Sunday, June 13, 2010

JanGan BersEDiH kerAnA DunIA TerLaLu HinA UnTuk Di TanGisi...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 PM
'Wahai orang-orang yang bergembira di atas penderitaan orang lain dan selalu memburuk-burukkan masa, apakah kamu orang yang terselamat dan terlindungi atau apakah kamu punya perjanjian kuat yang menjaminmudari hari ke hari. Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu.' -Syair Adi Bin Zaid' No. 109. Buku Jangan Bersedih.

Aku teringat kata-kata yang aku katakan kepada dia pada pukul 4.30 pagi tadi.

'Kamu harus kuat!! Tolong jangan menangis. Jangan tunjukkan kelemahan. Apa pun yang akan terjadi nanti di sana, kamu kena tahu sebahagiannya ada bersama kamu.'

Sepanjang subuh aku tidak boleh tidur. Berdoa dan menangis. Allah S.W.T sedang menguji kamu. Menguji kita. Menguji kami. Dugaan ini terlalu berat buat kami yang kerdil.

Aku menyelak halaman demi halaman Buku Jangan Bersedih Siri 2. Aku catitkan beberapa kata-kata yang penting. Akan aku berikan kepada dia sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi.

Manusia ini selalu mahu bertepuk tangan atas kejatuhan orang lain. Bersorak dan bergembira seolah-olah tiada duka yang akan terpalit dalam hidupnya. Semacam mereka itu ada jaminan bahawa mereka akan bahagia sahaja tanpa ada sengsara.

Aku katakan kepadanya ' Syukur kamu kuat. Syukur kamu tidak tunjukkan kelemahan kamu tadi. Syukur kepada Allah yang menyebelahi kita. Syukur kita masih ada yang memberi sokongan dan kata-kata semangat. Kamu tidak kalah. Kamu tidak tewas. Kamu berjaya menepis godaan syaitan dengan tidak menimbulkan huru hara. Syukur.'

Dia menitiskan airmata. Kita menitiskan airmata. Kami menitiskan airmata.

Aku tunjukkan dia halaman 1 dalam buku Jangan Bersedih Siri 2, 'Tengok ini. Jangan bersedih, Kerana Dunia ini Terlalu Hina Untuk Di Tangisi.'


Nota kakitanganku : Ujian yang tidak di duga terasa sukar untuk percaya.






14 kUs-kUs:

Anonymous said...

huhuhuhu..tedi kit asedih bce entry ni..
terima kasih utk nasihat ini..
terima kasih segalanye..

*kdg2 rase diri lemau mcm biskut !

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on June 13, 2010 at 9:42 PM said...

sedey buat gua hilang diri..

Anonymous said...

bgi kita org islam...ujian dri tuhan menunjukkn tuhan sayangkn org tu.....

redha ngan ujian tuhan

azuan on June 13, 2010 at 10:43 PM said...

tq atas peringatan~

Anonymous said...

adoyai...
sedeyhnyew bce entry inieyh!

zino on June 13, 2010 at 10:55 PM said...

tabah dan sabar...

PuanPepel on June 13, 2010 at 11:03 PM said...

aku sering sedey2 tidak tentu pasal...

huhu...

blajar jd lebey kuat..

white rose on June 13, 2010 at 11:18 PM said...

salam kak tedi...
lama tak datang sini...

macam2 cite nih...

ape2pun kita sama2 kena kuatkan diri kita untuk menempuh semua yang datang dalam hdup kita...

jangan patah smangat sbb bila kta sndiri patah smangat orang lain akan turut serta...


take care ye kak tedi...

nIsYa on June 13, 2010 at 11:23 PM said...

kate2 yg baik..

aNIe on June 14, 2010 at 12:09 AM said...

Kata-kata yang begitu berharga untuk kita jadikan panduan hidup...agar kita tidak bersedih pada perkara yang tak sepatutnya....hati kene sabar dan tabah untuk segala yang telah ditakdirkan untuk kita...

kyo_9 on June 14, 2010 at 2:05 AM said...

muhasabah diri buat seketika..
;)

Nerzhul on June 14, 2010 at 9:19 AM said...

menangislah atas segala dosa yang telah dilakukan semoga kita diampunkan.

Softtouch [Hanim] on June 14, 2010 at 10:35 AM said...

thanx tedi..tedi buat sy tersedar..

MiYOKO SuKi on June 14, 2010 at 1:27 PM said...

thanks, tedi..buku ni mmg best dibace dikala sedih..."jgn bersedih"

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting