Thursday, February 24, 2011

sEmOGa ALLAH meMBuKA HaTi sayA MeMBeri keMaaFan KePaDa Dia YanG MemInTA. SeHinGGa saMPaI wakTu iTu....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM
Photobucket

Seseorang yang rapat dengan saya bakal kembali kepada lelaki yang pernah melukai hatinya. Sangat luka waktu itu sehinggakan saya turut merasa kesakitannya. Sangat sakit dan saya juga menangis.

Tanya saya kepadanya 'Mengapa perlu kembali kepadanya? Mengapa ada peluang kedua itu?'

Jawabnya 'Setiap manusia melakukan kesilapan. Dia amat kesal dengan apa yang terjadi. Ingin kembali memperbetulkan kesilapan itu dan peluang sepatutnya di beri.'

Oh Tuhan! Mengapa saya tidak boleh begitu? Mengapa saya terasa sangat emosi mengenai ini? Mengapa ada peluang kedua itu? Bolehkah di manfaatkan sebaiknya? Atau bakal mengulangi kesilapan serupa?

Saya juga berbuat silap. Banyak. Tidak terhitung. Tetapi mengapa saya sukar menerima kesilapan orang lain? Mengapa saya begitu angkuh dan ego sedangkan saya juga manusia biasa yang sering meminta pengampunan dari Yang Maha Esa?

Begitu kejamkah saya? Menyimpan kemaafan tanpa memberi kepada mereka yang meminta?

Sujud saya kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa agar membukakan hati beku saya untuk memberi kemaafan kepada dia yang meminta. Mungkin bukan waktu ini keikhlasan itu tiba, mungkin satu hari mendatang. InsyaAllah.


Jangan bersedih, kerana dunia ini terlalu hina untuk di tangisi.....


Nota kakitanganku : Saya sudah jadi sensitif kepada peluang kedua. Gusar tidak di manfaatkan.






5 kUs-kUs:

aNIe on February 23, 2011 at 8:55 PM said...

tEDl...akak punya seorang teman... yang pernah memberikan peluang entah yg ke berapa puluh kali pada sang suami... hanya kerana ingin melihat lelaki itu berubah biarpun hatinya sentiasa disakiti dan dihancurkan... akak pun begitu emosi bila membincang hal ini dgnnya...

Hati manusia ini adalah sesuatu yang kompleks...sukar untuk kita menilainya...

Semoga kita sama2 akan terus menjadi insan yang mudah memaafkan insan lain...

ejaMaria on February 23, 2011 at 9:10 PM said...

tedi... klu mampu beri la peluang ke-2 tu... mudah-mudahan akan jadi lebih baik... tapi... tidak untuk peluang ke-3... tu je...

MiYOKO SuKi on February 23, 2011 at 10:13 PM said...

penah beri peluang kedua, tapi tidak dihargai... :(

mamai on February 23, 2011 at 10:13 PM said...

tak salah memaafkan, terima atau tidak itu lain cerita...

Ikah on February 24, 2011 at 12:01 PM said...

Ikah setuju kalo kwn cik tedi kata setiap manusia itu melakukan kesilapan. Peluang kedua bermakna peluang terakhir dan sekiranya dalm pada peluang itu diberi dan masih terdapat keslipan yg sama maka TIADA MAAF LAGI BAGIMU krn peluang kedua tadi telahpun dipersiakan...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting