Monday, March 28, 2011

BiLa PakCik OGheN BerkaTa : TeriMa kasIh kEPaDa yanG MenDoakaN sayA. saYa HaraP sayA BoLeh BerTahaN. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM
Photobucket

Hai kawan-kawan! Nama saya Oghen. Entah mana datangnya 'pakcik' saya pun tidak tahu. Mentang-mentanglah gigi saya sudah banyak luruh.

Pagi tadi Bos tengok saya dekat Vally Animal Clinic. Saya sangat menyampah pakai kolar macam orang dari Marikh ini. Oh! Hari ini saya sudah boleh gerakkan badan. Semalam memang sakit sangat. Mahu angkat kepala pun tidak boleh. Asyik muntah sahaja. Rasa macam mahu mati! Nasib baik Bos cepat bawa ke klinik, kalau tidak.....

Photobucket

Ini jiran sebelah sangkar saya. Entah kenapa telinga dia tiada sebelah. Muka lawa. Apakan daya. EhMmm... Bila saya boleh keluar? Dr. Tan kata hari Selasa. Itu pun kena tengok keputusan rawatannya dulu.

Oh! Bos, semalam aku kena marah dengan Dr. Tan sebab tidak mahu makan ubat. =)) Aku ingat aku boleh lepaslah, rupa-rupanya dia suntik ubat dekat aku punya 'tuttt'. EEEeEeeee.. Aku puas ketap mulut aku, sekali aku rasa sakit dekat 'montot'. Rupanya dia main kasar. Isk!

Photobucket

Ok! Ok! Sudah! Kau jangan mahu 'melalak' dekat sini Bos! Sudah! Pergi balik. Aku okey! Akukan jantan! Aku okey dekat sini. Kau janganlah datang hari-hari. Malu akulah dengan jiran sebelah ni! Mak dia datang sekejap-sekejap saja. Okey! Nanti Selasa ambil aku okey??

Tata!

Nota kakitangan Pakcik Oghen : Saya harap saya akan cepat sihat!





12 kUs-kUs:

Southern-Girl on March 27, 2011 at 8:31 PM said...

lol pakcik oghen pakai kolar kon jalanraya!! hahahaha

sian..cemana la nak minum air tu pun tatau..hahaha

speedy recovery Oghen!

Unknown on March 27, 2011 at 8:38 PM said...

tak suka bila kucing sakit... sedih sgt tgk.. kalo diorg blh ckp blh gak kita tahu tang mana sakit, rasa cmne.. hoefully jgn la kucing aku kena sakit apa2...xmau dh sedih...

GtHans on March 27, 2011 at 8:47 PM said...

harap Pakcik Oghen kuat..cepat sihat hendaknya..Aminn..

Unknown on March 27, 2011 at 9:16 PM said...

semoga pokcik oghen akan sihat semula.. cpt2 sembuh tau... :)
jgn malas mam ubt... ^.^

meowwmania on March 27, 2011 at 9:25 PM said...

sy pon harap pakcik Oghen cepat sihat ;)

ctpayong on March 27, 2011 at 10:26 PM said...

dia sakit apa ted? harap dia ok. sedey pulak kakct tengok dia cam gitu. camner gayanya si oghen tu nak jamu selera...

cepat sembuh oghen.

ctpayong on March 27, 2011 at 10:26 PM said...
This comment has been removed by the author.
sharamli on March 27, 2011 at 11:19 PM said...

hen..jangan buat makcik tedi melalak tau...
cepat2 semb0h..

yusz chomei on March 28, 2011 at 2:01 AM said...

salam...cepat2 ye sembuh dak oghen...dgr cakap dr.tan 2...kn dh kena injek kat tttuuuttt...2 la xmo mam ubat...len kali kn senang nganga mulut telan jew ubat 2...

Cat-from-Sydney on March 28, 2011 at 2:16 AM said...

Pakcik Oghen,
Cepat baik tau! Jangan bagi mamatedi tu risau. Nanti dia nangis banjir satu Melaka. Rajin-rajin makan ubat, ikut nasihat doktor. purrr....meow!

Suara Kalbu on March 28, 2011 at 8:16 AM said...

Pakchik Oghen akan cepat sembuh sebab dia ada ibu yang kuat semangat macam kamu Cik Tedi

Ran Naridah on May 1, 2011 at 11:24 AM said...

Haha comel! alhamdulillah pakcik oghen dah sehat :) first tyme sampai blog cik tedy.terus click older post,older post.hehe
kagum dengan semngat geng2 pencinta kucing2 dan anjing2 jalanan ni.teruskan!teruskan!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting