2-3 hari lepas ada yang hantar emel, cerita pasal kucing ini. Katanya kucing ini dalam keadaan nazak di jumpai di kawasan beliau tinggal. Kucing ini seakan tidak bernyawa dan tidak mampu berjalan. Seakan lumpuh kerana tidak mampu mengangkat kaki belakangnya.
Rasa amat simpati dan aku memberi beberapa tips dan nasihat kepada pemberi emel agar membawa anak kecil ini ke veterinar berdekatan. Alhamdulillah, anak kucing ini beruntung kerana di jumpa oleh insan-insan yang memang benar-benar kasihkan kucing.
Semalam berkesempatan untuk melawat beliau. Beliau di jaga oleh dua orang pelajar UTEM, Baitie dan Dayang. Terima kasih untuk keduanya. Walaupun masih bergelar pelajar, tetap tidak lupa tanggungjawab sosial terhadap haiwan.
Alhamdulillah, anak kucing ini menunjukkan perkembangan yang positif walaupun kedua kaki belakangnya masih lemah dan tidak mampu di angkat. Beliau agak aktif dan sudah mahu makan. Aku bekalkan A/D dan glukos.
Cuma berak dan kencing dia akan jadi kotor sebab dia tak dapatangkat punggung. =(( Sesiapa ada pengalamana jaga kucing begini. Boleh kongsi.
Ada sesiapa yang mahu menyumbang?? Boleh emel aku ya?
Terima kasih.
Nota kakitanganku : Bantu mengikut daya. =))
7 kUs-kUs:
sumbangan yg mcm ner diperlukan Tedi...
my beauty,
kalau dekat boleh sumbang makanan kucing. =))
kalau jauh boleh bank-in sedikit wang untuk mereka tampung kos rawatan susulan. =))
Sama-sama kita bantu. =))
ted|, kte email kamoo ya.
sila check email.
Terimakasih pada student tu. Tlkasih juga pada cik Tedi...
kaki belakang kucing tu kena selalu diurut.
bagi kuat sikit.
ni dekat area mana ni?
sesemut,
ayer keroh, melaka. =))
cuba kasi minum susu anlene agak2 2 sudu kecil 2-3 kali sehari.dulu sy ada kcg yg kaki blkg lemah kalau jln dia seret kaki tu lps beberapa hari kaki dia kuat boleh diri.bancuh ikut sukatan yg ditulis kat peket lps tu ambik sikit bagi kat kcg tu. cuba la mana tau kan...
Post a Comment