Tuesday, June 29, 2010

TiPs : TaJuk yanG Menarik minaT PeLawaT BerkunJUng ke BLoG. aku suKa TaJuk yanG PanJanG, keLakar Dan unIk!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM
Photobucket

Tajuk merupakan item pertama yang dapat menarik minat pelawat berkunjung ke blog kita. Jangan sesekali tidak meletakkan tajuk pada 'entry' yang di papar. Itu akan menurunkan minat mereka untuk klik dan membaca.

Ada yang suka meletak tajuk yang pendek. Ada pula tajuk yang panjang! Ada tajuk yang tidak sedap di dengar, ada tajuk yang kelakar di baca. Semuanya menyumbang kepada tarikan pembaca untuk mengklik terus ke blog kamu.

Masing-masing perlu kreativiti untuk meletak tajuk. Kadang-kadang satu perkataan sahaja sudah buat orang tertarik.

Jika di blog aku, tajuk yang selalu mendapat rating tinggi ialah tajuk berkenaan dengan artis dan 18sx.

Aku perhatikan jika aku membuat 'entry' tentang satu-satu kes atau apa sahaja yang berkaitan dengan artis dan memaparkan 'entry' tersebut ianya akan menyumbang pengunjung perunik yang mencecah 60-70 orang dalam satu jam.

Manakala jika aku memulakan tajuk dengan perkataan '18sx' ianya akan mengundang 90-100 pengunjung perunik dalam masa satu jam.

Jika kamu perhatikan, walaupun aku memulakan tajuk dengan perkataan '18sx' ianya TIDAK di teruskan dengan perkataan-perkataan lucah. Tolonglah jangan sesekali meletakkan tajuk menggunakan perkataan yang agak sensitif. Perkataan dan ayat adalah dua makna yang berbeza.

Ayat aku mungkin berbunyi 'double standard' tapi aku tidak gunakan perkataan yang berunsur kelucahan. Dan aku juga tidak mahu mengambil kesempatan dengan meletakkan tajuk '18sx' itu terlalu kerap kerana bagi aku jika sudah selalu ianya tidak nilai sentimental. :)) Cukuplah jika seminggu atau dua minggu sekali sahaja.

Tapi jika kamu memang pembaca setia di sini, tajuk tersebut memang tiada apa-apa. Sekadar gimik yang kamu sendiri sudah tahu apa isinya. Bukan mahu menipu dengan tajuk 18sx tetapi isinya hampeh.. he he he he :))

Kesimpulannya, tajuk adalah penting. Perlu ada dalam setiap 'entry' kamu. Dari tajuk sahaja sudah dapat menarik minat orang untuk membaca.

Kamu pula, tajuk bagaimana yang kamu suka baca dan kamu suka gunakan?

Nota kakitanganku : 'Tiada Tajuk' pun tajuk juga. :))





33 kUs-kUs:

MiaSaidin on June 29, 2010 at 2:32 PM said...

hehehe... tips yg menarik.
bagus2

Miss Izah Mohamed on June 29, 2010 at 2:35 PM said...

MASING-MASING ADE CARA TERSENDIRI NAK TARIK ORANG BERKUNJUNG KE BLOG HEHEE

Hazzy Ishak on June 29, 2010 at 2:37 PM said...

hazzy memang tak pandai nak letak tajuk panjang macam tedi
byk belajar dari blog ni jugak la..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr on June 29, 2010 at 2:38 PM said...

slalunya GKSB amik masa yang panjang utk fikir tajuk..

sebab GKSB slalu start membaca blog yg punyai tajuk yg menarik perhatian GKSB

Shamrin Mat Janih on June 29, 2010 at 2:41 PM said...

Yg ptgnya, blog ini aku suka, suka bc walaupun jrg mengomen.

Anonymous said...

tajuk memang memainkan peranan penting dalam penulisan..
kalau tajuk tak menarik,memang mals nk baca..
hehhehe

Ibu Ammar on June 29, 2010 at 2:44 PM said...

huhuhu..hujan la kat sini. eh. tetibe lari tajuk. ekeke

~aSHa~ on June 29, 2010 at 2:47 PM said...

aku mmg suka dgn cara kamu...tajuk kamu pun aku dah senyum2 dah..ehehe

Softtouch [Hanim] on June 29, 2010 at 2:52 PM said...

sy xkisah yg mana2 pun ok...sy plak xreti nk mengkreatifkan tajuk tu..biasanya ape yg terlintas dikepala jer..

Anonymous said...

btul..btul..btul..
tajuk bau2 lucah semata tp isinya nan ado..ntah sape2 punya blog la tu... :P

Abu Aiman on June 29, 2010 at 3:16 PM said...

saya selalu tulis isi dulu sampai abis, laju je. Pastu dok pikir 'tajuk apa aku nak letak neh' yg lama...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on June 29, 2010 at 3:19 PM said...

aku suka tajuk yang pendek dan kadang2 tidak kena mengena dengan isi didalam. ini disebabkan aku sangat susah nak fikir tajuk apa yang sesuai. huhuhu

panjangnya komen aku

Tuah on June 29, 2010 at 3:21 PM said...

tak kisah tajuk apa pun dalam blog cik ted ni... akak tetap baca.

p/s: cik ted, tgk video ni... lucu betullah si maru tu:

http://www.youtube.com/watch?v=z_AbfPXTKms

Anonymous said...

aku klu dh ske blog tu...xkisah sgt pasal tajuk..baca je huhuh

Alimaz-Kembara Terasing on June 29, 2010 at 3:40 PM said...

menarik tertarik kau mmg da boom....hehehhehehe

d0tbl0gsp0td0tk0m on June 29, 2010 at 3:46 PM said...

tajuk pakcik biasa je...x pjg.. x pendek.. sedang² gitu.. huhuhu

Anisa on June 29, 2010 at 3:47 PM said...

heee.ape2 pun bole.panjang atau pendek..
asalkan best ajee :)

InaYusoff on June 29, 2010 at 3:51 PM said...

tedi..
ntah kenape ntah sekarang..
aku suke letak tajuk yang panjang..

Relevan on June 29, 2010 at 4:03 PM said...

Buat cerita dulu..tajuk kendian..sokong bahawa tajuk sangat bermakna dalam menarik perhatian..

Unknown on June 29, 2010 at 4:26 PM said...

salam tedi~

hehehe.... aku xkisah.. aku baca semua.. tak kira ar tajuknya 18sx ke, panjang ke, pendek ke, atau xde tajuk sekali pun... :p

.::WaNiE::. on June 29, 2010 at 5:19 PM said...

blog yg saya follow, tajuk tak penting sgt

sbb sy akan klik jugak :)

nIsYa on June 29, 2010 at 5:20 PM said...

dah phm sgt tedi punye 18sx :)

ciK LyndaWawa on June 29, 2010 at 5:35 PM said...

aku nak letak tajuk poweranger jugakla.......=)

Nur Suaidah Bachok on June 29, 2010 at 5:52 PM said...

setuju!! :) ku pun selalu terpikir nak letak tajuk apa. haha

bylindakitchen on June 29, 2010 at 5:56 PM said...

tajuk memainkan peranan penting.
apa pon tajuk yang kamu tulis.
saya pastie suka.
yippieee

Acik Erna on June 29, 2010 at 6:47 PM said...

tedi..akak kalau tulis.selalu lupa tajuk..kekadang edit balik..unutk tulis tajok..kekadang..lupa terus..tapi akak suka baca tedi punya..tak kira apa pun tajuknya..

ISZA on June 29, 2010 at 6:53 PM said...

tajuk berpandukan idea.. leh ke?

niesz on June 29, 2010 at 7:13 PM said...

yup..btul..mmg ketara btul if wat tajuk entry yg pelik2 nie..ramai yg usha nk tgk..

Anonymous said...

tips yg baik punya!

meowwmania on June 29, 2010 at 8:12 PM said...

suka dgn tajuk yg unik dan kelakar tp tak kreatif nak letak tajuk2 camtu huhuu..

Dina Zakaria on June 30, 2010 at 9:24 AM said...

x reti laa nak letak tajuk..memang selalu pun konpius nak letak tajuk ape..

Qib on June 30, 2010 at 11:23 PM said...

kena ada tajuk.. lg2 klu tajuk comel.. rasa geram jer nak baca.. 18sx pun... wakakaka..



Jum singgah belog Pink!

Cute tu hodoh!

Firdaus on August 16, 2010 at 12:51 AM said...

salam
selamat berpuasa..

bagi pendapat saya,ianya adea menarik..
tapi
kalau boleh kita ikhlas dalam blog..

"DARI KEILHLASAN MENDATANGKAN KEJUJURAN....
DARI KEJUJURAN MENDATANGKAN KEBERKATAN.... "

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting