Wednesday, March 16, 2011

GenG wOnDerPetS menYELamaTkaN anaK KucinG DaLam kesUsaHan Di keBun GeTah.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM
Photobucket

Wah! Bersemangat betul geng yang ini.

Abah sudah beritahu sejak semalam ada anak kucing dekat kebun getah beliau. Tapi aku terlupa. Katanya kelmarin ada dengan ibu tapi semalam tinggal seorang. Abah tidak bawa balik sebab takut ibu dia cari.

Sebelum Maghrib tadi dia ingatkan sekali lagi. Subahanallah.. Lupalah!! Tidak boleh jadi. Kena ambil malam ini juga. Kasihan anak kucing itu. Namapun kebun getah mestilah gelapkan. Gagahkanlah diri tanpa sesiapa yang menemani.

Seperti biasa bila mahu keluar, mesti masukkan Dak Onchet dalam kereta. Ahhh! Bawa sajalah Dak Onchet sebagai peneman!!

Photobucket

Lampu suluh wajiblahkan.

Photobucket

Tengok!! Kecil saja budaknya kan. Abah letak bawa kereta sorong yang telah di terbalikkan. Dia diam masa aku ambil. badan dia sejuk. Sepanjang perjalanan balik punyalah bising.

Photobucket

Abang Onchet pun jadi hairan. Mula-mula terhidu-hidu juga. Lama-lama dia datang depan duduk atas pangku. Takut agaknya dengar anak kucing itu mengiaw tanpa henti.

Photobucket

'Cari saya di mana?'

Photobucket

'Nampak tak? Nampak tak?'

Photobucket

'Susah betul nak berebut dengan budak-budak yang besar ni!!'

Alhamdulillah. Nasib baik 'mood' SBK baik. Dia susukan budak bising ini. =)) SBK!! Aku tabalkan kau geng Wonderpets kedua. Ha ha ha ha.. =))

Harap-harap dia akan terus dapat tumpang menyusu dengan SBK.

Cayalah SBK!! =))

Nota kakitanganku : =))





10 kUs-kUs:

You N Me on March 16, 2011 at 10:40 AM said...

comelll nyer

~mrs azmi~ on March 16, 2011 at 11:04 AM said...

nasib baik SBK baru pas beranak.. ade susu.. kalau tak??

Kak Lia on March 16, 2011 at 11:25 AM said...

untung ada yg masih dalam ari...leh tumpang....

tapi ibunye??? tak cari ke....kut2 nanti meghoyan plak carik anak eh...

cikPija on March 16, 2011 at 12:03 PM said...

cayalah SBK!!

Unknown on March 16, 2011 at 12:37 PM said...

salam tedi~

itulah nama nya kasih seorang ibu.. walaupun ibu tersebut haiwan.. naluri keibuan nya tetap sama... :)

terharu... :(

Miss b on March 16, 2011 at 12:50 PM said...

SBK ibu terbaik.

suke! suke!

comel je si kecik tu. kesian dia. kalau dibiarkan mungkin mati kesejukan.

Chika on March 16, 2011 at 12:52 PM said...

Ini serius (nyanyi ala2 wonderpets)

Alhamdulillah. Nasib baik ada Tedi. skrg musim hujan ni, kesian lak kalau terbiar je kat kebun tu. Semoga Allah murahkan rezeki Tedi sekeluarga, Amin...

Tahniah Geng Wonderpets. =D

Bella Wella on March 16, 2011 at 12:59 PM said...

tambah lg sekor budak popiaaa!!!!

lepas ni bolat la koo
haha

m.q on March 16, 2011 at 3:07 PM said...

go go SBK.....

Putri Mutalib on March 17, 2011 at 7:24 PM said...

SBK tu apa maksudnya??

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting