Dengan memakai seluar jeans dan t-shirt lengan pendek tanpa tudung dia masuk kepejabat dan terus berjumpa Bos.
Pok pek pok pek. Rupanya anak dia akan masuk darjah 1 tahun depan tapi dia tiada apa-apa maklumat. Agak pelik di sini. Sebab Guru Darjah 1 sudah telefon semua ibu bapa dan surat sudah di pos. Melainkan alamat tidak lengkap itu yang surat dia tidak sampai.
Dia menggunakan bahasa pasar bila berbual. Nisbah 2 perkataan Bahasa Inggeris 10 perkataan Bahasa Melayu. Itu dia punya pasallah bila mahu cakap guna slanga Mat Salleh walaupun aku tengok tidak ke mana pun Bahasa Inggeris dia.
Tapi yang tidak menahan itu bila dia cakap ' Ini pertama kali I sekolahkan anak di sekolah cina. I tahu sekolah cina ni bagus. Kawan-kawan I pun ramai yang hantar anak mereka sekolah cina. Lebih baik kata mereka dari sekolah biasa. Budak-budak berdisiplin, rajin, cikgu pun baik, ada beri kerja rumah. Kalau sekolah biasa tu, bercampur dengan budak-budak nakal, ehmmm... habislah anak I. Dah lama dah I daftarkan anak I. 2009 rasanya. Dia sekolah tadika pun tadika cina. Bagus sekolah tu walaupun I kena bayar mahal. Tapi tak kisahlah janji anak I dapat yang terbaik. Kalau hantar tadika biasa susah pula anak I nanti'
Pok pek pok pek. Banyak lagilah yang dia bandingkan. Sampai mahu naik berbulu telinga aku dengar.
Ustaz yang tengah guna komputer dekat sebelah bilik Bos pandang aku, aku pandang dia. Aku juih bibir. Boleh jalanlah. Buat malu saja orang Melayu 'kondem'kan orang Melayu sendiri depan bangsa lain. Ustaz pun cakap ' Tiada siapa mahu larang kau mahu sekolahkan anak kau di mana, tapi janganlah sampai mengagung-agungkan bangsa lain macam bangsa sendiri tidak berguna.'
Aku tidak kisahlah kau mahu sekolahkan anak kau di mana pun, tapi jangan memperkecilkan sekolah aliran lain. Jangan memperkecilkan guru-guru yang lain, budak-budak yang lain. Semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Terpulang. Tapi jangan sampai sentuh sensitiviti kaum dan bangsa.
Nota kakitanganku : Aku rasa dia dulu pun sekolah kebangsaan saja sebab kalau sekolah cina mesti sudah fasih berbahasa Cina.

12 kUs-kUs:
sib baik dia tak suruh nya tukar agama..kpd budha or tawis ke..alahai
sekolah kat mana2 pun biasa je. yang penting diri sendiri, ada kemahuan ke tak. :)
silap2 dia leh ckp agama lain lagi bagus dr Islam....nauzubillah....org mcm ni...huu..tk tau la nk ckp...
ada pertama excited terlebih..geram je rasanya
yes22
jangan sampai sentuh bab agama & bangsa
hmm..aku rasa dia dulu kenal huruf di tadika kemas je tu..dh tua2 ni berlagak pulak..
rasenye tak ada beza pon nak sekolah mana2 sebab yang penting diri anak die tu cepat terpengaruh dengan tidak je..sesuka ati dia je nak lepaskan kata2 macam tu..memalukan sungguh
salam
budi bahasa itu penting dalam semua hal dan rasa hormat itu akan datang dengan sendiri.
parents yg mcm ni la buatkan sistem pendidikan sekarang tak macam dulu..
sorry to say..
but it's true...
sekarang nak marah pun tak boleh apatah lagi pukul atau cubit budak kalau buat salah..
lama-lama rosak budak terutama budak melayu
salah skit,cikgu yg kena saman.
E.N.T.I.T.I.
mentaliti manusia terlebih berat.
sekolah cina susah!
kalau nak seksa anak. hantar lah.
ish3.
setiap sekolah ada kelebihan dan kekurangan
haih,apa lah makcik tu cakap macam tu
dia dulu pun sekolah aliran mana?
melayu mudah lupa
P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!
macam la skola cina tade budak2 nakal...siap ada bakal2 mafia lagi..kalau nak anak jd bek, g la anta g skola agama...
Post a Comment