Dia nampak saya datang dia bangun dan mula meggeselkan badan di pintu sangkar. Mungkin minta di bukakan sangkar dan mahu berlari keluar!!
Dia memang begini. Suka menggesel-gesel. Saya selalu kata pada dia 'Antara ramai-ramai, kau paling tua tapi perangai macam budak-budak!!'
Saya ke Vally ANimal Clinic petang tadi untuk beritahu keputusan saya. Atas nasihat dan sokongan rakan-rakan saya bersetuju untuk meneruskan rawatan Pakcik Oghen di Melaka saja.
Dr. Tan menerangkan tentang potensi Pakcik Oghen untuk sembuh adalah 70%. Mana lagi 30% Dr.? Mungkin atas faktor usia, pemakanan dan persekitaran.
Adakah saya ada pilihan selain melakukan pembedahan ke atas Pakcik Oghen? Ya! Saya ada. Pilihannya ialah membiarkan Pakcik Oghen terus menderita sakit tanpa rawatan. Sekejam itukah saya? Amat zalimkah saya.
Saya bersetuju. Amat yakin dan tidak mahu teragak-agak. Pembedahan akan di lakukan pagi esok. Sambil airmata deras mengalir dari pipi saya usap kepala Pakcik Oghen dan terangkan apa yang akan berlaku seterusnya.
"Kau bertahan okey! Kau duduk sini lagi semalam. Esok aku ambil kau! Aku janji esok kita balik. Kau rindu Dak Tom ya? Lama tak bergumpal dengan diakan? Tinggal semalam saja lagi. Esok kau akan di bedah ok? Jangan menangis. Aku akan doakan kau. Ramai yang akan doakan kau. Ramai yang sayangkan kau! Apa yang penting kau kena kuat dan tabah. Jangan mengalah. Aku buat apa yang terbaik untuk kau!
Duduk elok-elok okey? Tolonglah makan. Nanti aku susah hati!!
Esok aku ambil! Aku janji!!
Nota kakitanganku : Saya korbankan segalanya untuk kamu! =((
24 kUs-kUs:
pakcik oghen mesti kuat!!!
sedih :'( bertahan ye pakcik oghen...
huhu~ sodeh bace en3 ni... huu~
tp pakcik oghen jgn nanges ye... pakcik oghen kena kuat semangat... ramai yg sayangkan pakcik oghen turut sama2 mdoakan smuanya selamat...
amin~~~ T__T
sedih..teringat masa memula tinggalkan Dinda kat UPM dulu..moga Oghen cepat sihat..Aminn..
kesian nya pakcik oghen...hopefully sume ok la nati...
tEDl...ramai di sini akan mendoakan Dak Oghen... semoga tEDl pun tabah dan sabar ye...semuanya ini telah ditakdirkan utk Dak Oghen...
Semoga dia sembuh segera hendaknya...
kami semua doakan pakcik oghen akan sembuh dan semoga pembedahan tersebut akan berjalan lancar..amin...pesanan..untuk tedi..lebih baik kita ambil keputusan untuk teruskan..dari kita berdiam dan tidak buat apa2..itu lebih kesal dari kita berusaha...
As salam... Insyaallah pembedahan ke atas pakcik oghen akan berjaya.
Yakinlah dengan ketentuannya...
come on pkcik oghen... kuat2...
moga semuanya selamat esok.. amin...
gud luck pakcik.
kitorg harap pakcik sehat seperti sedakala lpas ni.
sayu la pulek.
tabah ye pakcik oghen.
tedi sila jangan nangis!
be strong..!
chayok2 cik tedi & dak oghen...insyaallah dak oghen akan sembuh & sehat walafiat nnt...
kami smua doakan yg trbaek tuk dak ghen & cik tedi...
saya doakan pakcik oghen kencing seperti biasa sebelum di operate dgn harapan pakcik oghen tak jd di operate!
Insya-allah. Pak cik oghen strong big boy. kami sentiasa mendoakan kesihatan pak cik oghen pulih. Amin...
Tedi, u r very good person. Pak cik oghen tau u buat yang terbaik untuk dia. Good luck with the operation.
Doakan yang terbaik untuk kamu Pakcik Oghen. Be strong supaya kamu dapat balik rumah cepat-cepat ya
sedih nye tgk pakcik oghen mintak manje... =((
xpsal2 buat aku begenang aer mata
kami sekeluarga mendoakan pakcik oghen..insyaallah baik2 aja semua..jgnla nangis tedi..kang si oghen tu nangis jugak
Salam akak, sy doakan semoga pak cik oghen berjaya n selamat utk pembedahan esok. Semoga akak tabah. Banyakkan baca yasin dan Al-Fatihah, semoga Allah memberi pertolongan, dan selamatkan pak cik oghen. Amin.
harap2 pakcik oghen selamat...n tedi bersabar ye
pakcik oghen, bubuye + shiro + nomel +mieko mendoakan pakcik selamat..ala, pakcik kan kuat kan..
kami sekeluarga mendoakan pakcik oghen selamat. baca yassin n bykkan baca al-fatihah semoga perjalan kita di permudahkan. amin
salam...insyaallah sgalanya kan jadi baik2 saja...mama yus doakan yg trbaik tuk pakcik oghen...
Post a Comment