Monday, February 14, 2011

PusaT JaGaan KucinG TerBiaR MPJ : nyaRis TiDur DaLam LokaP! usaH MeLaTah Tuan. JanGan GeLaBah. kaMi BukaN MaHu carI PasaL. KamI hanYa amBiL BeraT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:43 PM
Huh!! (Sambil kesat peluh dekat dahi) nasib baik tidak tidur dalam lokap semalam sebab 'menceroboh kawasan larangan.'

Photobucket

Itu Kak Tuah Hanani . Sedang masuk mengambil gambar keadaan di sana. Lelaki itu Zain, pekerja di situ.

Maaf Encik Azani, notis tuan memang tidak boleh pakai. Masuk mahkamah pasti tidak boleh di guna pakai sebab sesiapa pun boleh buat. Tiada cop dan arahan siapa? Walaupun tuan mengugut kami untuk buat laporan polis kerana kami menceroboh, kami tetap tidak akan berganjak.

Photobucket

Kami bukan mahu cari pasal dan cari salah orang. Seekor lagi kucing mati. Okey! Kami terima. Kucing baru sampai dan sakit. Tapi kenapa tidak di tanam segera? Bagaimanakah rasanya bila kita mati tetapi mayat kita di biar dan di hurung lalat, tidak di peduli?

Photobucket

Pandangan dari belakang.

Photobucket

Merenung nasib diri.

Photobucket

Kasihan.

Photobucket

Photobucket

Pandangan dari sebelah depan premis.

Photobucket

Lain-lain gambar.

Photobucket

Photobucket

Kucing yang mati. Ada kesan luka besar di leher. Mungkin bergaduh sebelum di masukkan ke sini.


Photobucket

Comel.

Photobucket

Air kenapa kosong? Cuaca panas. Perlu sediakan air selalu.

Photobucket

Tiada perubahan. =((

Photobucket

Mempunyai kesan melecet atau luka ringan yang sama. Mungkin kucing ini bertindak agresif untuk melepaskan diri melalui dawai jaring.

Photobucket

Bilik bersalin? Terdapat dua keluarga dengan anak kecil.

Photobucket

Simpati.

Photobucket

Kotak kotor. Sudah layak di buang.

Ada dua keluarga anak kucing yang baru lahir dalam anggaran umur kurang sebulan. Satu keluarga tanpa ibu Kak Tuah ambil. 4 ekor semuanya di bawa pulang untuk 'adoption'. Sihat dan montel sebab baru di letakkan di situ lebih kurang seminggu yang lalu. Kami selamatkan yang ini sebba tidak mahu mereka yang sihat mati sia-sia.

Encik Izani agak emosi melayan kami. Meninggi suara dan mengugut mahu membuat laporan polis kerana kami di syaki menceroboh. Jenuh juga tunggu polis tetapi tidak muncul-muncul. Maaf tuan, kami bukan budak kecil yang boleh di acah-acah.

Encik Zain, adik, merangkap pekerja beliau lebih profesional dan tenang. Sopan dan tidak melenting. Sabar dan senyum menerima kritikan-kritikan kami berkenaan dengan pusat tersebut. Berhemah sekali beliau sehingga memohon maaf atas kekasaran bahasa abang beliau yang agak emosional.

Kami datang bukan mahu mencari masalah. Datang hanya menjenguk dan mahu melihat perubahan. Ruang di dalam agak bersih. Cuma di belakang premis sahaja, ratusan lalat ada.

Kami membawa pulang 4 ekor anak kucing untuk tujuan 'adoption'. Mereka sangat bulat dan comel. =))


Pulang dengan pelbagai perasaan.

Nota kakitanganku : Andai dapat bantu semua....






13 kUs-kUs:

ejaMaria on February 14, 2011 at 2:21 PM said...

akak tak sekuat tedi dan kak Tuah... syabas utk kamu berdua...

sunyi sepi on February 14, 2011 at 2:27 PM said...

meleleh airmata....waaaaaaaaaaaa apa keadilan yang dorg dapat...

Vivian on February 14, 2011 at 2:30 PM said...

kucing yg saya aim nak bela ada dikalangan situ..kaler oren dan berstoking!! sila post sekarang!! hehe

Jom Terjah Entri Baru : [my270view]Tepuk Jangan Tak Tepuk

Jom Terjah Entri Baru : [Ailurophile]Dulu dan Sekarang Tanpa Suki

aNIe on February 14, 2011 at 2:50 PM said...

Mereka yang di MPJ tu masih tak de kesedaran kan?

Tuah said...

ejaMaria: kalau seorg mgkn sy jugak xkuat dan xmampu. itulah kelebihan bila kita bergabung tenaga, semangat dan suara.

Kak Lia on February 14, 2011 at 5:15 PM said...

nak bela ...buat la betul2....jgn melepaskan batuk di tangga...

Kak Lia on February 14, 2011 at 5:16 PM said...

sian nengok kucing2 tu....

nj on February 14, 2011 at 5:27 PM said...

sitedi...
mereka di pusat tu taja sendiri atau dapat peruntukan drp mana??

Rosmawati Yusof on February 14, 2011 at 7:20 PM said...

T/kasih dan tahniah Tedi n Tuah. Semuga ada perubahan selepas ini...

myQza on February 14, 2011 at 8:41 PM said...

Pusat ni bawah majlis perbandaran jasin. =)) MPJ akan bg semua.

umi_e on February 15, 2011 at 1:32 AM said...

Salam...

Pusat tersebut bawah kuasa mana? (kerajaan negeri? atau milik persendirian?

Kalaulah boleh dilakukan gotong royong seminggu/sebulan sekali...

Anonymous said...

Please highlight this to the Department of Veterinary Services. They are the only authority which can take action.

umi_e on February 21, 2011 at 11:51 PM said...

Anon... Tak payahlah... depa tu nama je berkuasa tapi 'tak kuasa' nak layan kucing2 terbiar - yg tak beri income pada mereka...

* sorry kalau ada yg nmarah dengan kata2 saya...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting