Kadang-kadang bila dalam situasi yang tidak berapa mahu stabil, kita masih boleh berfikir dengan waras dan menahan hati dari bertindak di luar kewarasan fikiran.
Perlukah bersemuka dan bertanya atau biar dia fikir sendiri dan kita diam seribu bahasa? Akan fahamkah dia mengapa dan kenapa semua ini terjadi? Atau dia masih keliru dan tertanya-tanya seolah-olah tiada apa yang berlaku?
Perlukah saya bersuara, memarahi, meninggi suara, menyalahkan dan berteriak kuat untuk kepuasan hati saya? Adakah saya seorang sufi sehingga menyenaraikan kesalahan orang lain tanpa membelek diri sendiri terlebih dahulu? Bolehkah begitu?
'Seorang perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.'
Nampaknya saya belum cukup baik sehingga tidak bertemu lelaki yang baik juga. Salah sayakah? Adakah ini karma? Betulkah? Setiap perbuatan jahat saya akan di balas begitu juga?
Saya bukan tidak percaya kepada takdir. Saya orang islam yang percaya kepada Qada' dan Qdar darinya. Namun setiap perbuatan itu pasti ada sebab dan musababnya.
Atau perlukah saya teruskan kepura-puraan hati saya? Membiarkan ianya berlaku dan berlakon seolah-olah tiada apa yang terjadi antara kita. Antara saya, kamu dan mereka? Perlukah saya bersandiwara dan tegar melihat lakonannya? Teruskan... teruskan... Sambil bertepuk tangan?
Awak baca ini. Saya pasti.
Tepuklah dada awak dan tanya kejujuran hati. Kenapa ianya jadi begini. Hakikat ini memang amat sakit untuk saya terima. Bukan sekejap. Bukan sehari dua. Saya menjadi badut bertahun lamanya. Saya diam. Diam dan diam. Awak makin rancak menari tanpa terfikir yang saya tahu segalanya. Tapi saya diam kerana saya sangkakan bila saya diam ianya akan jadi baik. Tapi saya silap.
Kali ini semuanya sudah hancur dan berkecai. Tolong jangan tanya kenapa. Fikirkan sendiri dengan akal awak yang waras. Saya sudah penat untuk terus berfikir dan kesudahannya tiada. Saya sudah lelah kerana menahan perasaan dan berlakon seolah-olah semuanya baik sahaja.
Dan kesudahannya,
saya akan memilih untuk diam kerana diam itu adalah lebih baik membuktikan yang saya masih mahu bersikap sabar.
Terserah....
Nota kakitanganku : ... dan saya masih mahu terus tersenyum... =))
10 kUs-kUs:
sy jenis yg lebih suka bersemuka dan berterus-terang..sy mahukan jawapan..sy x suka tertanya-tanya..kalo padi katakan padi, tidaklah sy tertampi2..
bila diberi peluang..tidak perlu marah2..dengar dgn baik dan luahkan isi hati..buat keputusan..samada teruskan atau tamatkan...masalah jika tidak membuat keputusan..akan membuatkan hati kita lebih sakit..tabah ye tedi..
adeyh..
mgkin dgn cara jmpe n cakap apa yg x puas hati lagieyh baik kowt..
baru kita tau apa yg jadi actually!
cik tedi,
sy jugak jenis yg suka berterus terang..kalau ada masalah, berjumpa dan berbincang dengan fikiran yg waras..dengar dan luahkan dgn baik..
kalau terus diam, byk masalah yg tak selesai..
sy percaya kamu lebih kuat dr sy..
juga dlm situasi yg sama.. memang org lain tak paham dan mudah memberi nasihat.. kita sendiri yg merasa saketnya..
carila kekuatan untuk diri sendiri
sekian lama mengikuti kamu, mmg te akui kamu sangat sabar..
sentiasa doa yang terbaik untuk kamu wahai sahabat :)
Tepuk Dada tanya Selera kamu Tedi..kamu lebih tau yg KDG KALA DIAM itu lebih baik..tp KDG KALA..BERSUARA tu adalah lebih baik dari DIAM...
Cakap...cakap...cakaaaaaaaaaaaaap...hehehe
cakap depan2 lagi senang teddy
P/S : Contest Cerpen Sesedap Rasa
saba teDI...ada manusia bleh selesaikan masalah dgn bersemuka..ade manusia tak boleh..sebab ia jenis lembut hati dan membisu...maka masalah takkan selesai..biarlah blog ini saja berkata2...mudah2an empunya diri akan faham..kenapa entri ini terjadi...sekian
complicated.
ikut saja kata hati.
diam salah, tak diam pom salah. terasa ketat!
Post a Comment