Tuesday, December 21, 2010

BiLa TerLaLu TaksuB DenGan DuiT MuDaH sanGat MemPerLekeHKan oranG LaIn. MaCam kaU SaJa kaYa Dan OranG LaIn TiDaK. JaNGan JaDikaN DuiT BerHaLa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM
Photobucket
Gambar hiasan.

Adakah duit segala-galanya dalam hidup?

Malam tadi aku tonton cerita Janji Yang Satu di Astro OASIS jam 10.00 malam. Pelakonnya terdiri daripada Zamarul Hisham sebagai Azmil dan Jue Aziz sebagai isteri kepada Zamarul.

Kisahnya berkisar kepada kisah sepasang suami isteri yang mahukan kehidupan mewah terjebak dalam pelaburan Skim Cepat Kaya. Membuat pinjaman bank dan pinjaman Ah Long ratusan ribu ringgit semata-mata untuk melabur dalam skim tersebut.

Kadang-kadang orang tidak mengaku turut serta dalam MLM. Pelaburan dan perniagaan kata mereka. Tapi pusing-pusing pun ianya tetap MLM. Ada yang kata tidak perlu bekerja. Labur duit dan duduk sahaja. Tunggu duit itu 'beranak-anak'. Mudahkan? Sebab itu ramai yang terpedaya.

Kalau di Facebook jangan cakaplah. Berduyun-duyun orang Tag tentang memperolehi pendapatan secara mudah. Kelakar juga tengok gambar-gambar mereka bersama timbunan duit-duit yang mereka dapat kononnya.

Ada yang berbaring dengan duit. Ada yang tergolek terlentang dengan duit. Ada yang memeluk timbunan duit. Aduhai lucu.

Ada juga yang menulis kata-kata seperti memperlekehkan orang lain. Dia saja yang betul. Dia saja yang kaya dan orang lain tidak. Dia saja boleh ketawa berdekah-dekah bila minyak naik harga dan orang lain akan menangis. Luculah kau. Boleh masuk Raja Lawak.

Begitulah rupanya bila orang sudah taksub dengan duit, duit dan duit.

Dan tolong jangan Tag aku lagi dengan muka kau yang penuh bernafsu dengan duit!





12 kUs-kUs:

Anisa on December 21, 2010 at 3:02 PM said...

mmg tak sukeee org tag2 gambar duit kat fesbuk
cukup tak gemar

azianierdawati on December 21, 2010 at 3:10 PM said...

x suke jgk la...

Softtouch [Hanim] on December 21, 2010 at 3:46 PM said...

yelah sy pun xsuka..xminat ngan mlm nie...

Tuah said...

Paling menyampah. Akak syorkan baca blog Aidid Muai'dib. Mmg habis2an dia cerita tentang MLM. Bagus utk membidas ofer2 org MLM.

ejaMaria on December 21, 2010 at 3:56 PM said...

tak percaya MLM... tu je...

Kak Lia on December 21, 2010 at 4:06 PM said...

biar lah kita susah payah carik duit....asalkan halal....mane ada duit boleh beranak pinak...huu....

ok...promo...(nk cari duit gak ni..heheh)
sila jengah2 blog2 akak ye.......kut2 ada yg berkenan...hehehe

Dee on December 21, 2010 at 4:10 PM said...

posing ngan duit org lain..hahaha..

Unknown on December 21, 2010 at 4:19 PM said...

salam tedi~

hehehe... rsa nak block aje org2 yg mcm nie... :)

Unknown on December 21, 2010 at 4:28 PM said...

me don't like ...

chentaMAYA on December 21, 2010 at 4:42 PM said...

aq xsuke gak! pernah terjebak dgn mlm yg menipu 2. demm! mmg serik!

kakgee said...

yer..kak pun pernah kena.siap tunjuk slip akaun lagi tapi no akaun dan nama pemilik akaun dihitamkan...kak pun bidas balik tindakannya itu...marah balik dia kat kak..dan tu gak kak remove dr fb kak..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on December 21, 2010 at 5:39 PM said...

mmg byk kena tag mcm tu
statement kat status berapi berasap giler
nak naikkan semangat yg membacanya..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting