Thursday, February 10, 2011

PernaH BerkOrban? aPa erTi PenGorBanaN? mELePas denGan rELa taNPa menGunGkiT aTau MenyEsaLi seLePas MeLakuKan?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM
Masa aku kecil sahulu aku pernah baca satu buku. Ada perenggan yang menyentuh hati aku. Baitnya berbunyi 'Andai kita mahu beri sesuatu kepada orang, berikan barang yang paling kita sayang, bukan yang sudah tidak kita perlukan lagi.'

Faham maksudnya?

Aku mendefinasikannya mengikut naluri aku. Memberi sesuatu yang terbaik. Simpan yang buruk. Berundur sebelum di tolak dan di cerca.

Bila aku buka 'adoption' untuk Pakcik Oghen ramai yang tidak setuju. Jika ada yang menangis mengenainya, aku apatah lagi. Bukan senang untuk membuat keputusan tentang sesuatu yang amat bernilai untuk diri kamu. Bukan semudah ABC. =))

Maaf untuk SS, Kak Tuah, Kak Kim, Reha dan lain-lain.

Masing-masing ada masalah tersendiri. Masalah yang rumit dan tiada jalan penyelesaian lain. Berkorban. Itu yang terbaik dan paling afdal. Tidak perlu menjujung ego sehingga membelakangkan sesuatu yang patut kamu dahulukan?

Begitu juga dalam cintakan? Jika kamu tahu kamu adalah orang ke tiga ke empat atau ke lima, sebelum kamu di singkir atau di sepak keluar, undurlah dengan cara terhormat. Itu lebih bermakna daripada kamu di tolak saat kamu tidak di perlukan lagi. =)) Berkorban perasaan dan kasih sayang. =))

InsyaAllah, masih menanti insan yang sudi menjaga Pakcik Oghen. Aku harapkan dari kalangan mereka yang aku kenal. Aku hanya berusaha, jika tiada Pakcik Oghen tidak sesekali aku akan buang di merata tempat!

Aku akan bertahan. Bertahan walaupun sebenarnya aku sudah rebah...

Nota kakitanganku : Senyum dalam tangisan. =))






6 kUs-kUs:

Rosmawati Yusof on February 9, 2011 at 9:47 PM said...

Jangan menangis, sayang. Kak Kim doakan yg terbaik untukmu dan pakcik oghen dan yg lain2, aminn....

Princess Ayang on February 9, 2011 at 10:28 PM said...

jangan jatuh redah cik tedi...mari sama2 bangun dan terus kuat..
insyallah, Allah mendengar rintihan kita kerna hanya Dia Yang Maha Mengetahui

lupie on February 10, 2011 at 1:08 AM said...

We hope things will be better soon.
{{hugs}}

ibu_umairah on February 10, 2011 at 8:06 AM said...

dont be sad ok..::))

atty's on February 10, 2011 at 9:35 AM said...

jangan sedih2 ye tedi..kty harap semuanya akan baik2 saje.

umi_e on February 10, 2011 at 7:44 PM said...

kak e yang jadi sedih :((

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting