Monday, June 15, 2009

|ngaTan paDa saTu kas|h yanG taK jaD|

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 PM
Kesilapannya,
kau tidak berdaya berterus terang,
dan aku tidak berjaya mentafsir.


Kesilapannya,
kau membina harapan,
bagai mengatur gambar-gambar,
pasa sebuah album yang indah,
sedang aku tidak pernah melihat,
gambar-gambar itu.


Kesilapannya,
kita telah bertemu,
dalam mimpi yang menggembirakan,
tapi aku lebih gembira,
bila terjaga dari mimpi itu.


Karya: Zurinah Hassan


Aku suka gila dengan karya dari Zurinah Hassan ini. ( Maaf aku kurang pasti gelaran bagi beliau). Dah lama aku simpan puisi ini. Maksudnya amat dalam sekali.


Bagi pemahaman aku yang amatur dalam bidang penulisan ni. Puisi ini mengisahkan sebuah kasih yang tidak kesampaian kerana cintanya tidak terluah.

Jadi, sebelum anda kehilangan insan yang anda sayang luahkanlah apa sahaja perasaan yang terbuku di hati masing-masing.

Nota kakitanganku : Aku dah lama tidak menulis. Rangkaian 'Buku Berwarna' juga tiada sambungan untuk buku ke-4. Mengapa sering terpedaya dengan hasutan syaitan yang membuai perasaan malas ini??

0 kUs-kUs:

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting