Tuesday, March 15, 2011

akTiviTi Di PusaT JaGaaN KucinG TerBiar MPJ, JasiN : TerimA KasiH kEPaDa semUa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:11 PM
Alhamdulillah. Aktiviti gotong royong amal kami berjalan lancar. Boleh panggil gotong royong atau tidak? Atau sekadar lawatan sosial saja? Kenapa? Oh! Nanti saya akan ceritakan. =))

Photobucket

Ini gambar sebelum mahu berangkat pulang sebenarnya. =))

Alhamdulillah, walaupun agak lewat dari masa yang kami berikan, aktiviti ini tetap berjalan. Maklumlah, rakan-rakan datang jauh sedari Ipoh dan Kuala Lumpur. Jadi masa yang di tetapkan agak tersasar.

Sampai juga kaki mereka ke Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ, Jasin. Selepas memberi sedikit taklimat dan Thalhah membaca doa kami mula masuk ke dalam pusat tersebut. Meow-meow dari luar lagi sudah menyambut kedatangan kami. Agak teruja di situ. =))

Kawasan adalah bersih jadi kami hanya memberi ubat-ubatan yang di bekalkan oleh veterinar sahaja. Menukar pasir dan selebihnya bermesra dengan kucing-kucing tersebut. Adik-adik pelajar kita semuanya nampak seronok. Alhamdulillah. Walaupun datang dari jauh, ada yang menaiki bas sedikit pun mereka tidak menunjukkan rasa penat atau letih. Walaupun ada yang tidak pernah bersua muka apata lagi saling mengenali, di sini mereka jadi begitu mesra bagai sudah kenal lama.

Itu yang kami inginkan. Alhamdulillah.

Photobucket

Maaf untuk adik-adik yang tertinggal. Kesilapan teknikal ini InsyaAllah akan kami baiki dari masa ke semasa.

Photobucket

Dalam sangkar kucing-kucing yang di 'adopt'. Papa Meow ambil 3 ekor kucing , Jasinah, Puan Melaka dan seekor lagi belum beri nama. SS ambil seekor dan seekor lagi budak yang Etty jumpa hari itu. Dayang dan Baitie ambil satu ekor anak kucing kelabu. Cantik dan comel. =))

Masa untuk pulang. Terima kasih buat Zain yang melayan kami dengan baik dan mesra. Terima kasih juga kepada pihak Majlis Perbandaran Jasin yang membenarkan kami menjalankan aktiviti kami di sana.

InsyaAllah, jika ada kelapangan aktiviti seperti ini akan berulang lagi. Terima kasih buat semua yang hadir. Maaf pada yang tertinggal atau di tinggalkan. Panjang umur, di lain ketika InsyaAllah jika ada aktiviti lagi kami akan war-warkan kepada rakan-rakan yang lain.

Kredit gambar kepada Papa Meow dan Bella. Terima kasih.

Nota kakitanganku : =))







7 kUs-kUs:

anis on March 15, 2011 at 2:36 PM said...

sgt sronok...len kali wat la lagi ea...ngehehe

Papa meow on March 15, 2011 at 10:26 PM said...

Ialah, mmg seronok hahaha...

nampak gayanya Papa x leh nak sambung hupdate blog, sebab dapat msg dari blogspot begini>>>

Whoops! You're out of space. Purchase more storage.
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between Gmail, Picasa Web Albums, and Google Docs, and is in addition to your free quota. Learn more

Apa pasal jadi lagu tuuu??? huhuhu...x kan dah penuh kut. Kena buka blog baru nampak gayanya...ada cara lain x?

myQza on March 16, 2011 at 10:43 AM said...

pm,
DAH BOLEH UPDATE BLOG TAK?
alahai.. saya pun tak berapa nak tahulah. rasanya tak mungkin kot kena beli space dia untuk letak gambar sbb kapasiti dah penuh. org lain yg dah bertahun2 berblog pun tak terjadi mcm ni rasanya.

hari ni mcm mana?

myQza on March 16, 2011 at 1:49 PM said...

PM,
sila delete gambar2 zaman purba dekat akaun PICASA tu..

tinggalkan sedikit jek..
mungkin gambar2 dalam tu dah terlalu byk jadi dia tak mampu nak tampung gambar baru. dia mesti ada pakatan dengan blogger/blogspot tu.

=))

kalau berjaya sila belanja saya kepsi bucket besar! ngggeee!! =D

myQza on March 16, 2011 at 8:17 PM said...

nak try ni pulak..
sila cuba sampai berjaya sbb say anak sangat org belanja saya kepsi bucket besauu! =))

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/01/tutorial-upload-gambar-bila-melebihi.html

Anonymous said...

I all the time used to read post in news papers but now as I am a user of internet therefore from noow I am using net for content, thanks to web.


Feel free to vksit my web blog ... black mold symptoms of mercury poisoning in cats

Anonymous said...

My relatives always say tҺat Ι ɑm wastinng my time here
aаt net, except I know I am getting know-how all the time by
reading sսch nice content.

Feel frее tօ visit my blog post :: blow molded specialties

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting