Tuesday, June 09, 2009

TongkaT Mata DeNgan L|D|

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:04 AM
Huwaaaaaa!!! Ngantuk gila!! Asyik menguap gajah jek!!!
Semalam aku tidur awal. Sebelum pukul 9.00 malam aku dah tidur. Kepala rasa sakit sangat. Makan Ponstan 2 biji, aku terus pengsan. Aku sedar pun dah pukul 2.30 pagi dah. Budak 2 ekor tu kalau aku tidur, mereka tidur. Kalau aku bangun mereka bangun!! Jadi untuk tidurkan derang balik aku bagi makan ikan. 4 beranak tu pun lapar agaknya. Bagi makan kat dapur lepas tu semua bawa haluan masing-masing.
Jam dah pukul 3.00 pagi. Mata tak mahu lelap. Berpusing-pusing aku tidur. Budak 2 ekor tu dah kenyang tidur balik dalam bakul. Dak Itam je menyeludup keluar lalu tingkap!! Wey Itam!! Kau nak pergi berpoya-poya yer..???
Dengar lagu dari 'handset'. Konon-konon bolehlah lelap mata ni. Tak juga!! Golek punya golek punya golek, jam dah dekat pukul 4.30 pagi. Ayam pun dah berkokok. Dak Itam yang keluar pun dah balik ikut jalan yang sama dan menyambung 'membuta'. Aku juga yang masing terkebil-kebil dalam gelap.
Akhirnya mungkin dekat pukul 5.oo pagi juga aku lelap. Sebab bila nak bangun dalam pukul 6.00 pagi tu, mata punyalah lekit nak buka!! 'Alarm' dari 'handset' macam lagu yang membuaikan lagi lena aku. Adehhhhh!! payahnya nak bangun. Jalan pun macam mata tertutup je. Hik hik hik...
Sekarang kat opis rasa nak 'melanding' je. Mata rasa pedih dan lekit nak buka!! Asyik basuh muka je. Nasib baik aku tinggal seorang. Sekejap-sekejap aku boleh letak kepala atas meja. Berehat-rehat sebentar bersama kit-kat!! Hik hik hik...
Nota kakitanganku : 'Overdose' ambil ponstan dan 'overdose' tidur!! Ha ha ha ha....

2 kUs-kUs:

Nakamura Kazuki on June 9, 2009 at 2:01 PM said...

hahaha.time rehat tak melending ke.......

myQza on June 9, 2009 at 2:21 PM said...

ruhat balik umah tdo!!! hik hik hik...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting