Monday, June 01, 2009

Mak, Jom K|ta BaL|k....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:48 PM

Sebelum sampai tempat yang di tuju, jenuh juga bertanya-tanya orang berpandukan peta yang ada dalam kad undangan. Akhirnya sampai juga dan dengan penuh keyakinannya kami berempat turun dari kereta dan menuju ke arah rumah pengantin. Abah masih tertoleh-toleh mencari tuan rumah. Aku, adik dan mak menuju ke balai untuk bersantap. Oleh kerana ini rumah yang kedua kami singgah, perut sudah agak penuh. Jadi kami hanya minum air dan makan rempeyek yang ada di atas meja. Dengan begitu asyik tanpa menoleh ke kiri dan kanan.

Mak mencuit orang di sebelah. "Dik, ni rumah en kadir ek..?" Dan orang itu menjawab "a'a". Mak bertanya lagi. " Tak nampak pun dia." Dan orang itu menjawab. " Pengantin belum lagi bersanding tengah salin baju agaknya". Aku tersedak. Mak terkedu. Pakcik Kadir yang kahwin????

"Eh, pengantin tu nama Kadir ke, ayah dia nama apa..? Tuan rumahnya ni..?" Mak inginkan kepastian. "Lah, bapaknya dah lama meninggal. Mak dia ibu tunggal."

Ok!!! Fine!!! Mak jom kita balik!! Kita dah salah rumah!!!

Kami bertiga mendapatkan abah yang masih ke kiri dan ke kanan mencari tuan rumah!! Takkan jumpanya abah oiiii!!! Kita salah rumah!! Dah dua gelas aku belasah air sirap limau dia!!

Kami berempat masuk ke kereta. "Mak, kita dah makan rumah dia... halal ke..?" Adik aku tanya. Abah hulur RM 5.00 suruh aku pergi balik dan 'menyumbang'. Konon-konon macam aku kawan anak dia lah. Nanti abah yang pergi bukan dia kenal pun. Ha ha ha ha...

Aku mendapatkan makcik tuan rumah dan memberi sumbangan. Dia tersenyum mengucapkan terima kasih dan memberi 'berkat'. Dalam hati aku berkata " Makcik, halalkan makan minum kami sekeluarga". Takkan aku nak cakap 'direct' lak kan..? Nanti dia kata, "buang tebiat ke budak ni!!" Ha ha ha ha... Aku berlalu dengan muka seposen!!

Rupa-rupanya nama pengantin tu yang Kadir, patutlah orang-orang yang kami tanya macam 'confirm' je bagitau itu rumah dia. Yang kami nak pergi ni sebenarnya rumah Pakcik Kadir yang mengahwinkan anak perempuannya. 'Comunication error' da....

Nota kakitanganku : Peribahasa ' Malu bertanya sesat jalan' tu aku rasa dah tak berapa relevan lagilah... Kami bagai nak rak tanya, tapi sesat juga! MasyaAllah malunya.. Nasib baik tiada siapa yang perasan!!

5 kUs-kUs:

leha on June 1, 2009 at 9:31 PM said...

wakakkakaka =)) pueh den golak gulen2 kak =))

Unknown on June 1, 2009 at 9:58 PM said...

wahahaha...den tergolak bosar baco ko nye entri ni..

aduyai..bleh plak silap umah pengantin..seb bek cover malu bagi 5 henget..heheh

myQza on June 1, 2009 at 10:00 PM said...

leha : golak2.. tercabut tali bra kang!!

Ashie : adik aku cakap kang x halal kitorang makan rempeyek die... hahahahaha

Ayu on June 2, 2009 at 8:13 AM said...

teringat aku masa gi umah betmen kawen... kat tmn dia tu banyak tul kenduri.. sampai2 je aku ngan kompiden nya turun ngan laki aku ke dalam khemah...

last2 aku tengok, pengantin lelaki nya puteh semacam.. and dalam hati aku tertanya kenapa betmen ni puteh sangat?? effect makeup ke? ..

tapi nasib baik aku tak duduk makan lagi so takyah la hulur apa2.. hehehhe...

myQza on June 2, 2009 at 2:06 PM said...

ayu.. hahahahaha... betmen dah tuko kaler ek..??

wah wah wah betmen.. kawen x jemput aku pun!!!

aku dah termakan.. aku harap ianya halal.. hik hik hik

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting