Ini Maget. Kucing yang di biarkan tanpa rawatan oleh tuannya. Untungnya beliau berjiran dengan seseorang yang berhati mulia. Cikgu Farahliza. Mengwar-warkan keadaan Maget ibu beranak 3 ini di halaman Kucing Terbiar & Anjing Jalanan.
Alhamdulillah.
Sebanyak RM349.00 berjaya di kumpul. Jumlah yang digunakan ialah sebanyak RM200.00 untuk rawatan, kembiri , de-fleas & deworm serta vaksin. Rawatan untuk maget di lakukan di Klinik Haiwan Port Dickson.
3 ekor anak Maget di buka untuk 'adoption.' Alhamdulillah anak-anaknya sedang bersama saya sekarang untuk saya serahkan kepada tuan baru mereka nanti.
Ini Flubby. Ibu yang mengandungkan anak tetapi menghidap hernia. Anaknya terpaksa di korbankan demi menyelamatkan nyawa Si Ibu.
Rawatan untuk Flubby di lakukan di Honey Vet, Bangi.
Flubby masih di rawat di Honey Vet dan sumbangan untuknya yang berjaya di kumpul ialah sebanyak RM 590.00. Menurut Dr. Nurul yang merawat Flubby, ada seorang wanita yang berhati mulia telah datang ke klinik dan menyumbang sebanyak RM 185.00 menjadikan keseluruhan sumbangan untuk Flubby sebanyak RM 775.00.
Lihat! Tidak salah kami membantu bukan? Pencinta haiwan di luar sana sama-sama berkongsi kesedihan kucing jalanan yang terbiar ini. Tiada dosanya membantu. Tiada silapnya. Jadi mengapa masih mahu mempertikaikannya? Mengapa masih mahu menghina dan memperkecilkan usaha kami?
Lebihan wang yang kami ada akan kami gunakan untuk membantu kucing-kucing serta anjing lain yang memerlukan. Selain untuk rawatan kami juga menyumbang makanan.
Ini adalah usaha kami bersama-sama. Usaha semua pencinta haiwan yang tidak mahu melihat kesengsaraan haiwan tanpa kita melakukan apa-apa.
Seringkali kita ucapkan 'kasihan', 'simpati'. Tapi bila kita bertindak sebegini, mereka yang kasihan dan simpati dapat sama-sama menyumbang sedikit demi untuk nyawa haiwan yang berharga.
Fahamilah,
ini bukan untuk suka-suka. Bila kami sudah pegang duit orang, itu adalah amanah. Tanggungjawab. Salah kami gunakan, di akhirat kami akan di soal. Ini bukan main-main. Kami tidak minta di puji atau di hormati. Cukuplah sekadar sokongan atas usaha bersama ini.
Terima kasih.
Nota kakitanganku : Tolong kawan, jangan putus asa.
15 kUs-kUs:
terbaek KTAJ..teruskan usaha..
all the best...
ade ke org yg hina. sape?
teruskan usaha kamu tedi
:)
tun,
http://myqza.blogspot.com/2011/03/kau-sangat-shit-penghinaan-bukan-saja.html
Ya, sy x sangka jg yg TV3 (Rancangan Bersamamu)menerbit & menyiarkan rancangan khas untk kucing jg. Sesungguhnya TV3 sgt prihatin dlm semua aspek kehidupan & kesusahan tak kira manusia & juga haiwan. Terima kasih TV3 & sejuta penghargaan buat TV3.Ini menunjukkan bahawa ada ramai pihak yg akan bersama kita selaku animal lovers ni.I'm appreciate it :)
Yeahhhh!!!! Flubby da makin sihat.. Alhamdulillah :)
Tedi buat la jualan amal..
tEDl...nanti mesej akak kat FB..bagi no akaun ye... Insyaallah kalau ada rezeki akak ingin menyumbang...
Kesian tengok kucing2 tu...
mmg ada rancang nak buat jualan amal. kawan kami nak buat 'krastangan' (sila baca : kraftangan) =)) InsyaAllah..
kak anie.. InsyaAllah.. =))
alhamdulillah...maget pun dh sihat..dlm beberapa hari jahitannya akan dibuka...thanks tu all!!
.....saya xkan putus asa...insyallah ;)
sedih dan terharu..
yer kami takan patah semangat!!
I happy sgt dpt membantu walaupun jumlah yg i derma tidak seberapa....melihat keadaan Maget & Flubby yg tlhpun sihat, itu merupakan perasaan terharu,yg takkan dilupa...sedikit derma mampu menyelamatkan nyawa haiwan yg tidak berdaya ini...=) Lastly...Bravo KTaj!!!!! i WILL SUPPORT U ALL SELAGI MAMPU!
Regards, Catladyjes (SABAH)
tiada salah!! org yang melemparkan komen negatif ats sikap prihatin pencinta haiwan ini tidak memahami sepenuhnya sikap keprihatinan kita wahai rakan-rakan
hello!,I love your writing so so much! share we keerp up a correspondence more approximately
yoir article on AOL? I need an expert on this house to resolve my problem.
May be that is you!Taking a look forward to look you.
Feel free to visit my page; home Renovation costs uk
Post a Comment