Friday, December 17, 2010

MaGhriB yanG henInG saaT saYa memBawa HaTi, saYa JumPa merEka yanG MenGaJar sayA unTuk memaAFkaN kesiLaPan oranG LaIn keraNa sayA JuGa InsaN BerDosa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:15 AM
Saya rasa betul-betul 'down' masa itu dengan orang-orang sekeliling saya. Saya memandu tanpa arah. Dari timur ke selatan. Dari barat ke utara. Berlegar-legar di ruang yang sama tanpa tahu ke mana destinasi ingin di labuhkan. Tidak tahu di mana. Menghabiskan seharian saya tanpa satu pun tujuan yang pasti. Di mana saya ingin berhenti?

Akhirnya di Maghrib yang hening saya berhenti di satu tempat dan saya bertemu dengan mereka yang menggembirakan.

Photobucket

Saya jadi tenang lantas bertanya kepada diri sendiri. 'Mengapa saya perlu rasa kecewa dan rasa sendiri saat ini sedangkan ada makhluk lain yang hidup sebatang kara?' Yang tidak pernah kisah, kecewa atas suratan yang telah di tetapkan dalam kehidupan? Yang tidak pernah merungut akan ketentuan takdirnya? Lama saya berteleku. Memandang mereka lantas airmata lebat turun. Saya terasa amat kerdil di sisi mereka.

Mengapa saya biarkan hati saya menjadi sakit mengingatkan segalanya sedangkan sepatutnya saya harus menghabiskan sisa-sisa hidup saya dengan gembira? Mengapa saya menyesali takdir yang saya akan di kelilingi mereka yang sebegitu dan sepatutnya saya bersyukur kerana semuanya pasti ada hikmah yang tersembunyi? Mengapa saya harus marah, kecewa atau sesal?

Photobucket

Saya terpandang dia. Seakan dan mirip 'Jam Loceng Saya'. Seakan Allah S.W.T mengutuskan dia untuk merawat kesakitan hati saya. Saya tersenyum. Senyum dalam tangisan. Saat-saat begini tiada apa yang boleh menggembirakan saya selain mereka dan mereka. Mereka penyejuknya saat saya merasa amat marah dan terhina sekali dengan apa yang belaku.

Saya pulang dengan satu kesimpulan 'Saya bukan manusia yang layak untuk menghukum kesilapan dan kecurangan orang lain kerana saya juga insan berdosa yang tidak sempurna dan amat hina di sisi Yang Maha Pencipta.'

Nota kakitanganku : Saya masih tersenyum walau pahit! Selamat hari Jumaat. =))





9 kUs-kUs:

Tuah said...

ada hikmahnya setiap apa yg berlaku. kita mgkn berhadapan dgn manusia yg hipokrit, curang, tidak memahami dan mengecewakan perasaan kita. tetapi mereka tidak pernah mengecewakan kita. walau di mana pun mereka, walau mereka tiada rumah, tiada tuan, tiada yg peduli, tapi bila kita hampir, mereka tetap memberikan yg terbaik pd kita. walau mereka tau, kita akan berlalu jua selepas itu... yg pasti, merekalah teman yg sanggup menghadapi apa keadaan bersama dgn kita.

meowwmania on December 17, 2010 at 8:43 AM said...

setuju dgn Tuah..

dan setuju juga dgn tedi, di saat saat mcm ni kite perlu melihat kpd mereka yg dibwh spya kita sntiasa bersyukur seterusnya mendapatkan semangat ;)

Cahaya Aina on December 17, 2010 at 9:30 AM said...

Allah SWT menguji kita sbb dia sayang kita kan..semoga terus tabah ye tediks :)

baincardin on December 17, 2010 at 11:11 AM said...

"Part 3" pulak datang menyerang. layan jelaa....^_^

ctpayong on December 17, 2010 at 11:27 AM said...

salam ted
entry kamu kali ini juga menyedarkan kak ct..terima kasih.

wanita mutalib on December 17, 2010 at 11:31 AM said...

ted|..
dari dulu lagi te kenal kamoo sebagai orang yang kuat..

stay kuat ya kawan..

ramai yang menyokong kamoo kay :)

Softtouch [Hanim] on December 17, 2010 at 11:41 AM said...

yelah tedi, kita kenelah bergembura dgn hidup kita ni..bnda2 yg pahit ni sbg perencah dlm kehidupan kita..mmg peit nak laluinya tapi kene lalui juga...sabar yer tedi n senyum....

kella on December 17, 2010 at 12:09 PM said...

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tedi, tapi Allah telah bukakan pintu hatimu untuk redha.. Alhamdulillah..semuanya kuasa Allah..

take care.. :) harap senyuman manisku ini sampai dan membuatkan kau senyum tak pahit lagi.. hehe..

JMR on December 17, 2010 at 12:53 PM said...

sis tedi mmg unik la!!!

be happy okkey!:-)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting