Thursday, December 02, 2010

HaTi yanG reTak suDah Pun BerkEcaI. BoLehkaH Di canTum semULa menJaDi yanG asaL tanPa ceLa? sayA rasA sakIt...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM
Photobucket

Saya tampal hati yang retak dengan gam kanji sebelum ini. Tidak kuat. Ada yang menyarankan guna Gam Gajah. Tapi saya tidak mampu. Mahal.

Gam kanji sudah longkah. Di pupuk-pupuk tidak mahu juga dia melekat. Tidak boleh. Sudah retak dan rosak teruk. Serpihan habuk sudah jatuh satu-satu. Sudah mula berterbangan. Saya cuba tahan dengan tangan. Tahan. Dakap erat-erat. Jangan jatuh. Tolong jangan jatuh dan berderai wahai hati.

Sayangnya, dakapan tangan tidak memberi kesan malah membantu untuk jatuh, pecah dan berderai. Hancur. Tidak boleh di kutip. Apakan daya...

Saya terasa amat sakit. Menelan Ponstan 6 biji sekaligus pun belum tentu dapat meredakan kesakitan hati saya. Menjahit luka hanya buat jarum patah dan benang putus sahaja. Sia-sia. Membazir.

Lantas bagaimana?

Kenapa? Apa yang menjadi puncanya? Saya tertanya-tanya. Bagaimana dengan hati saya? Siapa mahu menggantinya setelah bersepai hilang dan berterbangan di bawa angin? Di mamah burung gagak yang megah berterbangan di angkasaraya?

Pergi airmata. Pergi jauh. Jangan jelma dan buat saya karam dalam tasik buatan manusia. Saya tidak tahu berenang. Tolong jangan bertakung di sini. Tolonglah. Saya rasa begitu tabah kali ini. Tolonglah pergi dan jangan dekati.

Saya ingin ke pantai. Bukan menjadi duyung kerana kecewa. Bukan untuk terjun basuh sisa luka. Saya ingin jadi batu besar yang di hempas gelombang. Kuat. Tidak apa-apa walau ombak datang dan pergi. Walau jerung datang bersantai. Tidak apa-apa. Tolong jelmakan saya menjadi batu di pesisir pantai!

Musim demi musim demi musim saya bertahan. Bertahan dan terus bertahan. Bertahan.... Bertahan... Sampai masanya saya rasakan saya ini bagai pokok reput yang tidak mahu-mahu tumbang. Bertahan. Bertahan.

Walau saya penat dan sukar bernafas. Walau saya lelah dan tercungap mengah. Saya tidak peduli. Biar kucing mencuri ikan sekalipun, saya sudah tidak peduli. Biar dan biar. Usah peduli.

Tiada apa yang penting melainkan mencari semula hati saya yang sudah tiada.

Di mana?

Nota kakitanganku : Saya ingin mencari mereka yang sudi menderma hati.






25 kUs-kUs:

Ibu Fatin on December 2, 2010 at 3:03 PM said...

ko nak hati betul ker hati seorang insan bernama lelaki?

macam pain sangat aku rasa :(

hans on December 2, 2010 at 3:06 PM said...

hati apa yg ko nak nih tedi?

P/S : Baru Cadang Nak Jadikan Wayang Tu Macam Rumah Sendiri Tadi

kella on December 2, 2010 at 3:18 PM said...

hati itu talah ditakdirkan retak tak dapat bersambung lagi, tapi kan ada hati yg lain muncul pula... kerana....
masakan boleh hidup tanpa hati!

take care ya tedi! :)

Unknown on December 2, 2010 at 3:20 PM said...

salam tedi~

btl2.. setuju ngan komen ibu fatin.. ko ngape ted?? putus cinta ke??

Princess Ayang on December 2, 2010 at 3:27 PM said...

Cik tedi...moga kamu kuat..
cuba dengar lagu ni Malique ft Lah Ahmad - Cuba Lagi dan Nadia Aqilah - Akan ku jumpa

Princess Ayang on December 2, 2010 at 3:27 PM said...

Cik tedi...moga kamu kuat..
cuba dengar lagu ni Malique ft Lah Ahmad - Cuba Lagi dan Nadia Aqilah - Akan ku jumpa

ejaMaria on December 2, 2010 at 3:37 PM said...

hati ayam ade... nak brape kilo?
jgn marah Ted... gurau je... senyum sket...

Anisa on December 2, 2010 at 3:53 PM said...

hati saya dah hancur

Softtouch [Hanim] on December 2, 2010 at 4:01 PM said...

nape tedi?tgh kecewa ker?semoga tedi tabah....jgn sedih2 ok..

Amieynna Amin on December 2, 2010 at 4:34 PM said...

kite dapat rasa sakitnya hati kamu..
harap kamu bersabar yer...

wanita mutalib on December 2, 2010 at 4:44 PM said...

kite pernah berada dalam situasi camni..

kite ada wat sambungan entri kamu ted|..

mintak izin ya :)

singgah la blog te yer :)

Katak Ijau on December 2, 2010 at 4:47 PM said...

hi cik tedi...
napa sedih2 ni..
sakit sangat bunyinya tuh..
sabar ye...for sure ramai yg pernah rasa situasi cmni..
and bangkit kembali selepas tu..
aku rasa ko pn boleh tedi....
insyAllah...:)

Rozita on December 2, 2010 at 4:47 PM said...

ada ke yg sudi?

Dee on December 2, 2010 at 4:52 PM said...

love hurts..it's true..i dedicate a song for you..from gingerbread..ku cari damai di hati..

menangislah jika itu mampu membuatkan kamu merasa lebih tenang..utk mencari teman setia dan sejati..kamu akan jumpa org2 yg begini..begitu juga sy..be strong..and live life the most..

Angah on December 2, 2010 at 4:58 PM said...

owh terasa luka membacanya...be strong ya kawan!

gadisBunga™ on December 2, 2010 at 5:41 PM said...

you are strong ok. stay strong.

PuanPepel on December 2, 2010 at 8:42 PM said...

terasa hati aku turut pecah berderai derai..

wanita mutalib on December 2, 2010 at 9:14 PM said...

ted| mimpi te, hmm tu tandanya mmg nak jumpa bebetul tu hee :)

wah satu penghormatan la dapat masuk mimpi ted|! :)

Kak Anie on December 2, 2010 at 9:17 PM said...

Kata orang bijak pandai...

Berikan hati kita pd mereka yang tidak tau menjaganya... maka akan pecahlah ia...

Tapi berikanlah hati yang pecah pada NYA... maka DIA akan memperbaikinya...

Semoga apa juga yang tEDl hadapi akan membuat tEDl lebih tabah...

Rosmawati Yusof on December 2, 2010 at 9:36 PM said...

Makan hati, berulam jantung...adoi..

white rose on December 3, 2010 at 1:42 AM said...

urm...
urm...
urm...

urm...hukhuk...

Aida Lela on December 3, 2010 at 10:11 AM said...

hatiku juga sedang berkecai. aduss!!

tapi nak tak nak kene tempek gam jugak . ki ki ki

sunyi sepi on December 3, 2010 at 2:32 PM said...

hati ape nak nih..siap masak or mentah lagik..huhuhuhh

Acik As on December 4, 2010 at 8:15 PM said...

hati,

ibarat gubahan bunga pertama --> cantik dan indah dipandang = jatuh terlerai

bila digubah semula, cantik juga tapi ia tidak seindah gubahan yang pertama

myQza on December 6, 2010 at 10:35 PM said...

semua komen buat sya tersenyum. =)) Terima kasih

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting