Tuesday, March 29, 2011

PenJaGaan KucinG DaN 'aDoPtion'. : JanGan TerLalU TeruJa sehInGGa MenGaBaikaN asPek KeBaJikAn MerekA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM
Kadang-kadang bila kita tengok orang 'adopt' kucing kita pun mahu turut serta. Rasa teruja sangat. Tapi cuba kita tanya pada diri sendiri 'Bersediakah saya?' Adakah menjaga kucing ini semudah ABC?

Ada seorang rakan FB yang bertanya 'Tedi, kamu ada pusat jagaan kucing ya?' Oh! Tidak! Bila di tanya mengapa tanya begitu 'Saya tengok kamu banyak letak kucing untuk 'adoption'.

Selain kucing-kucing yang saya pungut sendiri, kawan jumpa dan kucing jiran tetangga, kawan-kawan pembaca blog aku juga ada yang meminta bantuan untuk bukakan 'adoption' untuk kucing mereka.

Mahu 'adopt' kucing yang aku iklan? Aku menggunakan kaedah 'Siapa cepat Dia Dapat.' Selepas di temuduga dan mereka lulus ,kucing sudah jadi hak mereka. Status 'Booking' selagi kucing tidak bertukar tangan.

Alhamdulillah,
kerja penghantaran jadi semakin meluas bila adanya Kucing Terbiar & Anjing Jalanan? Mengapa? Kerana pentadbirnya tinggal di utara hingga ke selatan. Jadi penghantaran untuk 'adoption' jadi meluas. Lebih-lebih lagi KTAJ juga ada sukarelawan-sukarelawan yang ramai untuk membantu menjadi 'agen' atau orang tengah untuk transit kucing-kucing. =))

Aku juga ingin menegur mereka yang 'membooking' kucing. Contoh terbaru kes Suara Kalbu yang mana sebenarnya anak-anak kucingnya sebelum ini sudah di 'booking' tetapi mereka yang membuka hilang tanpa berita? Mengapa?

Jika kamu ingin membatalkan bila sudah mem'booking' ianya bukan satu masalah. Tapi yang jadi masalah bila kamu membisu seribu bahasa tanpa kata-kata. Tidak elok begitu. Kamu seolah-olah memberi harapan palsu.

Seelokknya tuan baru perlu ada kelengkapan dan keperluan kucing seperti sangkar, kotak pasir, pasir dan persekitaran yang selesa. Paling penting orang di sekeliling menyenanginya.

Jangan tukar makanan kucing serta-merta. Jika tuan terdahulu beri makanan jenama A, sila gunakan jenama A juga. Jangan tukar makanan secara mendadak dan tergesa-gesa. Tukar secara perlahan. Kurangkan saiz makanan Jenama A dan tambah sedikit Jenama B. Sedikit demi sedikit setiap hari sehingga bertukar sepenuhnya Jenama B.

Jika kamu menukar secara mendadak kucing boleh sakit dan cirit birit. Itu boleh menyebabkan kematian juga.

Sila cari di internet tentang cara-cara penjagaan yang betul. Kebajikan kucing adalah atas tanggungjawab kita. Tolong jangan ambil mudah.

Not akakitanganku : Nampak macam senang!





8 kUs-kUs:

mami iyau said...

betul tu...
mjaga anak kucing x smudah yg disangka...
ia spt mjaga anak manusia juga... =0)

Suara Kalbu on March 29, 2011 at 9:15 AM said...

Setuju dengan kamu Cik Tedi,

Nampak macam mudah tetapi perlu perhatian dan tanggungjawab yang bukan sedikit. Perlu pengorbanan masa, perhatian dan juga material.

Terima kasih pada Cik Tedi yang prihatin pada nasib kucing-kucing jalanan dan juga membantu saya mendapatkan keluarga baru untuk si comel-comel saya.

amal on March 29, 2011 at 9:48 AM said...

betul betul.. sangat setuju.. bukan senang nak jaga dorang ni. bukan sekadar bagi makan minum je. kesihatan dan kebersihan dorang pun penting jugak.

Kak Lia on March 29, 2011 at 10:24 AM said...

memang susah...walaupun kucing jenis lepas bebas...cam kucing akak...tp keselamatan mereka penting

ketawariang on March 29, 2011 at 10:58 AM said...

betul tu.... psl adoption ni... xsemua org boleh amik...sbb yg kite nk bg ni kesayangn2 kite...

sy ade 2kitten yg berumur 1 bln... 1ekor dah ade org nk.... tinggal lg seekor...yg ni mmg cantik...bulu kembang,dah mcm semi flat face muke die... comel sgt.... dah rmi yg nk...
dh rmi yg tny bile nk bg...
tp mslhnye skrg, sy hny nk bg pd org yg betul2 boleh jg mcm mane sy jg...or else biarlah sy jg sndr...

tp ade mmber ni mmg nk...stiap kali dtg die dok belek kucing tu...cuma,.... kucing2 die bela sblm ni mati(xtau mati or ayh dia buang) sbb family die x suke kucing...so sy tkt bnde sama jd pd kucing comel ni! mcm mane eh? tolonggg

reha said...

sokong2... jaga diorg xsenang.. tp xde la susah... cuma diorg ni slalu nk perhatian =)) tp diorg penghibur.. tp diorg gak yg slalu wat den kaco bilau =)) ape2 pun den pecaya... kalo kite bg diorg kaseh sayang, diorg pun akan buat kat kite yg sama... ekekekke... sbb diorg sumer sgt comel :x

sunyi sepi on March 29, 2011 at 1:38 PM said...

huhuhuuh...sangat sokong entri ni...nak share link yer tedi...

Sharz on March 29, 2011 at 3:56 PM said...

memang seronok tengok kucing2 untuk adoption...tapi tak kan adopt selagi tak mampu nak ambil melainkan kucing yang datang sendiri ke rumah.. =D

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting