Monday, February 07, 2011

'MinyAk Rm30 Dik'. (samBiL HuLur RM 1 )

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM
Minyak kereta sudah lip lap lip lap sejak semalam. Pergi kerja, gagahkan juga sebab stesyen minyak jauh. Sampai pejabat cari-cari kunci laci dalam beg, tiada. Kemanakah?

Telefon rumah, suruh Along hantar, tapi dia tidak jumpa kunci. Balik rumah walau minyak kereta tengah darurat.

Petang pergi Pejabat Pos dulu baru tuang minyak. Pejabat Pos penuh. Batal. Pergi tuang minyak sekarang kalau kau tidak mahu tolak kereta.

Sampai stesyen minyak, ambil duit dan Kad Mesra terus pergi kaunter. Jauh. 'Minyak RM 30 dik, kereta hitam hujung tu ye?'

'RM30 kak?' Aku angguk penuh keyakinan. Dia tunjuk duit RM1 aku! Kecewa!! Patah balik ke kereta yang jauh nun di sana untuk ambil duit sebab aku tidak bawa dompet bersama. Sayang lemak aku yang terbakar ini. Ha ha ha ha...

Aduhai! Itulah! Lain kali jangan kelam kabut. Tidak lari stesyen minyak di kejar. Setakat tolak kereta dengan pakai baju kurung apalah sangat di bandingkan tolak kereta tak pakai baju!

Eh! Ha ha ha ha..

Nota kakitanganku : Pergi AG hantar gaji! Eh! Tingkat berapa ya? Lama tidak pergi. =)) Lupa! Ha ha ha...






3 kUs-kUs:

gt hans on February 7, 2011 at 8:36 PM said...

ahaha..lawaks

siti nurkhijah on February 8, 2011 at 1:07 PM said...

aku pun pernah jadik cam ni jgk..

Aiydalela on February 8, 2011 at 9:32 PM said...

hahahha. ted ted. seb baek sempat pergi balek, kalau tak. urmm..

*manis jugak kalau tolak kete dengan berbaju kurung

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting