Monday, March 21, 2011

aDakaH oranG akaN JaTuh MiskIn kerAna MemeLiharA HaiwaN? aDakaH akaN MenJaDi PaPa memBeri mereKa seDikIt maKanaN 'mewaH' SeLaIn siSa MakaNaN?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM
Photobucket

Adakah manusia akan menjadi papa kedana kerana memelihara binatang kesayangan? Menjadi muflis kerana menolong haiwan-haiwan jalanan?

Saya tersentuh untuk menulis mengenai ini bila ada adik yang bertanya 'Macam mana saya mahu bantu kucing yang saya jumpa di tepi jalan?' Dia sangat kasihan melihat kucing jalanan yang terbiar tapi dia tidak mampu menolong.

Membantu tidak semestinya kamu harus membawa kucing itu pulang! Membantu tidak semestinya kamu perlu bersusah payah menyusahkan rakan-rakan serumah hanya kerana niat kamu ingin membantu. Tidak perlu. Jangan memutuskan silaturrahim dengan rakan-rakan hanya kerana kamu ingin membantu.

Cukuplah sekadar kamu memberi si comel itu makan. Berapa ramai yang sentiasa membawa makanan kucing bersama mereka? Pasti ramaikan? Berilah dia makan yang sedap sedikit dari kebiasaannya yang dia dapat. Jika selalunya dia akan menyelongkar longkang-longkang atau tong sampah untuk mencari sisa makanan, apa salahnya kamu berikan sepeket Whiskas sebagai menu hariannya hari itu?

Pasti dia akan gembira dan berterima kasih. Pasti dia akan terjilat-jilat bibir kerana hari itu dia mendapat makanan yang sedap dari biasa. Makanan selain dari tulang ikan yang selalu dia ambil dari tong sampah di belakang kedai makan. Dia pasti gembira.

Tidak perlu bersusah payah jika keadaan kamu tidak mengizinkan.
Cukuplah beri mereka sedikit makanan yang lazat dari biasa. Mereka pasti senyum dan gembira. Mereka pasti mendoakan yang baik-baik untuk kamu. InsyaAllah.

Dan Allah S.W.T juga yang Maha Mengetahui...

Nota kakitanganku : =))






14 kUs-kUs:

meowwmania on March 21, 2011 at 10:06 AM said...

setuju dgn Tedi..

kdg tu bila jmpa stray cat tak dpt nak bawa pulang tp bila dpt bg makan dah cukup buat hati gembira :)

Suara Kalbu on March 21, 2011 at 10:08 AM said...

Suka entry ini. Moga-moga Allah tidak memutuskan kemanusiaan di dalam diri saya untuk membantu mereka-mereka yang saya jumpa di jalanan

Miss b on March 21, 2011 at 10:14 AM said...

sedih bila teringat kucing kucing jalanan.

rasa mcm nak bawak balik semua tapi x mampu.

hanya mampu bagi makan.

bila makan dekat fudcourt sy salu curi2 bagi isi ayam dekat kucing yg dtg.

dynamaisara on March 21, 2011 at 10:15 AM said...

wahh..rasa nak nanges..betul kita tak mampu nak bw mereka balik untuk beri perlindungan..cukup beri mereka makan apa yg ada dan termampu.

Cat-from-Sydney on March 21, 2011 at 10:35 AM said...

betul! betul! betul! purrr....meow!

Southern-Girl on March 21, 2011 at 10:38 AM said...

setuju. saya sendiri selalu bawa Friskies dalam kereta dan beg saya.

Bila anak murid saya tanya , "Kenapa teacher baik hati sangat?" tiap kali saya beri makan pada kucing jalanan saya cuma jawab:

"Sepaket Friskies ni harga dia RM1.50. Luak ke RM1.50 duit saya kalau saya bersedekah pada makhluk Allah yang hidup melata di bumi ni? Tak luak langsung. Saya boleh bersedekah kepada fakir miskin, tapi fakir miskin ada akal dan tenaga untuk mencari rezeki mereka. Tapi binatang terbiar seperti kucing ni, takde akal. Nasib mereka tidak terbela. Kesian dia.."

Alhamdulillah, sekarang anak-anak murid saya yang tingkatan 3 pun sudah pandai membawa Whiskas dalam beg sekolah mereka. Hehe....

GtHans on March 21, 2011 at 12:33 PM said...

setuju..:)

Unknown on March 21, 2011 at 1:33 PM said...

Hanya orang yang pentingkan diri saja yang berfikiran begitu... apa salahnya bersedekah kepada yang memerlukan... :)

RaFFLeSiA MeRaH on March 21, 2011 at 2:54 PM said...

akak cukup sedih kalau tgk kucing yg takde tuan yg melarat merata-rata jln....kat umah akak ari tu dekat 8 ekor kucing yg ade tuan tp tuan x reti nak jaga mkn dorg...last2 akak x sampai ati tgk dorg x mkn, pagi ptg akak bagi dorg mkn, tu pun dlm keadaan sembunyi2 drpd pengetahuan adik ipar dan suami (sbb kami duduk satu rumah 2 keluarga)...last2 dorg buang air merata-rata, suami adik ipar pun berang la sbb dah bagi bau kat tepi rumah...dorg angkut masuk guni bwk pegi pasar keramat...tinggallah 2 ekor lg, yg sekor tu liar skit, yg sekor lagi ade anak kecik....skrg ni duk bagi mkn dua2 ekor tu jer laa...kalau beli ikan kat kedai mesti lebihkan utk kucing 2 ekor tu...pasni dah pindah rumah, kelaparan la kucing2 tu nampaknyer...huhuhu...sedey, mohon agar tuhan dpt pelihara dorg....

RaFFLeSiA MeRaH on March 21, 2011 at 2:54 PM said...
This comment has been removed by the author.
RaFFLeSiA MeRaH on March 21, 2011 at 2:54 PM said...
This comment has been removed by the author.
RaFFLeSiA MeRaH on March 21, 2011 at 2:55 PM said...
This comment has been removed by the author.
HUD AIKARA on March 21, 2011 at 4:08 PM said...

terharu bila baca entry ni..

Anonymous said...

kazen aku ada bela kucing bnyk...
tp ble adik bradik dorg dtg rmah kazen aku ni muntah2 sbb bau tahi kucig yg sangt meloyakan

huhuhu

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting