Memang silap saya kerana berlaku tidak amanah dan menceroboh hak milik orang lain. Tetapi hanya itu caranya untuk merungkaikan persoalan saya yang telah sekian lama saya tertunggu-tunggu jawapannya.
Allah telah memberi laluan dan saya mengambil kesempatan itu walaupun saya tahu adalah amat salah menjadi tidak amanah. Tapi....
Penemuannya hanya buat saya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Entah ke mana kesedihan saya waktu itu. Entah ke mana tercampaknya. Saya sendiri tidak tahu. Entah! Mungkin sudah biasa saya di perolok sehingga kesedihan lambat tiba. Namun kekesalan tidak dapat di sembunyikan. Saya rasa tertampar. Sakit dan perit. Tapi saya masih boleh tersenyum. Senyum.
Saya bukan insan sempurna. Awak tahu itu. Saya juga banyak khilaf. Banyak kehinaan yang telah saya lakukan. Banyak. Saya cuba ubah diri. Walau tidak sempurna, saya cuma ingin jadi lebih baik. Tapi sayangnya, tidak di hargai .
Tidak mengapa.
Tidak apa.
Andai kesakitan ini adalah bayaran untuk kehinaan silam, saya terima dengan senyum.
Tidak mengapa.
Tidak kisah.
Masa yang terbuang lama. Menanti dan menunggu di balas sebegini adanya.
Badut ini akan berhenti dari membuat awak terhibur setelah menghabiskan bermusim-musim waktu bersama walau tiada pengakhirannya.
Tidak apa.
Awak boleh bertepuk tangan kerana si bodoh ini berjaya awak bohongi dan di persenda. Awak sudah boleh ketawa sekarang. Sudah boleh bersenang kerana misi sudah terlaksana.
Nota kakitanganku : ..... dan, terima kasih......
8 kUs-kUs:
salam tedi~
awatnya nie nie.. mcm ptus cinta aje...
apa pun aku doakan moga ko akan epy2 sokmo eik... :)
Sabar cik ted. Setiap kesedihan ada kegembiraan yg menanti. Yg pntg diri perlu tabah dan bersabar. Kerana yg pahit akan manis akhirnya. Allah tdk akan membiarkan umatnya selamanya dlm kesedihan dan kepahitan. Bersabarlah ye...
knpe neyh cik tedi ?
tedi...
sabar tow!
tedi.. be patient ye?
hidup kite mcm bola..
kdg kite kat atas..
kdg kite kat bawah..
dugaan Allah nak bg kt tedi, sebb DIA syg sgt kat tedi..
sabar ye..
nape ni adik sayang ku nan satu ni... ???
sbr..jngn cdey2 ehh :)
owh kenapakah cik tedi?
siapa yang buat cik tedi jadi sedih2 cam ni.. tak patut betul..
Post a Comment