehehe...bwk besabo kak...nseb laa sy ni penyabo...huhuhu...
pasal kes2 cikgu ni biasa laa...sy duk alam perguruan ni dh 7thn...mcm2 kerenah...layan je laaa...yg penting keje kta siap maaa...

myQza on June 22, 2009 at 12:14 AM said...

ekekekkeke.. salah satu sbb lah.. sbb utama sbb nampak 'sister' chatting waktu bertugas. siap masuk MIRC lg..hahahahah

umi_e on June 30, 2009 at 11:48 AM said...

umie pun ada pengalaman buruk semasa melahirkan anak yang bungsu - sampai hari ini pengalaman buruk itu masih segar diingatan...

* jururawat yang tak berminta untuk emrawat sepatutnya berhenti kerja!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting