Wednesday, June 03, 2009

Syurga C|nta.... ( Ulasan dar| YanG BukaN Profes|onaL)

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:40 PM

mbo



Okey!! Akhirnya aku sempat juga tengok Filem Syurga Cinta. Walaupun ada yang cakap sanggup berbogel daripada tengok cerita cinta dalam filem melayu! ( Bro, you memang gila!!)
Aku menonton di MBO Melaka Mall Ayer Keroh yang mana termasuk aku berdua hanya ada 6 orang sahaja. Amat puas sekali apabila dapat ketawa mengekek-ngekek tanpa mempedulikan orang lain yang duduk jauh antara satu sama lain. Hik hik hik...

Aku tak nak sentuh pasal kisah cinta atau ada sedikit scene yang hampir sama dengan Filem Kiamat Sudah Dekat. Apa yang aku nak tulis hanyalah pengalaman dan penghayatan aku tatkala menonton.!!

Aku tak nak mengulas panjang, sebab aku bukan pengulas profesional. Tapi aku cuma nak berkongsi perasaan.

Cerita ni memang menarik. Ada humor, ada pengajaran, ada cinta, ada kasih sayang dan ada kesedihan. Menonton cerita ni buat aku sedar, betapa daifnya aku dalam bercinta.

Seronok melihat Awal berlakon. Tiap scene dia aku nampak mata dia seakan-akan bergenang sentiasa. Melihat dia menangis... erhMmmm.. indahnya melihat lelaki menangis kerana cinta, kerana penyesalan dan kerana agama.

Namun scene yang buat air hingus aku keluar ialah di mana saat Awal mengambil wuduq di masjid dan 'background' muzik pun berkumandang!! Tersentuh sangat. Saat dia berdiri tegak di luar masjid merenung dan menghayati kebesaran Allah memang menjadi. Berjaya buat aku rasa sebak.

Masing-masing punya pandangan. Ada respon yang aku baca dari laman-laman web hiburan, mereka memuji filem Ahmad Idham ni, tak kurang juga yang belum menonton tapi bermulut keji merendah-rendah genre filem sebegini. Memang aku rasa nak hempok-hempok je manusia yang meramalkan filem ini kutipannya hanya nyawa-nyawa ikan! Kalau tak nak tengok, terpulang!! Tapi jangan merendah-rendah filem melayu yang berunsur islamik.
Okey!! Siapa-siapa yang belum menonton, sila pergi bersama-sama suami, isteri, teman wanita mahupun teman lelaki anda!! ha ha ha.. Ada ayat-ayat yang di tutur betul-betul terkena batang hidung aku sendiri.

Nota kakitanganku :Kalaulah wujud cinta sebegitu untuk di jual. Akulah orang pertama yang akan membelinya.



6 kUs-kUs:

Nana Rosli on June 4, 2009 at 12:28 AM said...

wah~ dh tengok ek..
beshnya.....!
kalau de cinta yg di jual, nana pon nak beli =)

myQza on June 4, 2009 at 11:19 AM said...

tue lah... selalu cinta yang kita cari x sama dnegan cinta yang kita nak sebenarnya..
tapi kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.. sebabnya kita juga tidak sempurna...

colorful.life.freedom on June 6, 2009 at 12:12 AM said...

cinta tu best gak lr..teruja nk tgk when my sis cite kn coz die dh tgok dh..^^

myQza on June 6, 2009 at 2:07 PM said...

wah!!! Kena pergi tgk tu!! Nanti terbawa2 dalam mimpi!!

colorful.life.freedom on June 6, 2009 at 2:30 PM said...

pegi lr, my sis ckp watak awal x bad...
i pun nk g nnt..jom!^^hehe..

myQza on June 6, 2009 at 2:39 PM said...

yup!! kite dah g lah!! Hik hik hik..
ske tgk awal berlakoN!! Heliza tu sebagai permulaan dan 1st time. memang ok!! Cuma lain kali kena pelbagaikan watak supaya x control ayu sentiasa... hik hik hik

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting