Baca tajuk bajet macam buat iklan televisyen.
Ini Frontline. Bukan semburan untuk kelemumur di kepala anda tapi kutu untuk kucing. =))
SBK mengalami kutu yang kronik. Kutu dia memang tidak dapat mahu bilang dengan jari. Jadi sekarang kutu dia berjangkit dengan anak-anaknya. Bukan seekor dua, tapi berbelas ekor untuk seekor anak kucing. Kalau kutu dia merayap, boleh rasa geli geleman.
Emak yang sungguh-sungguh suruh aku hapuskan kutu budak-budak itu. Siap suruh pakai Ridsect lagi. Ha ha ha ha..
Botol kecil ini harga dia RM 37.90 dekat Maju Animal Clinic, Batu Berendam. Kalau dekat Vally Animal Clinic RM 39.00. Pejam mata dan bayar sahaja. Ha ha ha ha..
Sudah di tulis boleh di gunakan untuk anak kucing usia 2 hari ke atas. Tapi untuk memuaskan hati aku sendiri bertanya kepada doktor veterinar di situ. Ya. Boleh.
Maka malam tadi proses penyemburan bermula. Gelabah gila kutu-kutu itu lari! 'Mana mahu pigi hah??? AKu sembur dan aku gosok-gosok guna tangan. Aku letakkan budak-budak itu dalam sangkar kecil. Kemudian giliran emak dia pula aku sembur. Fuh!! Gomol-gomol sedikit bulu dia.
Tips : Sila asingkan anak dan ibu untuk jangkamasa sekejap supaya si ibu tidak menjilat-jilat si anak yang telah di sembur Frontline. Si ibu pula, selepas beberapa ketika di sembur, lapkan bahagian puting susu beliau agar bila si anak mahu menetek tidak memberi apa-apa kumudaratan. =))
Alhamdulillah,
petang tadi aku telek-telek, kutu telah tiada. Berbaloikan mengeluarkan sedikit pelaburan untuk kesihatan mereka?
Anda bila lagi?
Ha ha ha ha
Nota kakitanganku : Botol besar mahunya RM 70.00 =))
15 kUs-kUs:
bagus
gosok2 sampai kering ke tedi. pehtu boleh biar camtu jer? klu dia jilat after lepas gosok2 tu tak bhya dah yer?
m.q,
gosok untuk ratakan sampai kena ke kulit.
biar dia kering sendiri.
bab jilat tu vet kata tak pe.
tapi tgk2kan lah.. jangan jilat sampai tak mujarab kita spray. ha ha ha ha..
ok roger tedi.
sbb dulu aku pnh tanya kt kedai. kedai ckp benda ni beracun so takleh lick. tu yg aku tak beli tu. aku mmg nk sembur kt si BoBo tu, tergaru-garu tak sudah dari semlm. dh byk kutu la tu...
sembur then perhatikan dia.. jgn bagi dia dok jilat2 memanjang... plaster mulut dia.. eh!! gurau!!
oh yg ni utk kutu...knora hari tu DR kt Maju Animal bg utk fungus....Biopirox namanya satu set dgn shampo n ubat utk bulu sekali....
untuk berry ye kak.. Moga berry sihat.. cantik nanti kalau dah cantik bulu dia.. =))
nak elok beli frontline combo..jgn kate kutu, fleas and ticks pon tak mau lekat...telor2 pon mati gak...tp advisable mandikan anak2 bulsu dgn air suam selepas 12 jam penggunaan :)
happy blogging :)
=)) TQ mya!
tngah google cara nk hapuskan kutu kucing tjmpak blog ni... confirm ye kucing boleh jilat bulu slps kena spray ngan ubat ni?? risau jgak sbb sblm ni prnah guna ubat kutu lupa dh nama apa... trus kucing tu pening2 n muntah... tq!
kalau utk hama bleh guna frontline ni gak ke??
kucing2 kt umah tu xde kutu..tp ade hama..huhu
kalau utk hama bleh guna frontline ni gak ke??
kucing2 kt umah tu xde kutu..tp ade hama..huhu
dh sembur 4 ekor anak kucing... letak sekali dlm sangkar boleh ke?
lq 1,berapa lama anggaran nk asing dr mak dia?sebab nk menyusu...
Post a Comment