Sudah lama tidak 'menceroboh' masuk ke PJKT MPJ sejak isu hangat ini.
Minggu lepas ada singgah sekejap dan nampak notis (notis??) ini di tampal di dinding depan premis.
1. Di larang merokok.
-Alhamdulillah, saya tidak merokok. Tetapi tidak silap pandang penjaga pusat ini yang merokok di premis berkenaan.
2. Di larang memasuki kawasan ini tanpa kebenaran?
-Kenapa? Why? Why? Kalau tidak masuk macam mana mahu baca amaran ini? He he he he.. Okey! Saya masuk! Saya sudah menceroboh. =((
3. Di larang memberi makanan/minuman kepada kucing.
-Kalau kucing kau macam mahu mati tidak dapat makan, makanan dan minuman kau penuh semut api, haruskan aku memandang sambil bertepuk tangan!! Opss!! Silap. Tidak boleh masuk kawasan larangan, macam mana boleh tahu kucing makan atau tidakkan?? Okey! Okey!
4. Di larang mengambil gambar di kawasan ini.
- Silalah guna ayat 'Di larang ambil gambar kucing yang sudah mati.' Kenapa tidak boleh ambil gambar? Why?? Why?? Saya suka ambil gambar kucing. Yang hidup sahaja. Tidak suka ambil yang sudah mati. KECUALI. KECUALI terpaksa macam kes terdahulu. Kau ingat senang ke aku mahu ambil gambar kucing yang sudah mati? Lebih-lebih lagi kalau yang sudah berulat dan di hurung lalat??? Mudah ke?? Susah beb!! Susah sangat-sangat. Mahu kawal amarah lagi. Mahu kawal tangan menggeletar lagi.Payah!
Tapi notis anda sangat kelakar MPJ! Sila buat yang lebih formal agar aku ada rasa takut untuk menceroboh masuk lagi. Tandatangan dan atas arahan siapa pun tiada. Kertas putih A4 tanpa 'liminate'. Kalau kena hujan mesti dakwat cair. Membazir. =))
Aku pun boleh buat dan tampal banyak-banyak dari pintu depan sampai pintu belakang. Eh! Kenapa aku emosi sangat pasal 'notis' ini?
Senang cerita tidak perlu ada 4 perkara ini kalau pangkalnya kau mahu cakap 'Ini kawasan larangan.' Letak papan tanda besar-besar dekat jalan masuk utama supaya orang boleh nampak sebab kalau mahu baca dekat dinding itu sudah di kira menceroboh.
Satu lagi, kalau kau sudah uruskan pusat ini dengan baik tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sebab aku bukan jenis manusia yang suka cari pasal tidak tentu hala. Semuanya bersebab dan kau boleh tepuk dada dan tanya selera sendiri.
Okey! Aku malas mahu membebel banyak sebab nanti dapat 'amaran' lagi. Kui kui kui!!
Nota kakitanganku : Tapi... saya tidak akan pernah gentar selagi saya berdiri di garis kebenaran.=))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)